sesamamu

Wednesday, July 11, 2012

"Janji ditepati" -Tema tahun kemerdekaan Malaysia?

Apakah ini benar?

Tema kemerdekaan negara kita - "Janji ditepati". Biar betul tuan Perdana Menteri?

Kenapa Tema ini berbau Politik?

Kenapa Tema ini seperti "tema lagu" kempen Pilihan raya pulak?

Kenapa Tema ini seakan-akan menunjukkan kerajaan yang memerintah sekarang ini kehabisan modal?

Kenapa dan Kenapa?

Mohon jawapan yang munasabah dari  PM kita? Kenapa ya?


709-Selamat ulang tahun kebangkitan rakyat

7 Julai 2011, rakyat Malaysia yang tidak dapat lagi duduk diam dengan sistem pilihan raya di negara kita telah berdiri - satu suara melaungkan satu pilihan raya yang bersih lagi adil. Ia juga meruapakan satu titik permulaan kepada satu perjuangan "rakyat yang tulen" apabila ia menjadi satu perkara yang negara di bawah kerajaan yang memerinat ini "phobia".

Kerajaan pemerintah BN tidak dapat duduk tenang apabila melihat warna rasmi Kuning ini serta perkataan Bersih dilaungkan. Malah lautan Kuning ini telah kita saksikan terjadi lagi pada 28 April yang sudah. Menjadi satu bukti lagi bahwa Rakyat sekali lagi Bangkit dan bersuara untuk sebuah negara yang tercinta ini.

Ulang tahun kebangkitan rakyat...

Ulang tahun pertama Bersih 2.0 adalah satu mercu tanda kebangkitan rakyat sebenarnya. Tanpa mengira latar belakang fahaman politik, kaum mahupun agama, rakyat Malaysia bangkit dan menyatakan "kerinduan" untuk melihat satu pilihan raya yang BERSIH lagi ADIL di negara kita. Tidak dinafikan, publisiti yang diberikan kepada BERSIH 2.0 ini sangatlah berat sebelah oleh kerajaan yang memerintah. Malah Publisiti yang diberikan melalui media utama yang dikuasai oleh kerajaan yang memerintah sangat tidak adil dan melampau. Tabiat menakutkan rakyat dengan cerita-cerita yang belum tentu kebenarannya telah menyebabkan rakyat yang terpedaya dengan media mereka ini tidak duduk senang apabila mendengar perkataan Bersih mahupun T-shirt berwarna kuning.

Wira untuk generasi Malaysia akan datang...

Banyak yang terguris perasaanya, ada yang cedera fizikal dan mentalnya, dan tidak lupa, ada yang terkorban demi satu pilihan raya sebuah negara yang adil dan bersih ini. Tetapi tidak ramai yang menghargainya. Bagi mereka yang telah menghadiri Bersih 2.0 ini, mereka tahu akan inti pati perjuangan mereka. Mereka tahu menghargai akan pengorbanan mereka yang terkorban itu. Kerana mereka tahu, mereka adalah wira untuk generasi Malaysia akan datang...

Sunday, July 8, 2012

SYABU-Konflik kebenaran di Bahagian Limbang tentang isu ini

Sesamamu ingin respon kepada laporan dan kenyataan akhbar baru-baru ini dari ketua Polis di Bahagian Limbang setelah menjawab kenyataan YB Baru Bian terhadap masalah gejala Syabu di Bahagian ini.

YB Baru Bian juga telah melaporkan tentang gejala sosial ini di Dewan Undangan Negeri Sarawak pada persidangan yang lepas. Namun demikian, kenyataan beliau juga dipersoalkan akan kesahihannya. Ini menyebabkan berlakunya konflik kebenaran akan setiap laporan dan kenyataan.

Jangan sampai nasi jadi bubur...

Kalau benar pun laporan mahupan kenyataan pihak yang membuat isu ini diketengahkan kepada umum itu tidak benar dan belum tentu akan kesahihan nya, mana-mana pihak yang berkenaan yang bertanggung jawab keatas isu ini haruslah mengambil setiap kenyataan dan aduan ini dengan serius dan berpadangan lebih positif. Tindakan sewajarnya bagi memastikan laporan mahupun aduan mereka yang perihatin terhadap perkembangan tidak sihat ini bukan retorik politik ataupun mengaut publisiti pihak yang membuat aduan.

Sikap ingin mengelak dan mempertahankan kedudukan satu-satu institusi yang dipertanggung jawabkan dalam hal ini akan mengakibatkan semua pihak akan mengambil sikap acuh tak acuh tentang isu ini. Akhirnya, jika semua aduan dan loporan ini ada kebenarannya, sudah terlambat untuk bertindak- Nasi sudah jadi bubur alamatnya!

Bertindak sebelum terlambat...

Sikap perihatin YB Baru Bian setelah mendengar sendiri laporan dari sumber yang terdekat ini dan mengambil tindakan dengan mendedahkannya isu ini kepada masyarakat umum khasnya sudah cukup untuk membuat semua pihak mengambil ikhtibar untuk bertindak, mana yang patut. Tetapi sikap yang cuba "mengelak" mahupun "menafikan" isu ini seakan-akan membiarkan atau MEMBENARKAN perkara ini terus berlaku dikalangan masyarakat kita.

ayoh!...cukup sudah kita melihat bangsa kita digadai maruah hidupnya dengan hal ini...

Takkan pokok bergoyang kalau tiada angin yang meniupnya....

Friday, July 6, 2012

Air oh air...sudah 38 tahun masih masalah air oh air...

Penulisan kali ini sesamamu ingin respon kepada satu kenyataan TKM Sarawak, tentang masalah air yang dialami kebanyakan tempat terutamanya kawasan-kawasan luar bandar di Sarawak.

Yang menariknya, kawasan Layar yang dimana beliau sendiri telah menjadi YB selama 38 tahun mengalami akibat yang sangat teruk semasa musim kemarau ini. Dan masalah ini menurut penduduk kawasan Beliau telah berulang sekian lama semenjak Beliau menjadi YB mereka.

Malah sehingga sekarang, kebanyakan rumah-rumah panjang di kawasan Layar mahupun Betong belum lagi dibekalkan dengan air ataupun saluran paip yang sewajarnya. Dan apabila berlakunya musim kemarau dan kering yang panjang, penduduk dan rakyat di kawasan Beliau ini akan merasakan akibatnya.

Menurut petikan kenyataan Beliau kelmarin, dia mencadangkan supaya sebuah empangan sementara akan dibina untuk mengurangkan sedikit beban rakyat semasa musim kering ini. Ya, empangan sementara...dan itu yang ditawarkan setelah 38 tahun!

Menangis tetapi masih undi Beliau! Pelik???

Ini yang menjadi tanda tanya sesamamu. Setelah membaca kenyataan dan petikan keluhan-keluhan kebanyakan rakyat di kawasan Beliau, malah ada yang sampai menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan "mengugut" untuk tidak memilih Beliau lagi sebagi wakil mereka, tetapi yang peliknya, sampai sahaja masa pilihan raya, keputusannya, masih juga memihak kepada Beliau.

Pelik-pelik! masa hampir habis air mata menangis dijadikan air untuk mandi semasa kering ini, dan menyumpah nama Beliau, semasa pilihan raya, Beliau juga yang jadi wakil mereka. Buktinya, 38 tahun Beliau jadi YB di Layar-Betong. Pelikkan?

Beliau ada "petara-senyonyongkah"?

Petara ini menurut Sesamamu adalah satu "petara" yang boleh melembutkan hati para rakyatnya suatu ketika masa musim kering minum air longkang untuk mengundi Beliau semula sebagai wakil mereka. Itulah sebabnya Beliau boleh terus menjadi YB mereka selama 38 tahun. Betulkah Beliau?

Definasi "petara - senyonyong"  sesamamu...

Pemberian dan "hadiah segera" setiap menjelang pilihan raya...kadang kala hanya RM50 sepintu...emmm harga satu kehidupan generasi kegenerasi selama 38 tahun...dan banyak lagi contoh lain...

Nak tahu tentang "petara" ni...tunggu PRU13 ni...


Monday, July 2, 2012

PENGECUT! kenapa ugut perempuan melalui email!

(Imej Ihsan FMT)
Artikel ini khas ditujukan kepada si pembuat ancaman fizikal dan  keselamatan seorang wanita bernama Ambiga, yang lebih popular daripada Najib pada ketika ini.

Wanita ini amat bernilai bagi Malaysia mahupun rakyat Malaysia. Kenapa ugut insan yang berdiri demi sebuah keadilan dan "bersih"nya pilihan raya negara kita?

kerja si PENGECUT!

Kenapa tidak bersemuka sahaja kalau tidak puas hati dengan dia? Seperti perbuatan yang "kurang sopan" yang lakukan oleh segelintir orang dengan membuat "senaman punggung" depan rumah serorang wanita dan cabutan bertuah untuk meraih simpati sokongan!

Ugutan berbaur jenayah ini seakan-akan memperlihatkan betapa institusi KEPOLISIAN  di negara kita sudah kuan tidak disenangi serta hilang kepercayaan. In bertambah buruk lagi apabila Pihak Polis tidak mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap individu yang bertanggung jawab dengan email ugutan tersebut.

Jangan sampai ini berlaku...

Jika si PENGECUT ini benar-benar melakukan niatnya terhadap Ambiga, ia merupakan sesuatu yang malang, bukan sahaja bagi pihak keselamatan (POLIS DIRAJA MALAYSIA) malah menjadi satu iota bagi BN dan Najib. Ini satu kepastian jika ugutan ini benar-benra menjadi kenyataan dan tiadanya tindakan sewajarnya yang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Rakyat akan bangkit bagi wanita yang namanya bermula dari Huruf A dan berakhir juga huruf A.

Tolong Hentikan!

Cukup sudah dengan segala temohan, cacian, dan ancaman keopada wanita ini. "Berni kerana benar"...itu yang dia perjuangkan dan selalunya kebenaran ada dipihak mereka yang benar dan adil...