sesamamu

Tuesday, August 28, 2012

JAUH perjalanan KEMERDEKAAN ini...

Sempena menyambut kemerdekaan negara kita - Malaysia yang ke 55 tahun, sesamamu ingin berkongsi pendapat tentang erti Kemerdekaan ini, baik kepada generasi selepas merdeka dan generasi yang akan mendatang.

Tahun ini genap negara Malaysia meraikan kemerdekaan yang 55 dan tidak keterlaluan sesamamu ingin katakan, 6 tahun selepas Tanah Melayu diwartakan sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1957 dan pada tahun 1963 menjadi satu sejarah apabila Sarawak dan Sabah serta Singapura(Keluar selepas itu) bersama membentuk gagasan Malaysia. Ini bererti, tahun ini adalah tahun yang amat bermakna kepada pembentukan Malaysia menuju kepada tahun Jubilee penubuhan nya.

JAUH perjalanan KEMERDEKAAN ini...

Ya, Sesamamu perhatikan begitu jauh perjalanan KEMERDEKAAN ini. Tidak dinafikan bahawa negara kita melalui pejung-pejuang kemerdekaan yang terdahulu telah menggadaikan nyawa mereka demi sebuah negara yang merdeka. Pejuangan mereka menentang penjajah serta musuh negara pada ketika itu amat kita hargai. Dan seharusnya generasi masa sekarang ini mensyukuri apa pejuang yang terdahulu telah lakukan.

Tetapi, zaman penentangan sehinggakan mengorbankan nyawa mereka itu telah berakhir. Sekarang generasi penerus Merdeka ini harus memanfaatkan kemerdekaan ini sebagai satu perjuangan yang berterusan dan tulen. Walaupun tidak setanding dengan perjuangan wira kemerdekaan kita yang terdahulu, tetapi sekurang-kurangnya dapat memperjuangkan hak kerakyatan yang saksama...

Sebagai contoh, hak untuk menikmati kemakmuran serta kekayaan negara dengan saksama tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang ideologi politik.
Perkongsian hak kekayaan yang saksama serta agihan yang lebih adil ini menjadi satu tembok penghalang erti KEMERDEKAAN  kepada kebanyakan rakyat di Malaysia.
Kadang-kala, perbezaan kaum - agama serta ideologi politik ini telah menjadikan hanya sesetengah pihak sahaja yang dapat menikmati pengagihan pendapatan negara, dan kebanyakannya menjadi mangsa kerakusan segelintir pemimpin yang beria-ria memberi tahu kita"kibarkan jalur gemilang", sedangkan mereka senang lenang melapah kekayaan hasil kemerdekaan ini.  Malah, demi sebuah pembangunan, sumber alam kita juga dimusnahkan begitru rakus tetapi hanya segelintir pihak merasakan hasil sumber kekayaan negara ini.

Oleh itu...JAUH perjalanan KEMERDEKAAN  ini...

Korupsi wang...Kekuasaan...Pangkat ... telah mengaburi mata mereka yang mengambil kesempatan terhadap kemerdekaan negara kita.
Cuba kita lihat pola politik negara kita, kebanyakan parti politik Kerajaan lebih kepada parti Politik yang berbentuk PERKAUMAN.  Oleh kerana Parti Politik menurut kaum ini sebenarnya melahirkan rakyat Malaysia yang masih bersifat perkauman...apabila kita katakan BANGSA ANAK MALAYSIA...mereka mula melatah! tidak setuju! Jauh lagi nikmat KEMERDEKAAN ini kawan!

Jadi...pada pendapat Sesamamu, dizaman serba maju dan moden ini, JAUH perjalanan KEMERDEKAAN  ini untuk kita kecapi...masih jauh lagi...erti merdeka 50 tahun yang lalu telah hilang SERInya setelah mereka yang mempromosikan perjuangan mereka kepada rakyat sekarang ini lebih kepada "lakunan politik" semata-mata demi menjaga periuk nasi mereka.   Jauh....perjalanan Kemerdekaan ini...Jauh!


Tuesday, August 21, 2012

"Orang luar jangan sibuk pasal Dam Baram".

Itu dia cakap hari ini dalam satu akhbar tempatan Sarawak. Satu amaran juga untuk sesiapa sahaja orang yang luar Baram yang cuba untuk masuk campur, terutama menghalang pembinaan empangan Baram.

Jadi, sesiapa sahaja yang dari luar Baram, tidak dibenrakan mencampuri urusan memajukan dan dalam masa yang sama akan menaikkan taraf hidup penduduk Baram. Dalam erti kata lain, rancangan untuk meneruskan pembinaan empangan Baram ini akan diteruskan di atas dan dalam nama Pembangunan yang mana menurut pandangan "beliau" ini akan memberi manfaat yang berlimpah kepada penduduk Baram.

Sesamamu orang luar Baram...tapi...

Ya, sesamamu mengakui bahwa dia adalah orang luar Baram. Dan tidak layak untuk bersuara menentang kerasa pembinaan empangan Baram ini sebenarnya. Hanya orang Baram sahaja yang layak bersuara dan seakan-akan mereka "setuju" dengan cadangan pembinaan empangan Baram ini.

Tetapi! Walaupun Sesamamu orang luar Baram, Sesamamu ada hak untuk bersuara sebagai seorang PENGHUNI BUMI ini. Ini hak Sesamamu sebagai manusia yang tinggal di bumi ini, yang mahukan Bumi ini tidak terus diancam lagi dengan rencana untuk memusnahkannya dan memberi laluan kepada "PEMBANGUNAN" yang akhirnya mengorbankan kazanah alam yang begitu berharga ini.

Sesamamu bersuara mewakili juga hutan pokok yang menghijau itu, mewakili juga suara si burung di udara, mewakili juga suara si orang utan dan mewakili juga segala hidupan air yang ada. Jadi, sebagai manusia yang diamanahkan oleh Tuhan untuk memelihara alam semulajadi serta isinya ini, dan sebagai manusia yang menghuni bumi ini walaupun bukan dari Baram, TOLONG hentikan pembinaan empangan Baram ini. Cukup sudah dengan Empangan Batang Ai- Bakun-Murum...cukup sudah dengan emapangan besar ini!

Menjadi suara sebagai penghuni Bumi walaupun bukan dari Baram! HENTIKAN PEMBINAAN EMPANGAN BARAM!

Tuesday, August 14, 2012

Selamat hari Orang asal sedunia! Tapi...

9 Ogos yang lepas, adalah sambutan perayaan Orang Asal sedunia. Satu pengikhtirafan yang tertinggi yang diberikan oleh PBB. Ini bertepatan dengan Deklarasi Hak Orang Asal (UNDRIP) yang diterima oleh badan dunia itu pada 13 September 2007 dan disokong oleh hampir semua negara termasuk Malaysia.

Tetapi identiti Orang Asal di Sarawak ini dan negara kita amnya mungkin akan tinggal kenangan apabila hak Orang Asal ini telah hilang. Sebagai contoh, hak untuk memiliki tanah adat yang semakin menjadi rebutan diantara PEMBANGUNAN yang dijanjikan oleh kerajaan yang memerintah dengan HAK MEMILIKI tanah adat ini. Orang Asal di Sarawak terpaksa memperjuangkan hak mereka ini, dan kebanyakan nya terpaksa menggadaikan hak mereka begitu sahaja demi memberi jalan kepada "PEMBANGUNAN" yang dikatakan sebagai keperluan untuk masa depan yang baik. Tetapi kebenarannya, Orang Asal telah hilang harta pusaka yang menjadikan identiti mereka begitu istimewa tergadai begitu sahaja.

Tapi...Identiti Orang Asal hilang ...

Identiti Orang Asal itu akan hilang apabila tanah adat nenek moyang pusaka turun temurun ini menjadi hak milik "pembangunan". Kita sudah belajar dengan apa yang berlaku dengan Orang Asal yang memberi laluan kepada pembinaan Empangan Bakun itu. Minta maaf sesamamu katakan, sebenarnya Identiti Orang Asal mereka di Bakun ini sudah hilang sebenarnya setalah semua apa yang mereka miliki tenggelam bersama-sama tanah adat yang menjadikan mereka Orang Asal di kawasan tersebut. Minta maaf sekali lagi, Tanah adat, peninggalan harta pusaka nenek moyang Orang Asal di Bakun sudah dan tidak akan dapat digantikan walaupun sejauh mana pembangunan yang mereka miliki sekarang. Tiada lagi pusaka nenek moyang peninggalan mereka yang terdahulu yang menjadikan mereka "Orang Asal".

Pertahankan identiti itu...

Identiti Orang Asal ini hanya akan dapat dipertahankan jika Orang Asal dapat terus mempertahankan Tanah Pusaka Nenek moyang mereka. Kenapa perlu Empangan yang besar sedangkan kita boleh membina mini hidro bagi setiap kampung dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan keindahan serta kehijauan bumi Tanah Pusaka Orang Asal Sarawak!!!

HENTIKAN EMPANGAN BARAM

Hentikan cadangan pembinaan empangan Baram adalah suara hati dan pandangan sesamamu secara peribadi di sini.

Sesamamu bukan berasal dari kawasan Baram yang akan tenggelam jika empangan  ini dibina, tetapi mewakili suara hati sesamamu yang perihatin kepada alam semulajadi bumi ini yang akan musnah sama sekali. Bukan itu sahaja, kemusnahan alam akibat pembinaan empangan Baram ini hanya sebenarnya mendatangkan kemudaratan kepada bumi ini secara amnya.

Jikapun tiada kesedaran bagi pihak yang tersangat melihat empangan Baram ini menjadi realiti yang akan menyumbangkan kepada satu kehidupan yang senang lenang kelak atas nama pembangunan, tetapi cuba fikirkan kesannya kepada bumi ini secara keseluruhan. Demi sebuah kehidupan yang lebih harmoni antara alam dan kita, begitu juga gegerasi penerus kita kelak.

HENTIKAN lah!!!

Jadi, hentikanlah empangan Baram ini.

Minta maaf kepada masyarakat orang asal di Baram, bukan sesamamu anti kepada pembangunan, tetapi Sesamamu sudah BOSAN dengan exsploitasi terhadap alam semulajadi bumi ini. HENTIKAN! Tolong dengar jeritan batin bumi ku yang kian musnah ini wahai manusia yang diciptakan untuk memelihara dan menjaga kehijauan bumi ini.

HIJAU ku cari...HIJAU ku impikan...HIJAU ku lihat...

Cukup sudah dengan mentera "Pembangunan" demi bumi ku ini...

Cukup sudah dengan mentera "pembangunan" itu wahai manusai yang rakus serta tamak ini. Kenapa demi sebuah pembangunan, kita sanggup menggadaikan tanah kazanah tertua bumi ini, yang diamanahkan kepada kita yang bernama manusia.

Di sana sini kita dengar masalah kes-kes tanah adat yang tidak menunjukkan tanda-tanda ia akan berakhir, malah ia semakin menjadi-jadi. Malah ada mentera "pembangunan" ini seakan-akan sudah menguasai fikiran sehingga manusia yang terkena akan mentera ini kabur matanya, sehingga melihat betapa pentingnya pembangunan itu kepada mereka.

Tanah adat yang dimiliki selama ini seakan-akan tiada nilainya sehingga cadangan untuk membina empangan mega di Sarawak dipersetujui demi sebuah pembangunan. Malah mereka yang terlibat dengan mentera "pembangunan" ini sanggup menggunakan isu pembangunan sebagai kosa kata yang digunakan untuk "menakutkan" mereka yang termakan mentera ini.

Cukup-cukup sudah...

Cukuplah dengan mentera "pembangunan" itu jika ia hanya bertujuan untuk menyenangkan satu-satu pihak. Sesamamu tidak mahu bersekongkol dengan sifat manusia yang tamak ini sehingga mengorbankan bumi yang semakin hancur ini.
Kalau tidak sekarang, bila lagi kita mahu bertindak untuk menghentikan segala kemusnahan ini demi mengejar pembangunan yang dibanggakan oleh kebanyakan mereka yang pada dasarnya, "Pentingkan diri sendiri".!

Cukuplah sudah bumi ku ini hilang hijaunya untuk memberi laluan kepada pembangunan yang memusnahkan. Cukuplah...dengan penyalah gunaan mentera "pembangunan" ini.