Sesamamu ingin berkongsi sedikit pengalaman semasa berada bersama-sama lebih daripada 60 ribu penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia di stadium Bukit Jalil dan menjadi saksi kepada satu sukan yang berjaya ,menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung.

Layaklah pemain ke 12 di puji...
Sesamamu menjadi saksi sendiri bagaimana masyarakat Malaysia yang berbilang kaum bersatu, berpadu suara memberi sokongan yang idak berbelah bahagi kepada pasukan Bolasepak Malaysia. Terlebih lagi apabila jaringan telah dlakukan, sorakan riang meraikan "goal" tersebut benar-benar mengegar stadium Bukit Jalil. Jelas terpancar diwajah setiap penyokong.

Alangkah indahnya...
Sesamamu terus membayangkan betapa indahnya jika semangat sorakan ini berlaku di dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan yang ada. Nyata sekali, satu permainan yang sangat mudah dan sederhana ini dapat menyatukan rakyat Malaysia di sebuah padang bola! Tiada formula sains yang sangat canggih mahupun strategi politik yang begitu strategik pun dapat menyatukan ribuan rakyat Malaysia di bawah satu bumbung!
Kesatuan masih ada peluang...
Ya, Sesamamu dapat merasakan bahwa masih ada peluang untuk rakyat Malaysia yang berbilang ini untuk terus bersatu. Buktinya, satu permainan yang sederhana dan mudah ini telah menolak apapun formula yang ada di dunia ini untuk menyatukan masyarakat yang berbeza ini.

No comments:
Post a Comment