
Kayohan "Sarawak Ibu Pertiwiku dan P.E.D.R.O-KGM" hanya satu kayuhan untuk mengingati dan berdoa untuk keadilan kepada alam semulajadi dan kehidupan yang lain di bumi Kenyalang ini.
Jadi, setiap kayuhan adalah satu doa yang dipanjatkan kepada Tuhan yang maha Esa, yang empunya bumi dan segala isinya, serta pencipta yang Agung ini.
Bagaimana tercetus nya inspirasi kayuhan ini.

Kata-kata semangat daripada Boy IMaiden sepert "Bukan basikal yang mahal, tetapi hati mahu kuat dan semangat",, menjadi sumber inspirasi kepada kami berdua Feridi. "Yang penting sampai ke destinasi"-Boy IMaiden, itu juga salah satu faktor pendorong kepada kami berdua untuk berkayuh sehingga ke destinasi yang di tuju.
Bagi Feridi secara peribadi, Dia namakan pengalaman ini ialah , "No Pain No Gain"

Saya kongsikan nukilan Feridi di sini...
"Jarak dari Kuching (tempat mula berkayuh)
ke Telok Melano (0KM) bersama 141km.(Termasuk Lundu, 147KM)
Berfikir tentang jarak tersebut saya
mempersoalkan kemampuan saya, mampukah atau tidak dan ini adalah pertama kali
berkayuh ke tempat yang lebih jauh.
Semangat yang terus mendorong saya untuk
meneruskan journey ini ialah, hati saya yang ingin untuk pecahkan rekod
berkayuh yang seterusnya dalam hidup saya, yang selama ini hanya berkayuh
sejauh 64KM jer paling jauh pun. "Saya boleh pergi lebih jauh"
Kedua, walapun saya tidak cukup
"fit" dan "strong enough " untuk berkayuh jarak jauh,
tetapi teruskan dengan "strong mentality" yang berpegang kepada
"SAYA BOLEH" dan tanpa berputus asa. Biar lambat asalkan sampai,
akhir saya tetap sampai ke destinasi dangan selamat dan jayanya."-Feridi
Sarawak nang kacak




Setibanya di Telok Melano, tepat jam 12 tengah malam ataupun 00.00 jam serta di 0 KM. Satu kepuasan yang tidak pernah diduga dan terimpikan selama ini. Penat lelah hilang seketika setelah tiba ke destinasi dengan selamatnya walaupun basikal saya mengalami kerosakan yang mungkin membawa kecelakaan kepada saya jika gagal berfungsi dengan baiknya ketika menuruni bukit yang tinggi ini. (Sistem break "Disc" depan rosak"). Di sini kami sama-sama mensyukuri kekuatan-dan perlindungan daripada Dia yang kami pohon semasa bermulanya perjalanan. Kalau ikutkan keupayaan dan stamina saya secara peribadi, ini bukan saya, kerana saya tahu had kecergasan saya, tetapi saya tahu ini semua dari DIA dan untuk DIA.
Memasang Khemah di tepi pantai Telok Melano, tidur dengan beralaskan Pasir didodoi dengan bunyian alunan ombak melenakan tidur.
Ada masih ruang untuk Dipulihkan
Berbicara tentang pemuliharaan alam semulajadi dan ciptaan Nya yang lain. Sepanjang kayuhan ini, memang terbentang luas ladang-ladang kelapa sawit. Ada yang sudah berusia dan lama, dan ada juga yang setahun jagung serta yang baru diterokai, dan ada satu kawasan yang tidak menjadi pertumbuhan tanaman sawitnya.
Terlintas dihati saya untuk mengatakan, "Cukup lah sudah memberi ruang kepada Pokok Sawit".
Dan walaupun kawasan Feri yang besar papan tanda mengatakan "Dilarang membuang sampah" tetapi masih lagi banyak sampah dibuang di sekitar tepi jalan ke Feri dan dalam sungai, Saya masih lihat ada sinar harapan untuk semua ini boleh diperbetulkan.

Saya percaya hanya satu tindakan yang mudah dan ringkas, seperti, dalam kayuhan ini, segala plastik botol, mahupun bungkusan makanan yang kami bekalkan sebagai bekalan, bungkusan ini kami bawa sepanjang kayuhan dan hanya membuangnya sehingga ke destinasi dimana kami menjumpai tong sampah.
Basikal-Alam-aku-Dia bersatu
Apa yang saya pelajari secara peribadi didalam kayuhan ini?
Basikal-ciptaan manusia, yang hanya boleh bergerak jika manusia mengerahkan tenaga keatasnya. Dalam erti kata lain, "diberikan kehidupun" ke atasnya oleh tenaga manusia itu sendiri, yang di mana datangnya dairpada nafas yang diberikan kepada saya oleh Tuhan yang Esa ini untuk saya nikmati kehidupan serta alam Maka, alam, bumi cipataa Nya yang lain mengajar saya, mengingatkan saya betapa saya hanya manusia biasa jika dibandingkan dengan bukit setinggi 98 meter yang terpaksa setengah jalan basikal saya yang penuh dengan beban itu terpaksa di tolak. Ego luntur! kemegahan diri hancur! apabila mengingatkan DIA lagi hebat!


Jadi, saya mendorong kita semua, sempena perayaan hari Sarawak yang ke 57 ini, sama-sama menghargai Bumi Kenayalang ini dan segala ciptaan Nya yang lain dengan apa sahaja aktiviti yang "Simple and easy". Ia salah satu cara kita menyatakan betapa kita mensyukuri apa yang kita ada di Bumi Kenyalang ini.
oh...akhir kata daripada saya...
" Mun mok berkayoh, sik kira berapa laju ko mauk sikal, yang penting, ko sampai di destinasi yang dituju dengan selamat dan jaya nya...ati mok kuat".
"KEEP GREEN LIFSTYLE"-Gaya Hidup Hijau
No comments:
Post a Comment