Saling mengasihi sebagai saudara...
Paulus merujuk kepada mereka yang sudah percaya kepada Tuhan Yesus untuk saling mengasihi bukan sahaja kepada saudara seiman mereka sahaja tetapi orang yang disekitar mereka juga. Dalam erti kata yang lain, mereka yang bukan seiman dengan mereka. Dan Paulus menekankan bahawa kasih yang ditunjukkan itu mestilah ikhlas dari hati nurani. Kalau boleh, kasih itu seperti kasih kepada ahli keluarga sendiri atau saudara sendiri.
Tetapi, kalau kita lihat sekarang ini, media-media tempatan - elektronik mahupun media cetak banyak melaporkan kenyataan-kenyataan sesetengah individu yang tidak bertanggung jawab yang cuba mempengaruhi masyarakat kita dengan isu-isu yang akan menimbulkan rasa benci terhadap satu-satu kelompok masyarakat kita yang sedia berbilang ini.
Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan yang menghina agama, kenyataan yang rasis dan kenyataan atau komen yang palsu yang didedahkan melalui internet mahupun media massa yang lain. Ia menunjukkan betapa kita sebenarnya belum lagi bebas ataupun merdeka sepenuhnya. Ngapa harus ada benci?
Jauh daripada erti merdeka...
Rasa hasad dengki sesama kita ini telah menjajah keperibadian rakyat kita sendiri dan lama kelamaan ini akan membuahkan satu malapetaka yang tidak kita ingini seperti yang pernah berlaku di Negara kita pada. Kita sedia maklum perkara itu berlaku kerana adanya perasaan benci terhadap satu sama lain apatah lagi telah diapi-apikan oleh "mereka-mereka" yang berpentingan "politik".
Bercakap tentang politik, sebenarnya pemimpin-pemimpin kita sekarang ini seharusnya memainkan peranan yang penting untuk TIDAK menimbulkan atau politikkan isu-isu yang menimbulkan ketidak puasan hati dikalangan rakyat Malaysia yang penuh dengan warna-warni kepelbagaian nya. Sepatutnya, "mereka-mereka" ini memberi maklumat yang betul kepada rakyat yang memberi mandat kepada mereka.
Kalau perasaan saling membenci itu terus dipolitikkan, alamatnya kita sebenarnya terlalu jauh daripada erti kemerdekaan sebenar selepas 53 tahun.
HORMAT orang lain menjadi keutamaan
Sesamamu sangat tertarik dengan nasihat Paulus ini dimana dia menekankan betapa rasa hormat terhadap orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Ini adalah satu contoh bahawa Paulus tahu kalau kita saling hormat menghormati maka masyarakat yang pelbagai ini akan hidup dengan aman damai. Dan rasa hormat kepada orang lain ini adalah didorong oleh sikap merendahkan diri seseorang itu terhadap orang yang lain. Kalau tidak ada rasa rendah diri maka seseorang itu tidak akan menghormati orang lain dan memberi keutamaan kepada kepentingan orang lain terlebih dahulu.
Rasa HORMAT inilah juga yang telah hilang daripada kita sekarang ini. Kita saling mempertahankan kepentingan peribadi mahupun kumpulan kita sahaja. Sehinggakan kita tidak mahu ambil peduli ataupun kisah tentang kepentingan orang lain. Apatah lagi "perasaan" orang lain? Apabila perasaan tidak menghormati ini bertakhta dihati kita, lama-kelamaan ia akan menjajah pemikiran kita seterusnya menjadi satu "ideologi" yang akan kita pegang. Ini menyebabkan lahirlah satu pemikiran yang "defensive" terhadap kepentingan kita atau kumpulan kita yang harus diutamakan atau dijaga. Tetapi tanpa kita sedar, ini telah menjauhkan kita dari erti kemerdekaan yang sebenar selepas 53 tahun...
Ngapa harus ada benci?
Sesamamu dapat rasakan soalan ini harus ditujukan kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang menyambut kemerdekaan yang ke 53 dan bakal meraikan pembentukan Malaysia yang ke 47 pada tahun ini. Marilah kita saling mengasihi seperti saudara dan saling menghornati didalam kepelbagaian kita ini. Sesamamu pasti kepelbagaian kita ini adalah satu "anugerah" yang teristimewa yang Tuhan berikan kepada setiap rakyat Malaysia. Dan kepelbagaian kita ini sepatutnya membuat kita saling memperlengkapi antara satu sama lain.
Untuk Pemimpin ku...
Mari kita doakan para pemimpin yang kita pilih untuk mewakili suara kita semua supaya melalui merekalah kita akan saling mengasihi dan hormat-menghormati.
Untuk Media massa...
Buat media massa cetak mahupun elektronik, mari bersikap jujur dan bertanggunng jawab. Jangan mulakan api kebencian dengan kenyataan dan laporan yang tidak benar. Ambil pengajaran daripada media asing yang cuba memburukkan imej negara kita di luar sana sehingga mereka membenci kepada negara kita Malaysia yang berdaulat ini.
Akhir sekali, buat kita semua, mari kita sama-sama robohkan tembok kebencian itu dan mula membina jambatan kasih sesama kita bangsa Malaysia ini...MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA!!!
Esok Raya Aidilfitri.
ReplyDeleteMari kita sama-sama menjadikan hari yang mulia bagi rakan Muslim kita untuk kita sama-sama saling hormat menghormati sesama kita rakyat Malaysia.
Kita merayakan Hari raya selepas merayakan kemerdekaan yang ke 53 tahun negara kita yang lepas. Dan dapat saya rasakan semangat muhibah dan perpaduan itu telah sekian lama wujud.
Hindarkan daripada perasaan hasad dengki. Ya kita ada banyak perbezaan tetapi biarlah ia menjadi PELENGKAP kepada kita.
Kita jangan mudah terpengaruh dengan apa yang berlaku diluar sana. Biar mereka membeci kita tapi kita akan mendoakan pengampunan untuk mereka. Biar mereka bakar membakar, tetapi kita tidak terpengaruh dengan sentimen kebencian mereka itu.
Selamat hari raya...dari sesamamumanusia...