sesamamu

Sunday, September 12, 2010

Saya Bangsa Malaysia. Kamu pula?

Dari bulan Febuari hingga April 1962, suruhanjaya Cobbold yang dianggotai oleh Lord Cobbold, Dato' Wong Pow Nee, En Mohd. Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston telah membuat peninjauan tentang gagasan pembentukan Malaysia diantara penduduk dan wakil-wakil rakyat tempatan Sarawak serta Borneo Utara (Sabah) ketika itu. Suruhanjaya ini telah menemui 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan kerja dan orang ramai yang memberi pandangan.
Pada 21 Jun 1962- Laporan ini diserahkan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Dan pada Julai 1963, Tunku abdul Rahman dan Harold Macmillan-Perdana menteri British pada ketika itu telah mengadakan perundingan yang berlangsung selama 2 minggu di London.Akhirnya perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 oleh wakil-wakil Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah , Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963, walau bagaimanapun, tarikh tersebut terpaksa ditangguh kerana laporan setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Di atas adalah secara ringkas satu peritiwa yang bersejarah bagi negara kita Malaysia.


Apa ertinya Penubuhan ini?
Mungkin satu persoalan bagi generasi sekarang yang kurang pengetahuannya tentang bagaimana terbentuknya Malaysia dan mengapa? Pemimpin-pemimpin yang terdahulu telah bersetuju dengan cadangan pembentukan Malaysia. Dan pembentukan Malaysia ini akan terjadi setelah Sarawak, Sabah dan Singapura bersetuju dengan gagasan Malaysia yang terdiri daripada 4 wilayah terpenting itu. Pembentukan ini secara langsung telah memerdekakan ke-3 wilayah yang baru itu walaupun Singapura telah keluar daripada gagasan tersebut 2 tahun kemudiannya. Dengan demikian, terbentuknya Malaysia, menjadikan rakyat di kesemua wilayah ini akan bersatu di dalam segi ekonomi, sosial dan politik. Bererti satu kejayaan yang besar untuk setiap lapisan masyarakat di negara yang bernama Malaysia menikmatikan erti kemerdekaan di bawah satu nama iaitu MALAYSIA.

Bangsa Malaysia...
Satu negara - satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Mungkin konsep ini keterlaluan kerana fikiran kita sudah sekian lama ditanam rasa "Bangga" yang teramat sangat dengan bangsa atau keturunan akar umbi kita. Tidak salah untuk kita bangga dengan keturunan bangsa asal-usul kita tetapi sesudah sekian lama kita hidup bersatu di bawah satu nama -Malaysia, sepatutnya kita bangga menyatakan kita -BANGSA MALAYSIA sesudah itu barulah kita menyatakan keturunan asal-usul kita.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Walaupun sudah menjadi negara Malaysia yang berdaulat selama 47 tahun, kebanyakan kita masih lagi ditakuk pemikiran yang "mengutamakan" keturunan bangsa kita sendiri.
Sepatutnya Identiti Bangsa Malaysia menjadi kebanggaan kita. Ia mewakili satu identiti bangsa yang hidup muhibah dengan mengenepikan perbezaan yang ada dan kepentingan diri mahupun latar belakang kaum tertentu. Bukan bermaksud kita lupa akan asal-usul sebenar kita, tetapi "Bangga" dengan identiti yang melambangkan satu Negara yang "Berdaulat" bernama MALAYSIA.

Parti politik Perkauman - berpuak-puak...
Sistem Politik negara kita dimana berdasarkan parti Politik mengikut kaum mungkin penyumbang kepada gagalnya kita membentuk identiti Bangsa Malaysia. Kebanyakan parti Politik yang memerintah adalah berlatar belakangkan parti yang bersifat Perkauman. Mengapa sesamamu mengatakan nya bersifat perkauman? Ini kerana masing-masing akan cuba memperkasakan bangsa mereka sendiri dahulu sebelum bangsa Malaysia. Jadi, parti-parti politik yang bersifat kaum ini akan sedaya upaya memelihara kepentingan mereka terlebih dahulu. Ini menyebabkan impian melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia ini terlau jauh dari matlamatnya.
Negara jiran kita Indonesia telah berjaya mencapai tujuan ini kerana di mana sahaja kita berjumpa dengan warga Indonesia, mereka dengan bangganya akan menyatakan mereka adalah "Bangsa Indonesia" dan seterusnya kalau di tanya lagi, baru mereka perkenalkan keturunan asal mereka. Sebagai contoh, sesamamu pernah bersama beberapa pelajar dari Indonesia yang berketuruna Cina. Sepanjang bersama-sama dengan mereka, sesamamu dapat rasakan suatu yang pelik berlaku diantara mereka. Walaupun mereka berketurunan Cina, mereka bercakap sesama mereka dengan menggunakan bahasa Indonesia. Apabila sesamamu bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Ibunda mereka-Bahasa Cina, dengan "Bangga" nya mereka menjawab..."Kami bangsa Indonesia dan bahasa kami adalah bahasa Indonesia"... Jadi ini adalah hasil kempimpinan yang terdahulu yang melihat betapa identiti Bangsa sesbuah negara itu akan menentukan keperkasaan sesebuah negara yang merdeka itu kelak.

Masih ada sinar...untuk Bangsa Malaysia?
Sinar itu ada kalau kita sebagai rakyat Malaysia bangga untuk memiliki identiti Bangsa Malaysia dan mengenepikan kepentingan diri kita sendiri atau kepentingan kaum-kaum tertentu sahaja. Ada baiknya suatu hari nanti parti-parti Politik yang ada di Malaysia tidak mengamalkan Parti Politik berdasarkan kaum sahaja tetapi melihat penyatuan rakyat yang penuh dengan kepelbagaian ini.

Selamat menyambut hari Malysia yang ke 47  tahun. Mari kita generasi muda sama-sama menghayati erti Pembentukan Malaysia ini untuk kita "bangga" menyatakan "SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA".

Renungkan perjuangan mereka yang terdahulu...

4 comments:

  1. Saudara blogger,
    Bagi saya banyak perlu difikirkan kiranya kita ingin menjadi bangsa Malaysia. Pada fikiran saya tidak perlulah kita memandang kepada bangsa seberang untuk menjadi contoh yang baik. Bagi saya banyak sekatan telah dibuat oleh kerajaan seberang bagi memastikan konsep bangsa indonesia ini berjaya terutamanya kebebasan menggunakan bahasa kaum kita apatah lagi untuk memiliki nama yang di ingini kita seperti yang terdapat pada datuk nenek moyang kita.
    Saya bangga menyatakan keturunan saya dan dalam masa yang sama saya adalah rakyat Malaysia. Kita berhak memilih untuk mendidik anak kita mengikut aliran sekolah yang kita inginkan, menamakan anak kita seperti keturunan kita dan pada masa yang sama kita masih dididik untuk sayangkan negara kita Malaysia.
    Cuma apa yang kita fikirkan sekarang bagaimana kita harus membahagikan kekayaan negara kita mengikut konsep yang adil dan saksama. Mengenai apapun kita pilih tentang adat, bahasa, nama bangsa itu jangan kita ubah. Kerana sampai sekarang pun kita harus berbangga kita adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa yang tidak perlu diubah namanya kerana kita adalah rakyat Malysia....

    ReplyDelete
  2. persoalan pertama dimana 18 perjanjian Sabah dan Sarawak?
    Satu hal lagi yang kita harus tahu definisi tentang " Bangsa"
    Iaitu bangsa semulajadi, bangsa budaya, dan bangsa politik. Yang Malaysia tuju sekarang adalah bangsa politik contoh 1 Malaysia. Kalau betul hendak membentuk bangsa Malaysia bukan kerana politik semata-mata tetapi budaya. Sejauh manakah bangsa di MALAYSIA mengenali budaya kaum masing2. Politik Malaysia bersifat perkauman.

    ReplyDelete
  3. Cuba lihat link ini...http://www.malaysiakini.com/news/142572

    in yang cuba sesamamu nyatakan di dalam article kali ini...

    ReplyDelete
  4. Semasa permulaan UMNO dahalu mereka sememang bukan memperjuangkan kemerdekaan dan mempunyia semangat nasionalisme tetapi bersifat anti-penjajah. Semasa MALAYAN UNION mereka menentang perlembagaan tersebut tetapi bukan kepada pembentukan kemerdekaan. UMNO yang telah membuat pembahagian politik di TM pada itu, kepada parti mengikut kaum. Dato ONN Jaffar telah bersetuju untuk membuka ruang kepada parti yang terdiri daripada pelbagai kaum namun ditolak.

    ReplyDelete