sesamamu

Tuesday, November 15, 2011

DiKutuk berabis mereka "Seksualiti merdeka" di Mimbar...

Selama ini sesamamu berdiam sahaja tentang isu "seksualiti merdeka" yang diharamkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan diperdengarkan hak mereka di negara kita Malaysia walaupun banyak yang ingin mendengar pendapat sesamamu tentang isu ini.
Pelbagai pihak terutamanya dari kalangan guru-guru agama yang bijak sana mengutuk keras mereka yang ingin menganjurkan acara "seksualiti merdeka" ini daripada berlangsung. Tidak kurang juga golongan yang berkepentingan politik cuba untuk menjadi "hero" pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya nanti. Walau bagaimanapun, ketahuilah bahawa Seksualiti merdeka sudah bergiat secara "low profile" sekian lamanya tetapi, adakah kerana kehadiran Datuk Ambiga yang dijadualkan untuk merasmikan acara golongan ini telah menjadikan ia sebagai isu perdana ketika ini dan tahun ini khususnhya? Kenapa tidak buat bising masa Marina Mahathir merasmikan "seksualiti merdeka tahun lepas? Lu Fikir lah sendiri...

Tetapi khotbah di mimbar dua ahad yang sudah mendorong sesamamu respon terhadap isu ini.

Di Mimbar khutbah hari ahad...

Di ahad yang lepas, sesamamu menghadiri dua gereja yang berbeza dikala isu "seksualiti merdeka" ini menjadi hangat di negara kita. Dalam kesempatan kehangatan isu tersebut, tidak kurangnya pengkhutbah-penghutbah di kedua buah gereja ini mengutuk sekeras-kerasnya golongan "Lesbian-Gay-Bisexeal-Transgenders @ LGBT" seakan-akan dosa golongan yang disisihkan dari masyarakat ini mempunyai satu DOSA yang teramat besar!
Ya, sesamamu juga percaya tentang betapa Alkitab yang difirmankan itu sangat menolak sekeras-kerasnya tabii yang songsang ini. Tetapi, sesamamu percaya FirmanNya tidak pernah mengajak kita terus menghakimi dan mengutuk atau dalam erti kata lain terus menjadikan golongan ini seakan pesakit kusta ketika zaman Yesus dahulu. DIPINGGIRKAN dan DISISIHKAN dari masyarakat. Malah masyarakat ketika zaman Yesus percaya mereka yang berpenyakit kusta berpunca daripada dosa kutukan! Satu dosa yang sangat BESAR o....

Samalah dengan tanggapan kebanyakan guru agama Kristien ini terutamanya...berfikiran bahawa masyarakat GLBT ini harus ditolak sekerasnya permintaan keatas hak-hak mereka. Kerana itu dosa besar!!! tersangat besar!!! Nanti kalau layan permintaan mereka, takut-takut dia juga terlibat sama! Dalam erti kata lain, Menyokong bererti terlibat berdosa.

Tetapi...semua diam ketika Yesus suruh merejam batu pada perempuan itu...

Sesamamu percaya, cerita ini tidak asing bagi pengikut Yesus yang setia atau mereka yang panggil diri mereka Kristien apatah lagi "guru-guru agama Kristien yang mengajar ajaran Yesus tu".
Tetapi, apa masalahnya apabila mereka tidak mahu merejam perempuan itu dengan batu apabila Yesus menyuruh mereka? Lu fikir lah sendiri!!!!

Perbuatan kedua pengkhutbah ini mengutuk golongan ini sebenarnya telah menutup serapat-rapatnya peluang untuk mereka mendekati mereka serta memahami kenapa mereka berbuat demikian. Mereka mula takut dan tidak tahu di mana harus mereka berkongsi masalah ini.

Seasamu pasti di kedua gereja yang Pastornya mengutuk keras golongan ini juga mempunyai anggota yang ada sifat tabii yang songsang ini. Pasti ada...jadi bagaimanalah???

Dan bukan kah kita diajar untuk  membenci dosa itu tetapi bukan benci si pelaku dosa itu kan??? emmmm...macam pernah dengar kan????

Sesamamu pernah melihat dan bercakap serta mendengra keluhan golongan ini. Dan kenapa mereka tidak mahu pergi gereja atau dekat dengan orang Kristien...sedihkan??? Sudah tabii songsang...makin jauh dari Tuhan...

Kenapa tiada ruang untuk kita mendengar atau memahami merekakah? 

Kebijaksanaan Syurga atau manusia?

Ini adalah akibat daripada kebijaksanaan manusia telah melampaui kebijaksanaan Illahi. Tuhan seakan tidak diperlukan lagi kerana terlalu banyak bergantung kepada suara-suara orang lain. Suara-suara "mentor" agama seseorang itu atau suara-suara buku yang kebanyakan penulisnya sudah pasti mempunyai kepentinga komersial dan secara tidak langsung bersandar kepada kebijaksanaan manusia semata-mata.

Kalau tidak, takkan Khotbah yang terburu-buru terus mengutuk golongan ini diperbesarkan di atas Mimbar ketika perkara ini masih hangat diperkatakan di negara kita.
Dimana sikap seorang Kristien yang mahu kepastian dan mendengar suara Dia di dalam menghadapi sesuatu perkara? Lupakah Pastor ini bagaimana Samuel mengambil masa untuk Respon apabila mendengar suara Tuhan itu?.Dia mengambil masa o....sebelum dia benar-benar pasti itu suara Tuhan yang memanggil dia dan tidak pun Samuel terus "jump to conclusion" kan?

Jadi...Tolonglah...fahami dahulu....

Aktivis Hak Asasi Manusia- Ambiha-Irene Fernadez-Marina Mahathir

1 comment:

  1. Queer without fear...Gerun itulah pendapat saya.
    Saya tahu dunia kini terlalu taksub bercakap mengenai kebebasan-kebebasan hak asasi manusia itu sendiri umpamanya. Mungkin benar kata saudara kita harus beri peluang, harus terima mereka. Tapi sampai bila, sampai bila kita terus membiarkan mereka bergelumang dengan dosa...biarkan mereka? Itu hak mereka? Let them...Queer without Fear?? Di mana letak Tuhan mu ketika itu? Tuhan juga tidak kau takuti. Sebelum luka menjadi kudis, sebelum kudis bernanah menjadi kanser..biar kita ubati, biar kita halang saudara daripada ianya merebak. Jika kita anggap perkara ini tidak salah, kemungkinan anak-anak kita juga berfikir perkara ini bebar, perkara ini biasa, perkara ini lumrah. Oh..saya tidak mahu nanti melihat ada pula gereja tau JPN kita yang membenarkan perkahwinan sejenis sama seperti UK dan Australia...Gerun saya...Kalau mahu memberi hak biarlah berpada.

    angel01

    ReplyDelete