sesamamu

Saturday, April 24, 2010

Berapa NILAI kemanusian itu?

Berapakah nilai kemanusian itu? ada nilai kah bagi setiap MARUAH manusia itu? "sesamamu" tidak bercakap tentang bakat ataupun keupayaan seseorang itu yang boleh dinilai oleh wang ringgit, tetapi "sesamamu" bercakap tentang MARUAH seseorang manusia itu. Bagi sesamamu, MARUAH tidak ada nilainya, jika kita sesama insani ini pandai menghargainya. IA tidak boleh dibeli dengan wang ringgit.


Tetapi, dengan keadaan dunia yang semakin moden ini, nilai MARUAH seseorang yang bernama manusia itu sudah boleh dijual beli. Baik secara paksaaan ataupun sukarela. Segalanya sudah berubah. Kita, sesama manusia boleh membeli atau menjual MARUAH seseorang itu. "Sesamamu" juga pasti mereka yang terlibat di dalam pekerjaan seks itu juga telah meletakkan MARUAHnya di pasaran NAFSU serakah manusia kerana terpaksa ataupun dipaksa oleh keadaan dunia yang semakin hilang MARUAHnya.


Minggu ini, "Sesamamu" terpanggil untuk berkongsi tentang MARUAH ini kerana diakhbar tempatan semalam (Sabtu) muka depan terpampang satu tema topik yang menarik untuk kita renungkan bersama "PEMERDAGANGAN MANUSIA-[HUMAN TRAFFICKING]
Yang menyedihkan ialah, gadis muda ini telah ditipu oleh sendiket "Perdagangan seks" di sebuah bandar di Utara Sarawak-Limbang. Sebelum gadis ini datang ke Malaysia, dia telah ditipu, dengan telah ditawarkan gaji yang lumayan RM5,000.00 jika dia bekerja di Malaysia. Tetapi,setelah datang ke Malaysia-Sarawak, dia telah dijual kepada sendiket "Perdagangan seks" ini. sesudah beberapa minggu di Limbang, dia tidak menerima sesen pun bayaran daripada majikan nya di mana dia bekerja di sebuah kelab malam menjadi GRO-Pelayan kelab malam. Malah hari pertamanya di Limbang, dia dipaksa untuk melayan 2 orang "tetamu". Majikannya tidak membayarnya sesen pun kerana mendakwa gadis tersebut telah berhutang kepada majikannya RM2,000.00, iaitu kos membawanya dari Kuching ke Limbang.
Tetapi oleh kerana tidak tahan dengan apa yang berlaku, gadis ini telah memberanikan diri membuat laporan dan pegawai di pejabat Konsulat Indonesia telah turun ke Limbang dan menyelamatkan mangsa ini.


Satu kisah yang sungguh sedih untuk dikongsikan kerana, sampai sekarang ini masih ada lagi "Pemerdagangan manusia" berlaku walaupun kita telah hidup di alam yang serba moden ini. Manusia mula rakus dan dikuasa oleh satu kuasa yang sangat BESAR kuasanya kepada dunia sekarang. WANG!!!. WANG telah menjadi satu kuasa yang begitu terpengaruh. Memang betul seperti yang dikatakan oleh bijak pandai..."The power is money, the money is power". Sekarang siapa punya banyak wang, dia boleh berkuasa malah boleh membeli MARUAH seseorang. Itulah yang berlaku dengan gadis ini. Dia telah dibutakan oleh WANG dan seterusnya telah ditipu oleh WANG yang secara langsungnya telah membeli MARUAHnya begitu sahaja oleh manusia yang mempunyai kuasa atas nama WANG.
Alkitab juga ada memberitahu kita, cinta akan wang adalah AKAR segala kejahilian.

Pernah juga "sesamamu" mendengar "pemerdagangan manusia" di mana manusia yang di dagangkan ialah bayi, kanak-kanak kecil. Ini berlaku di negara kita. Pada tahun yang lepas apabila rumah ini telah diserbu oleh pihak berkuasa. MENYEDIHKAN!!!!

1 Tim 6:10 [10] Karena akar segala kejahatan ialah cinta wang. Sebab oleh memburu uanglah beberapa orang telah menyimpang dari iman dan menyiksa dirinya dengan berbagai-bagai duka.


Tidak ada masalah kepada wang itu, cuma apabila manusia ini terlalu taksub dengan wang, ini menyebabkan ia menyumbang kepada akar kepada segala kejahatan itu. Tidak salahnya kita memiliki banyak wang dan mencari wang saku yang lebih untuk menyara hidup dan terus hidup di dunia ini yang segalanya adalah WANG. Tetapi kalau sudah terlalu taksub, sehingga menjadikan wang itu menguasai kita, kita mulai mencintai nya sehingga begitu sukar untuk kita melepaskan walau sesen pun daripada kita. Ya, kita adalah pemelik mutlak wang yang kita perolehi itu, tetapi hati-hati terhadapnya. Kita boleh menjadi GEMBIRA kalau ada wang tetapi kita boleh menjadi TIDAK TENTERAM kalau tiada wang. Jadi, ini menjadi tanda-tanda awal dimana hidup itu sudah dipengaruhi oleh wang. Kenapa?  cinta akan Tuhan itu telah pudar dan cinta akan wang itu semakin besar, iman percaya yang menjadi dasar orang percaya itu sudah mulai dibeli oleh kuasa wang itu. Akhirnya...tanggung jawab untuk sesamamu manusia mula terabai malah sanggup menggadaikan MARUAH insan yang bernama manusia.


Jadi, dalam isu kali ini, "Sesamamu" menyeru pembaca sekalian untuk lebih sensitif dan peka dengan isu "pemerdagangan manusia" ini. Jika anda melihat atau mendengar adanya aktiviti yang tidak berperikemanusiaan ini, cepat hubungi mereka yang berkuasa seperti nombor yang tertera diposter di atas. Jadilah telinga dan mata sesamamu manusia.

Monday, April 19, 2010

Mari lihat keluar...

Kita tinggal sejenak pilihan raya Hulu Selangor yang akan ditentukan 25 April ini dan pilihan raya satu lawan satru diantara DAP dan wakil SUPP dari BN yang akan berlansung 15 May ini di Sibu nanti.

Keluaran kali ini, "Sesamamu" ingin berkongsi satu cerita yang amat menarik yang "Sesamamu" sendiri alami ketika lawatan ke Mukah minggu yang lepas.
Semasa menyertai perkumpulan pelajar Kristian dari 2 kampus yang ada di Mukah(Politeknik dan UiTM) baru-baru ini, "sesamammu" rasa tersentuh dengan satu usaha murni daripada lebih kurang 300 orang pelajar yang hadir hari itu. Pada malam tersebut, wang persembahan yang dikutip mereka telah salurkan kepada tabung mangsa bencana alam di Haiti. Ya, seperti yang kita tahu, satu bencana alam yang amat dahsyat telah berlaku di Haiti pada awal Januari yang lepas di mana telah mengorbankan kira-kira 100,000 nyawa dan lebih kurang 300,000 penduduk di ibu kota nya-Port de Au telah kehilangan tempat tinggal mereka. Pada malam tersebut, lebih kurang RM470.00 persembahan telah dikumpul dan kesemua wang tersebut disalurkan kepada derma Tabung Bencana Alam di Haiti. Perlu diingat, bukan jumlah wang tersebut menjadi ukuran tetapi hati yang ikhlas memberi itu menjadi tatapan semua.

Apa yang menyentuh hati "sesamamu" ialah, melihat generasi muda ini mempunyai satu sikap yang amat murni. Hati seorang Krsitian yang bukan hanya mempunyai iman kepada Nya tetapi melakukan nya menurut apa yang mereka dengar dari Firman Nya sepanjang hidup mereka. Dan juga peka kepada apa yang berlaku disekeliling mereka. "Sesamamu" rasa, pelajar-pelajar ini telah melihat sendiri bagaimana Tuhan Yesus m telah meninggalkan satu contoh yang hidup kepada kita yang percaya ini, kita melihat bagaimana seorang manusia sanggup MATI dan BERKORBAN untuk orang lain sepanjang hidup NYA sehingga diakhir nyawa NYA. Dia tidak melihat kepentingan Dia didahulukan tetapi kepentingan ataupun KESELAMATAN  orang lain yang diutamakan Nya. Sehingga bagi orang yang percaya kepada Nya memperolehi keselamatan dan kehidupan yang kekal. "Sesamamu" dapat merasakan, penyataan iman yang "simple" dari segelintir pelajar ini menunjukkan kita mempunyai satu generasi yang tidak memandang perbezaan latar belakang mereka, baik dari gereja mana, kaum apa sekali pun, mereka datang dalam satu hati di dalam Dia dan menyatakannya, bukan hanya di dalam lagu ataupun kata-kata tetapi perbuatan mereka. "Sesamamu" percaya ini adalah apa yang Tuhan Yesus ingin beritahu kita juga tentang erti salib itu. Selain daripada kita melihat betapa besar kesetiaan Yesus kepada Bapa di Syurga dan penyataan kasih Nya kepada semua umat manusia, Dia juga meninggalkan kepada kita satu cerita kasih yang sebenar kepada semua orang, bukan hanya tentang diri kita sendiri...

Untuk pengetahuan pembaca semua, ini adalah kali kedua "sesamamu" memaparkan cerita yang sama dimana sekumpulan pelajar Kristian di sebuah kampus di Kuching membuat perkara yang sama(7 Februari-berbahagialah mereka yang memberi). Menderma kepada tabung bencana alam Haiti. KUDOS!!!

Mari kita renungkan lirik lagu ini...dan khas "sesamamu" tujukan kepada GiG di Mukah (Pelajar Kristian Politeknik dan UiTM Mukah) dan PPK UiTM KS serta banyak lagi orang pengikut setia Kristus di luar sana.


God of justice
God of Justice, Saviour to all
Came to rescue the weak and the poor
Chose to serve and not be served

Jesus, You have called us
Freely we've received
Now freely we will give

We must go live to feed the hungry
Stand beside the broken
We must go
Stepping forward keep us from just singing
Move us into action
We must go

To act justly everyday
Loving mercy in everyway
Walking humbly before You God

You have shown us, what You require
Freely we've received
Now freely we will give


Fill us up and send us out
Fill us up and send us out
Fill us up and send us out Lord
"Stepping forward keep us from just singing"
Apakah ertinya petikan lirik di atas bagi anda?

Akhir sekali, untuk pengikut-pengikut setia Kristus di luar sana, cuba kita tanya diri kita setiap kali  kita berhadapan dengan sesuatu situasi dan keadaan..."Apakah yang Yesus akan buat?" apabila menghadapi keadaan dan situasi itu...[WWJD-what would Jesus do?]

Note:
Lihat keluar...kekadang kita lupa...mereka perlukan kasih yang kamu banggakan itu...yang kamu nyanyikan itu...God of Justice...klik untuk lihat dan dengar lagu ini.

Monday, April 12, 2010

NEGARA KU...

Untuk minggu yang lepas ini, ada satu perkara yang sangat menarik perhatian "sesamamu" untuk kita sama-sama renungkan. Bukan mengenai masalah pembuangan bayi (syukur kerana tidak ada pembuangan bayi bagi tempoh 2 minggu yang lepas-harap semuanya berakhir), bukan pula mengenai mangsa-mangsa bencana alam, tetapi in mengenai perkembangan persidangan Dewan Rakyat/Parliemn yang di negara kita saat ini. Ya, "sesamamu" terlebih dahulu memohon maaf kerana "sesamamu" kurang arif dengan hal-hal politik,  tetapi apa yang ingin "sesamamu" kongsikan kali ini ialah bagaimana kita sepatutnya mempunyai tanggungjawab untuk mengambil tahu tentang perkembangan politik di sekitar kita, terutama di negara kita yang tercinta ini.


Pada minggu yang lepas, di dada-dada akhbar dan media perdana banyak mengenengahkan perkembangan sidang Dewan Rakyat di negara kita, antara wakil-wakli Parlimen yang kita sebagai rakyat mempertanggung jawabkan mandat kepada mereka untuk mewakili kita dan dalam masa yang sama dapat membantu kita sebagi rakyat Malaysia di dalam mereka menggubal serta menyelesaikan sesuatu perkara bagi kepentingan rakyat dan negara kita Malaysia khususnya. Namun, apa yang berlaku ialah, kucar-kacir dan huru-hara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam Dewan Rakyat yang mulia itu. Malah di dalam satu rencana 30 minit dari Parlimen, melalui TV1, telah menjadi bukti kepada semua rakyat Malaysia, apa yang sebenarnya berlaku di dalam Dewan Parlimen/Dewan Rakyat kita pada persidangan kali ini. Ya, ini berlaku kerana apa-apa usul dan hujah yang dibentangkan, pasti mendapat tentangan bagi yang tidak berpuas hati dan kurang senang dengan hal yang didengar. 

Walaupun begitu, tidak ada  perkara yang sampai ahli-ahli Parlimen kita melontar kerusi dan bantu terhadap satu sama lain, ada pun lontaran yang berlaku cuma dalam bentuk lisan ataupun kata-kata. Apabila dilihat dan direnungkan terhadap apa yang berlaku di dalam Dewan Rakyat baru-baru ini, kadang-kala "sesamamu" merasa sedih dan kurang senang kerana mereka ini adalah wakil-wakil kepada Rakyat Malaysia  dimana dipertanggungjawabkan untuk mengubal undang-undang serta membawa kemakmuran kepada negara kita Malaysia. Tidak kira samada wakil Parlimen ini dari kerusi Kerajaan memerintah sekarang (BN) ataupun pembangkang (PR), "mereka" sebenarnya yang menjadi wakil "kita". Bila dikenangkan kembali dengan apa yang berlaku, "sesamamu" juga dapat melihat sinar harapan dengan apa yang berlaku kerana, mungkin dengan kedudukan kerusi di Parleimen yang tidak hanya dikuasai majoriti besar oleh satu-satu pihak dapat mengawal satu pihak yang majoriti untuk mengubal undang-undang tanpa merujuk dan meneliti secara terperinci pro dan kontranya sesuatu keputusan yang bakal dibuat.  
Jadi, adakah ini punca yang menyebabkan huru-hara ini berlaku?


Harapan "sesamamu" ialah, jangan sampai kepercayaan rakyat akan hilang terhadap Parlimen kita seperti yang berlaku di Bangkok, Thailand. Rakyat mula hilang kepercayaan dan memberontak terhadap kerajaan yang memerintah sehingga institusi perlembagaan negara mereka tergugat. Untuk rekod, pemberontakan baju merah di Bangkok hari Sabtu yang lepas telah mengorbankan 21(Termasuk seorang journalist warganegara Jepun) orang setakat ini. Dan beberapa askar telah ditawan didalam pemberontakan penyokong bekas Perdana Menteri didalam buangan (Taksin) dan tentera Thailand.


Melihat apa yang berlaku ini, "sesamamu" terpanggil untuk berkongsi tentang perkara ini dan dalam masa yang sama untuk mendorong pembaca semua untuk selalu mengingatkan perkembangan Politik di negara kita. Jangan kerana kita tidak ada minat tentang Politik, dan kita tidak mahu mengambil peduli. Menjadi tanggung jawab kita bersama untuk terlibat secara tidak langsung tentang apa yang berlaku didalam Politik di negara kita. Jangan hanya duduk diam. Perlu diingat, "mereka" yang di dalam Dewan Rakyat itu adalah pemimpin yang kita pilih untuk mewakili kita. Biar mereka menjadi wakil yang benar dan adil serta melakukan pekerjaan mereka untuk menolong orang-orang yang tertindas serta serba kekurangan. Bukankah itu sebab mereka dipilih?
Berilah keadilan kepada orang yang lemah dan kepada anak yatim, belalah hak orang sengsara dan orang yang kekurangan!(Mazmur 83:3)


Mari kita belajar untuk selalu mengingatkan Politik kita dan wakil-wakil kita di dalam Parlimen ini dalam doa kita senantiasa. Tidak rugi dan membazir untuk kita berdoa untuk mereka dan mengingat mereka selalu dalam doa kita kerana keadaan politik yang stabil akan menjamin kemakmuran negara kita. Dengan kemakmuran itu, semua rakyat akan hidup dengan aman dan sentosa senantiasa. Dalam secara tidak langsung juga, kita sebenarnya membantu "sesamamu manusia" seperti yang Tuhan Yesus ajar kepada kamu sebagi orang Kristien itu...(kamu boleh mula prihatin dan ambil peduli dengan BELI surat khabar dan BACA kolum politik, Cukup untuk menyatakan anda bukan hanya duduk "mendengar" tetapi anda sebenarnya secara langsung juga "melakukan"....hasilnya, anda akan terdorong mahu BERDOA)


Nota:
peringatan!! kalau kamu berumur 21 tahun dan belum mendaftar sebagai pengundi. Jadi, anda layak, TOLONGlah mendaftar sebagai pengundi. Hak anda sebagai seorang rakyat Malaysia malah tanggung jawab sebagai "sesamamu manusia".

Monday, April 5, 2010

No. 3:16

Bagaimana hujung minggu anda yang lepas? Sesamamu pasti kita melalui hujung minggu yang berharga. Ya kenapa berharga? Good Friday kan cuti, dan sambung sampai hari Ahad-Easter sunday.
Jadi, bukan kah hari-hari tersebut "berharga" bagi kamu dan saya? Berharga kerana kita mengingati seseorang yang sungguh bererti didalam hidup kita(sebagai orang Kristien) dan mungkin berharga bagi orang yang bukan Kristien kerana cuti yang panjang yang boleh digunakan untuk dirinya sendiri mahupun dengan keluarga. Cuti yang panjang bah!!!


Tetapi, samada anda seorang pembaca Kristien atau pun tidak, sesamamu ingin kongsikan satu perkara di sebalik hari-Jumaat (Good friday) dan hari ahad (easter sunday) ini. Dan Sesamamu pasti, semua orang di Malaysia ini tahu akan hari-hari ini dan kenapa perlu ada cuti bagi hari-hari ini terutama untuk rakan-rakan yang beragama Kristien. Sesamamu percaya, kita yang Kristien juga sedia maklum kenapa rakan-rakan kita beragama lain merayakan hari-hari tertentu dan mengisytiharkan cuti umum pada hari-hari tertentu. Ya, kita adalah rakyat Malaysia yang ingin mengambil tahu bukan? Bagi kebanyakan orang Kristien, Good Friday merupakan hari dimana Tuhan Yesus Kristus itu mati di kayu salib dan pada hari Easter Sunday merupakan hari kebangkitan Tuhan Yesus Kristus itu. Mereka percaya bahwa Tuhan Yesus Kristus itu mati dan bangkit pada hari yang ketiga. Dan Mereka percaya Dia mati untuk menghapuskan dosa manusia dan kebangkitan Nya melambangkan kemenangan Dia dan orang yang percaya kepada Nya terhadap dosa dan maut.


Apa yang sesamamu mahu nyatakan disini ialah, kesaksian pengorbanan yang orang yang bernama Yesus ini lakukan. Dia menunjukkan satu contoh hidup yang nyata dimana kita sebagai manusia harus lakukan. Apatah lagi bagi seorang Kristien yang percaya kepada Nya. Apakah yang Dia lakukan patut kita contohi? 
Jawapan yang pasti ialah...Pengorbanan yang Dia tunjukkan kepada orang lain. Malah orang yang tidak Dia kenali serta untuk semua orang sebenarnya. Dia sanggup berkorban jiwa dan ragaNya untuk semua orang, tidak memilih latar belakang mereka. Yoh 3:16...."Begitu besar kasih Allah kepada dunia ini..." . Kasih kepada semua orang di dunia ini...Jadi, oleh kerana begitu besar kasih Nya kepada semua orang di dunia ini maka Allah Bapa disyurga mengaruniakan Anak-Nya yang tunggal, iaitu Yesus Kristus datang ke dunia dan mati bagi semua orang. Faktor pendorong kepada Bapa di syurga ialah "Kasih kepada dunia ini...".
Ya, Dia mati untuk semua orang di dunia ini tanpa mengira latar belakang dan asal usul mereka. Satu penyataan kasih yang luar biasa untuk sesama kita manusia. Ini adalah satu contoh yang hidup atau kesaksian yang hidup bagaimana kita menyatakan kasih itu kepada semua orang. Ini adalah kasih yang sebenar dan tanpa habisnya serta tidak bersyarat. 


Kisah kasih yang ditunjukkan oleh Nya kepada semua manusia ini kita harus teladani. Supaya kita tahu menyatakan kasih kita juga kepada orang - orang yang memerlukan, kepada mereka yang dalam kesusahan dan untuk mereka yang kehausan erti kasih yang sejati dari orang seperti "kita". Sesamamu percaya Dia melakukan ini bukan hanya kerana Bapa Nya di syurga, bukan hanya kerana kasih Nya kepada kita tetapi juga ingin memberitahu kepada kita, bagaimana seharusnya kita berkongsi kasih itu kepada orang yang lain juga.


Jadi, mari kita mengambil ikhtibar untuk melihat pengorbanan Yesus itu dari aspek yang ini juga, iaitu penyataan kasih kepada orang lain. Sanggup berkorban jiwa dan raga kepada orang sesama kita manusia. Bukankah itu hukum yang terutama yang Yesus sendiri tuntut daripada "kita" ....???


Tindakan yang sangat MUDAH....BERHENTI sejenak memikirkan keselamatan diri kamu sendiri atau berdoa untuk berkat dan kejayaan untuk diri kamu sendiri...ingat dan doa juga untuk orang lain yang memerlukan KESELAMTAN itu dan KEPERLUAN untuk hidup itu....