sesamamu

Monday, November 25, 2013

Bertahun Kristieniti bertapak di Sarawak. Tetapi...

Ya tidak dinafikan, kristieniti sudah lama bertapak di Sarawak, dan tidak dinafikan ia menjadi agama yang terbanyak penganutnya. Ada pelbagai denominasi di Sarawak yang menyumbang kepada majoriti penganut agama tersebut di Sarawak.

Tetapi, dengan penganut yang majoriti di Sarawak tidak menjamin kepada 100% mereka yang di luar bandar terutamanya mengamati agama Kristien ini. Masih ramai lagi masyarakat peribumi di Sarawak masih lagi mengamalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Adapun yang telah mengatakan mereka telah memilih agama kristien sebagai kepercayaan baru mereka tetapi masih ramai lagi yang menganggap Tuhan Yesus Kristus itu sebagai satu lagi "koleksi tuhan " mereka yang mungkin dapat digunakan pada saat-saat genting, dan selalunya sebagai "pemain simpanan".

Kita Kristien sibuk yang bukan-bukan...

Amanat agung yang menuntut orang yang percaya kepada Tuhan Yesus Kristus supaya pergi ke seluruh dunia dan memberitakan tentang berita baik itu telah menjadi sangat "komersial" dan berunsurkan satu perhimpunan beramai-ramai orang Kristien. Kita sibuk dengan satu perhimpunan yang besar untuk "meneguhkan serta menguatkan" iman (peribadi) kita sehinggakan ia menjadi satu tradisi "perhimpunan raksaksa" orang -orang percaya sahaja. Ataupun dalam perkataan yang lebih manis lagi ialah perkumpulan "Kristien Ekslusif" sahaja.
Tetapi, mereka yang belum kenal Tuhan dan masih mengamalkan kepercayaan lama masih ramai lagi di kawasan luar bandar. Malah mereka ini dalam masa 3 tahun langsung tidak pernah dilawati oleh mana-mana "missionary".
Sibuk dengan perhimpunan besar ataupun konsert rohani yang mega-mega, dimana sudah pasti perbelanjaan beratus-ratus ribu. kalau 4 perhimpunan ataupun perkumpulan besar ini sepanjang setahun, wow betapa jumlah wang tersebut mungkin dapat membwa banyak lagi jiwa di ulu-ulu sana kepada Tuhan.

Apa kata "missionary" kita???

Sesamamu sempat bertanyakan seorang "missionary" yang sudah 5 tahun melayani di kawasan "penginjilan"nya. Apabila di tanya, berapa "allowance" bulanan yang diterima? Dengan penuh kerendahan hati dia menjawab,: Sebulan RM350, itu pun kalau ada RM150 yang dijanjikan oleh bandan induk gereja dia. Tetapi, pada tahun pertama saya di sini, saya "nasib-nasib" adalah terima RM150 dalam akaun saya. Terpaksa berjimat untuk membeli minyak motosikal, supaya dapat melawat rumah-rumah panjang yang ada (9-10 rumah panjang).
Satu penemuan yang sangat mendukacitakan bagi sesamamu. Mereka adalah pelayan Tuhan dibarisan hadapan tetapi kebajikan mereka dipandang, endah tak endah sahaja. Dan apabila Sesamamu bertanyakan soalan kenapa mereka masih setia melayani?

Ini jawapan yang sangat mengharukan dan melukan hati Sesamamu,: "Demi suku kaum saya dan bangsa saya.Saya mahu lihat mereka diselamatkan".