sesamamu

Saturday, December 31, 2011

Jalan Raya Pan Borneo Sarawak Vs Sabah

Ini berdasarkan pemerhatian peribadi sesamamu sendiri dan pengalaman merentasi jalan raya tersebut dari Kuching sehingga ke Kota Belud di Sabah minggu yang sudah. Perjalanan yang memakan masa 30-35 Jam termasuk tersekat 3-4 Jam di Feri Padaruan (Sempadan Limbang-Brunei) serta Q yang pengalaman Q- yang panjang di kedua-duak pos kawalan imigrasi Malaysia dan Brunei.

Dalam pemerhatian serta pengalaman Sesamamu disepanjang perjalanan tersebut dengan menggunakan Protos Saga Iswara(1999) sesamamu, ternyata sesamamu dapat katakan, Jalan Raya Pan Borneo di Sebelah Sabah jauh lebih baik daripada Sarawak. Bukan sahaja keadaan jalan Raya baik keadaaan permukaan jalan tetapi jalan rayanya lebih luas jika dibanding dengan jalan raya di Sarawak.

Jalan Raya Pan Borneo Sarawak Sempit...

Kalau anda pernah melalui jalan raya Sarawak, anda pasti mengalami trauma yang tersangat hebat kerana dapat merasakan betapa lori mahupun bas-bas yang besar ini seakan-akan bergeser dengan kenderaan anda. Di tambah lagi dengan keadaan jalan raya yang beralun!.

Jalan aya dari Simpang Mukah-Selanagau ke Bintulu seakan-akan anda berada di lautan yang berombak. Keadaan jalan yang beralun-alun. Bak kata pepatah, " Seperti di buai ombak". Lain pula ceritanya kalau melalui jalan raya lama Bintulu-Miri, anda terpaksa menaikkan skil pemanduan untuk mengelakkan lobang-lobang sepanjang perjalanan seakan-akan senjata "periuk api" yang  siap sedia memerangkap kenderaan anda. Tidak hairan beberapa kali Proton Saga-Iswara tua Sesamamu terlanggar "periuk api' tersebut. Dan sampai di Lawas...kena perbaiki kerosakan pula!

Jalan Raya Sabah ok la...

Jika dibandingkan dengan Jalan Raya Sarawak, ya, Jalan Raya Sabah boleh sesamamu katakan, OK lah. Sepanganj perjalanan dari Lawas-kota Belud-Lawas, tiada pengalaman untuk melalui jalan yang sempit dan beralun tersebut. Walaupun Sabah lebih berbukit bukau keadaan muka buminya, tetapi, kerajaan Negeri mahupun Pusat dapat menaikkan taraf jalan raya neger Sabah. Jika bentuk muka bumi menjadi alasan kenapa Sarawak tidak memiliki jalan raya yang baik, Sesamamu membangkang keras akan alasan tersebut.

16 Billion untuk naik taraf jalan raya Pan Borneo Sarawak...

Berapalah jumlah tersebut kalau hendak dibandingkan dengan lebuh raya di Tanah Seemenanjung jika dibandingkan sumber kekayaan negeri Sarawak? MP Sarawak telah mengeluarkan kenyataan tersebut seminggu sebelum hari Krismas yang lepas. Dia seakan-akan memberi alsana betapa mahalnya kos yang perlu kerajaan pusat keluarkan hanya untuk menaikkan taraf jalan "trunk" di Sarawak. Tetapi sebagai rakyat biasa yang selayaknya mendapat hak memiliki insfrastruktur jalan yang baik ingin menyatakan, "Berapa sangatlah kos tersebut jika dibandingkan dengan kekayaan sumber dari Sarawak".

Jadi, sebagai mengenang tahun 2011, dan jalan yang runtuh di KM77 Di Sarawak, sesamamu ingin menyatakan, Jalan Raya Sarawak secara keseluruhannya jauh mundur kebelakang jika dibandingkan jalan raya Sabah....Apa kata anda???

Tuesday, December 27, 2011

25,000 orang mati kelaparan setiap hari di seluruh dunia....

Selamat hari Natal...

Masuk sahaja melawat rumah rakan rakan, kita kan dihidangkan dengan pelbagai jenis makanan yang enak dan menarik. Malam Krismas pula, kita juga akan makan malam bersama keluarga ataupun rakan-rakan untuk merayakan malam Krismas tersebut.

Pada hari perayaan ini, kita akan membelanjakan wang yang ada untuk menyediakan makanan yang terbaik baik untuk kita mahupun  rakan-rakan yang akan mengunjungi rumah kita. Tidak kurangnya ada yang sanggup membelanjakan wang mereka di restauran-restauran yang ternama.

"Chicken ala carte..."

Sebuah dekomentari tentang bagaimana kita membazirkan makanan yang kita ada tetapi dalam masa yang sama ada orang lain yang belum tentu menjamah sesuap nasipun. Apabila dua orang rakan yang memesan makanan di sebuah restauran makanan segera, mereka langsung tidak menghabiskan makanan itu, tetapi di belakang restauran makanan segera tersebut, setiap hari seorang ayah akan mencari sisa-sisa paha ayam mahupun sayap ayam yang dibuang begitu sahaja untuk dibawa pulang.

Dengan menggunakan basikal tuanya itu, dia akan membahagikan makanan tersebut kepada kanak-kanak yang ada dijalanan yang menanti akan kehadirannya. Selebihnya akan dibawa pulang ke rumahnya sendiri. Seperkara yang menghayat hati didalam dokumentari ini ialah apabila, seisi keluarga si ayah ini mengucapkan syurkur terima kasih kepada Tuhan keatas makanan yang tersedia dihadapan mereka walaupun hanya sisa!!!

Pembaziran sumber makannan...

Dianggarkan berbiliion-billion tan sisa sumber makanan kita buang setiap hari dan dalam masa yang sama, berpuluh ribu manusia mati kebuluran di pelusuk dunia. Kebanyakan negara yang maju mahupun membangun merupakan penyumbang yang terbesar kepada masalah pembaziran sumber makanan ini. Kita sanggup membelanjakan wang kita untuk mendapatkan makanan yang belum tentu kita habiskan dan akhirnya, makana itu akan menjadi penghuni tong sampah. Apatah lagi pada musim-musim perayaan ini, demi menjaga status ataupun standard, kita menghidangkan makana yang lebih daripada mencukupi, dan akhirnya, makanan tersebut akan dibuang begitu sahaja. Bukankah ini satu pembaziran sumber makanan?

Sikap seorang pemboros...

Dalam masa yang sama kita merayakan hari Natal ini dengan penuh gembira beserta makanan yang berkelimpahan, kita juga harus belajar untuk mangawal sikap pemboros itu. Boros dalam segala aspek dalam menyediakan makan serta mendapatkan makanan di masa-masa perayaan ini. Akhirnya, terlalu banyak makanan lebihan yang pada hakikatnya bukan boleh dimakan oleh sesiapapun kerana sudah basi. Bukankah ini satu sikap yang "pemboros".

Sesamamu percaya, semua agama mengajar kita untuk lebih berjimat cermat dan bukan boros!

Sesamamu ingin mengingatkan kita sekalai lagi, apapun tindakan kita sebenarnya meninggalkan kesan kepada orang lain di dunia ini. Pembaziran sumber makanan bukan sahaja menyebabkan sisa-sisa makan ini berlonggokan di pusat pembuangan sampah, malah sumber alam sekitar serta persekitaran kita semakin terjejas juga, belum diambil kira 25,000 orang yang mati kebuluran setiap hari di dunia ini!

Monday, December 19, 2011

Polis tidak suruh Christmas Carol kah?

Soalan bonus yang diajukan kepada sesamamu minggu yang lepas sebelum satu kumpulan melakukan Krismas Carol, mengunjungi rumah-rumah rakan mereka yang merayakan Krismas. Kunjungan "Christmas Carol" tersebut telah dimulakan dengan doa pengucapan syukur serta meditasi daripada Firman Tuhan sebelum para peserta Christmas Carol ini berjalan berkumpulan mengunjungi rumah rakan-rakan mereka yang membuka rumah untuk diberkati dengan Shalom-damai sejahtera kerana kelahiran Raja Damai iaitu Kristus Tuhan itu.

Tetapi, soalan mengatakan "Polis tidak suruh Christmas Carolkah?" adalah respon terhadap apa yang berlaku di Johor-Lembah kelang-Petaling Jaya di mana ketua-ketua polis di tempat-tempat tersebut telah mengarahkan mana-mana Christmas Carol yang ingin dilakukan harus memberi keterangan serta memohon kebenaran.


Buta sejarah apa?

Sesamamu dengan tegasnya ingin memberi amaran kepada mana-mana ketua-ketua Balai Polis yang MUDA-MUDA ini supaya mendalami sejarah mana-mana agama mahupun kepercayaan sebelum membuat sesuatu arahan yang pasti akan mengundang kepentingan politik mana-mana pihak kelak. JANGAN ikut suka hati sahaja tanpa melihat asal usul sesebuah keprcayaan agama tersebut dan kenapa perlua ada sesuatu perayaan yang sedemikian rupa dilakukan.

Jangan sampai di Sarawak!!!

Ini adalah amaran keras daripada Sesamamu kepada mana-mana ORANG-ORANG YANG BERKEDUDUKAN  di dalam penguatkuasaan sesuatu peraturan. JANGAN sama sekali cuba mengeluarkan arahan yang sedemikian rupa. Jika anda mempunyai kepentingan politik untuk melakukan arahan yang "BELUKU' "(lebih teruk daripada Bodoh, dalam bahasa Sarawaak) ini di Sarawak, anda sebenarnya mengundang malapetaka bukan sahaja kepada kerjaya anda malah mana-mana kerajaan yang anda sokong pada ketika ini.

Di Sarawak, amalan Christmas carol ini telah menjadi sebahagian daripada perayaan tardisi penganut Kristian setiap Disember sempena hari Krismas di Sarawak, di mana ia membawa maksud, Damai Sejahtera-Shalom kepada rumah-rumah mahupun tempat-tempat yang mereka kunjungi untuk berkongsi kesyukuran ini dengan nyanyian lagu-lagu Krismas...

Jadi...jawapan bagi soalan tentang polis tangkap kah? ialah....TIDAK!...kalau dia orang mau Tangkap, mereka sudah buat satu kesilapan yang BESAR...bukan kepada kepercayaan orang Kristian sahaja, tetapi kepada SARAWAK secara khususnya...jadi, JANGAN BERANAI CUBA YA!!!!

Friday, December 9, 2011

Hadiah yang terbaik di hari Krismas

Kalau bagi mereka yang beragama Kristien, Krismas membawa makna yang sangat besar kerana hadiah yang terbaik diberikan kepada manusia sejagat oleh Maha Pencipta, TUHAN ALLAH kepada dunia ini.

Oleh kerana itulah, setiap bulan Disember, bagi pengikut ajaran Kristus Yesus ini akan pasti merayakannya dengan penuh sukacita dan penuh makna. Tidak kurangnya, banyak yang , mengambil kesempatan untuk balik kampung untuk merayakan nya bersama-sama keluarga besar mereka dan yang pasti, ramai yang sibuk mencari hadiah untuk diberi kepada orang yang tersayang.

Sana-sini ada hadiah....

Tidak kurangnya, di sana-sini ada aturcara pemberian hadiah dilakukan oleh syarikat-syarikat korperat. Sebagai menjalankan tanggung jawab sosial mereka, Krismas dijadikan dasar untuk melaksanankan tanggung jawab tersebut. Dengan adanya hari perayaan Krismas ini, dapatlah golongan-golongan yang tertentu merasakan satu pemberian yang mungkin sangat bermakna di hari yang besar ini.

Bagaimana dengan anda?

Ya, bagaimana dengan anda? Apakah mungkin hadiah yang terbaik yang anda boleh berikan pada tahun ini sempena hari Krismas?
Sesamamu terfikir tentang hadiah yang terbaik ini setelah mengambil masa di kampung halaman yang sunyi serta tenang minggu yang lepas, terfikir tentang perjalan hidup dan teringat akan apakah hadiah yang terbaik yang patut sesamamu berikan.

Setelah mengambil begitu lama masa untuk berfikir dan untuk membuta keputusan yang mungkin dapat memuaskan hati sesamamu sendiri dan yang akan menerimanya. Terlintas difikiran sesamamu tentang trip balik kampung yang singkat ini. Trip yang singkat ini sangat menyegarkan dan menegur sesamamu "walaupun hanya seketika saja kita bersama dengan mereka yang begitu lama kita tidak jumpa selama ini, terutamanya orang-roang tua di kampung pada waktu itu, ianya sangat bermakna bagi mereka.". Ini kerana mereka hanya selalu mendengar tentang kita,  malah tidak kurangnya hanya pernah melihat kita sewaktu kecil kita dahulu. Apatah lagi, kebanyakan mereka ini adalah dilewat senja kehidupan mereka didunia ini.

Akulah hadiah itu...

Masa, kehadiran kita seketika dihadapan mereka yang tersayang menjadi hadiah yang teristimewa itu. Melalui pengalaman tersebut, sesamamu dapat belajar betapa kehadiran kita buat seketika dengan sesiapa sahaja yang ada didalam kehidupan kita amatlah bererti.
"Walaupun seketika sahaja".

Apabila sesamamu kenangkan betapa sibuknya sesamamu selama ini dan betapa terlalu sedikit masa yang ada yang sesamamu luangkan untuk bersama ibu dan bapa...terasa terpanggil untuk memberi hadiah terbaik sempena Krismas ini dengan "kehadiran" sesamamu bersama-sama mereka nanti...walau hanya sektika cuma sahaja...

Monday, November 21, 2011

JUARA sebenar di negara orang...

Sesamamu mengikuti perkembangan sukan SEA yang berlangsung di Jakarta dan Palembang di Indonesia. Ini adalah sukan SEA yang ke XXIV di mana kali ini penglibatan 11 buah negara termasuk Timor Leste yang belum lagi menjadi anggota ASEAN secara rasminya.

Apa yang menariknya tentang Suakn SEA kali ini ialah bagaimana negara tuan rumah melayan tetamu mereka yang datang terutamanya dari negara kita Malaysia.

JUARA sejati...

Walaupun para atlit mahupun pegawai-pegawai pengiring serta media masa dari negara kita dilayan dengan tidak sebegitu baik, tetapi, penglibatan mereka yang tidak kenal erti putus asa serta "kalah" kepada segala jenis provokasi dari segelintir penyokong setia tuan rumah langsung tidak mematahkan semangat juang mereka.
Pengalaman para JUARA kita di Indonesia semasa sukan SEA ini berlangsung kadang kala diluar kemampuan kita sebagai tetamu untuk menerimanya. Apa tidaknya, kalau ada sahaja acara yang menglibatkan atlit mahupun pasukan negara kita, sudah pasti para JUARA kita ini akan menerima provokasi serta cemuhan yang sangat peribadi dan menyentuh maruah negara. Mereka akan dipanggil dengan pelbagai nama sebagai contoh, malingsia. Maling bermaksud Pencuri di dalam bahasa Indonesia.

Negara ku di "boo..."

Pada perlawanan bolasepak peringkat kumpulan antara Indonesia menentang Malaysia, lagu kebangsaan Negara Ku dlangsung tidak diberi penghormatan di stadium yang berkapasiti 80 ribu orang pada waktu tersebut. Bukan sahaja para pemain negara kita menjadi sasaran peminat fanatik tuan rumah sehingga para pemain dan pegawai dibawa masuk dan keluar stadium dengan menggunakan kenderaan perisai, tetapi lagu kebangsaan di beri sorakan yang menghina, boo dan sebagainya.

Tetapi itu tidak mematahkan semangat para pemain kita. Jadi selayaknya mereka ini dipanggil JUARA.

JUARA yang berjuang di negara tuan rumah yang tidak melayan tetamu dengan sebaiknya, tetapi dihidangkan dengan provokasi-provokasi yang langsung tidak masuk jika difikir betapa "harmoni"dan "serumpun" kedua-dua negara ini.

Kepada para atlit kita yang berjuang berhabis-habisan di sana, kami bangga dengan sikap yang kalian tontonkan kepada kami di sini. Terutama sekali kepada pemain bolasepak bawah 23 tahun negara, anda adalah JUARA yang sejati walaupun berada di tengah-tengah puluhan ribu lautan manusia di aksi Final Nanti (21 Nov).

Team Malaysia! JUARA!!!

Tuesday, November 15, 2011

DiKutuk berabis mereka "Seksualiti merdeka" di Mimbar...

Selama ini sesamamu berdiam sahaja tentang isu "seksualiti merdeka" yang diharamkan untuk menjalankan aktiviti mereka dan diperdengarkan hak mereka di negara kita Malaysia walaupun banyak yang ingin mendengar pendapat sesamamu tentang isu ini.
Pelbagai pihak terutamanya dari kalangan guru-guru agama yang bijak sana mengutuk keras mereka yang ingin menganjurkan acara "seksualiti merdeka" ini daripada berlangsung. Tidak kurang juga golongan yang berkepentingan politik cuba untuk menjadi "hero" pada saat-saat akhir menjelang pilihan raya nanti. Walau bagaimanapun, ketahuilah bahawa Seksualiti merdeka sudah bergiat secara "low profile" sekian lamanya tetapi, adakah kerana kehadiran Datuk Ambiga yang dijadualkan untuk merasmikan acara golongan ini telah menjadikan ia sebagai isu perdana ketika ini dan tahun ini khususnhya? Kenapa tidak buat bising masa Marina Mahathir merasmikan "seksualiti merdeka tahun lepas? Lu Fikir lah sendiri...

Tetapi khotbah di mimbar dua ahad yang sudah mendorong sesamamu respon terhadap isu ini.

Di Mimbar khutbah hari ahad...

Di ahad yang lepas, sesamamu menghadiri dua gereja yang berbeza dikala isu "seksualiti merdeka" ini menjadi hangat di negara kita. Dalam kesempatan kehangatan isu tersebut, tidak kurangnya pengkhutbah-penghutbah di kedua buah gereja ini mengutuk sekeras-kerasnya golongan "Lesbian-Gay-Bisexeal-Transgenders @ LGBT" seakan-akan dosa golongan yang disisihkan dari masyarakat ini mempunyai satu DOSA yang teramat besar!
Ya, sesamamu juga percaya tentang betapa Alkitab yang difirmankan itu sangat menolak sekeras-kerasnya tabii yang songsang ini. Tetapi, sesamamu percaya FirmanNya tidak pernah mengajak kita terus menghakimi dan mengutuk atau dalam erti kata lain terus menjadikan golongan ini seakan pesakit kusta ketika zaman Yesus dahulu. DIPINGGIRKAN dan DISISIHKAN dari masyarakat. Malah masyarakat ketika zaman Yesus percaya mereka yang berpenyakit kusta berpunca daripada dosa kutukan! Satu dosa yang sangat BESAR o....

Samalah dengan tanggapan kebanyakan guru agama Kristien ini terutamanya...berfikiran bahawa masyarakat GLBT ini harus ditolak sekerasnya permintaan keatas hak-hak mereka. Kerana itu dosa besar!!! tersangat besar!!! Nanti kalau layan permintaan mereka, takut-takut dia juga terlibat sama! Dalam erti kata lain, Menyokong bererti terlibat berdosa.

Tetapi...semua diam ketika Yesus suruh merejam batu pada perempuan itu...

Sesamamu percaya, cerita ini tidak asing bagi pengikut Yesus yang setia atau mereka yang panggil diri mereka Kristien apatah lagi "guru-guru agama Kristien yang mengajar ajaran Yesus tu".
Tetapi, apa masalahnya apabila mereka tidak mahu merejam perempuan itu dengan batu apabila Yesus menyuruh mereka? Lu fikir lah sendiri!!!!

Perbuatan kedua pengkhutbah ini mengutuk golongan ini sebenarnya telah menutup serapat-rapatnya peluang untuk mereka mendekati mereka serta memahami kenapa mereka berbuat demikian. Mereka mula takut dan tidak tahu di mana harus mereka berkongsi masalah ini.

Seasamu pasti di kedua gereja yang Pastornya mengutuk keras golongan ini juga mempunyai anggota yang ada sifat tabii yang songsang ini. Pasti ada...jadi bagaimanalah???

Dan bukan kah kita diajar untuk  membenci dosa itu tetapi bukan benci si pelaku dosa itu kan??? emmmm...macam pernah dengar kan????

Sesamamu pernah melihat dan bercakap serta mendengra keluhan golongan ini. Dan kenapa mereka tidak mahu pergi gereja atau dekat dengan orang Kristien...sedihkan??? Sudah tabii songsang...makin jauh dari Tuhan...

Kenapa tiada ruang untuk kita mendengar atau memahami merekakah? 

Kebijaksanaan Syurga atau manusia?

Ini adalah akibat daripada kebijaksanaan manusia telah melampaui kebijaksanaan Illahi. Tuhan seakan tidak diperlukan lagi kerana terlalu banyak bergantung kepada suara-suara orang lain. Suara-suara "mentor" agama seseorang itu atau suara-suara buku yang kebanyakan penulisnya sudah pasti mempunyai kepentinga komersial dan secara tidak langsung bersandar kepada kebijaksanaan manusia semata-mata.

Kalau tidak, takkan Khotbah yang terburu-buru terus mengutuk golongan ini diperbesarkan di atas Mimbar ketika perkara ini masih hangat diperkatakan di negara kita.
Dimana sikap seorang Kristien yang mahu kepastian dan mendengar suara Dia di dalam menghadapi sesuatu perkara? Lupakah Pastor ini bagaimana Samuel mengambil masa untuk Respon apabila mendengar suara Tuhan itu?.Dia mengambil masa o....sebelum dia benar-benar pasti itu suara Tuhan yang memanggil dia dan tidak pun Samuel terus "jump to conclusion" kan?

Jadi...Tolonglah...fahami dahulu....

Aktivis Hak Asasi Manusia- Ambiha-Irene Fernadez-Marina Mahathir

Friday, November 11, 2011

Erti NO 1 Jari telunjuk 1 Malaysia di 11.11.11...

11.11.11 satu tanggal yang amat istimewa.  Pasti ramai yang ingin menandanya dengan merayakan sesuatu yang istimewa.  Pasti kita kan lihat ramai yang memilih tarikh ini untuk berkahwin, bertunang, malah dengarnya ada ibubapa yang sanggup mau menginduce bayi dalam kandungannya untuk memastikan bayinya lahir pada hari ini.  Begitu istimewa sekali tarikh ini bagi kita kan.

Bagi saya bukan tarikh ini sahaja istimewa tapi angka satu ini sendiri memang punyai sejarah teristimewa sendiri buat saya.  Cuma sejak akhir-akhir ini perkataan satu atau angka satu ini seakan menjadi keramat pula bagi kita semua.  Seolah-olah ianya perkataan paling popular. Perkataan yang paling harus diletak atau disimpan bagi mana-mana tajuk atau tema bagi apa sahaja perhimpunan, perayaan, gagasan, klinik, kedai, apa sahajalah pasti adanya satu.  Tapi benarkah sipembuat tema ini faham akan kehendak Satu yang mereka reka ini.

Sekiranya saya disuruh memilih, mana satu tema Satu yang paling saya suka.  Saya akan jawab tema 1 Malaysia.  Tapi tema 1 Malaysia saya ini adalah satu tema dalam perspektif saya sebagai rakyat bawahan yang bukan daripada golongan pemimpin pun bukan orang politik.  Ini adalah tema 1 Malaysia saya sebagai rakyat Malaysia.

Apa 1 Malaysia bagi saya adalah pertama iaitu soal bangsa.  Saya mahu jadi bangsa Malaysia.  Bukan Melayu, bukan cina, bukan India dan bukan bangsa lain-lain.  Kenapa perlu dibeda-beda.  Adakah ini satu-satunya cara untuk memastikan apa bangsa saya untuk menentukan tempat saya untuk mendapat kerja, masuk universiti atau untuk dapat biasiswa.  Tolonglah jangan tengok bangsa saya tapi lihatlah kebolehan dan kemampuan saya.  Bukankah lebih adil jika kita semua bangsa Malysia,  1 Malaysia, jadi semua orang dapat hak yang sama untuk dapat kerja, masuk universiti, dapat biasiswa semuanya bergantung kepada ketelusan kerana kebolehan dan kemampuan bukan kaum semata-mata.  Tiada kepentingan kaum di sini kerana kita 1 Malaysia.

Kalau 1 Malaysia, kita punyai satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bukan Melayu, bukan cina, bukan India.  Kita belajar, kita komunikasi guna Bahasa Malaysia.  Kenapa ya kalau dulu di sekolah kita belajar Bahasa Malaysia sekarang dah jadi Bahasa Melayu.  Tolong kembalikan Bahasa Malaysia.  Supaya rasa sayangnya dan rasa memilikinya adalah lebih mendalam kerana ianya milik Malaysia.  Bukan begitu?

Pembangunan 1 Malaysia.  Maksudnya pembangunan untuk semua.  Jangan pilih bulu jangan pilih kawasan.  Saya faham kawasan Sarawak itu luas,  kalau nak buat pembangunan itu payah kerana peruntukan bergantung dengan jumlah penduduk katanya.  Tapi kalau macam itu adalah kawasan tu yang akan ketinggalan selama-lamanya.  Jadi mintalah Pak Menteri-menteri pikir ya...apa-apa caranya agar semua orang dapat pembangunan yang sama dan setimpal.  Bukan kemewahan yang diminta tapi cukuplah dengan kemudahan asas seperti api, air dan jalan.  Kalau ini dapat dilaksana ini baru pembangunan 1 Malaysia, Kemajuan untuk semua.

Terakhir sekali adalah hak kita sebagai orang Malaysia.  Hak 1 Malaysia.  Maksudnya semua orang dapat hak yang sama.  Tiada lagi hak bumiputera.  Tapi kita panggil hak 1 Malaysia.  Selama ini adapun kita katakan hak bumiputera tapi masih juga terdapat golongan yang memanipulasi hak ini.  Sebaiknya kita ubah sahaja persepsi ini dan kita katakan semua orang mendapat hak yang sama, iaitu hak rakyat 1 Malaysia.

Itulah cita-cita saya, dan itulah gagasan saya berkenaan tema 1 Malaysia saya.  Jika ditanya apa makna satu bagi saya, saya akan akan katakan satu untuk Malaysia, Satu untuk semua dan bukannya 1 Malaysia tapi masih ada orang ingin menjadi TUAN.

Thursday, October 27, 2011

“Beri laluan-beri laluan, VVIP didahulukan, Rakyat beri laluan…”

Sesamamu pasti kita sudah mengalami pengalaman ini bukan? Setiap kali kalau ada VVIP yang melalui jalan yang sama kita lalui walaupun didalam keadaan sesak mahupun “Jam” yang amat sangat, apabila VVIP ini mahu melalui jalan yang sesak tersebut, siren akan dibunyikan, dan ada suara separa marah atau geram memberi arahan,”beri laluan-beri laluan”. Dan walaupun sesesak mana jalan raya yang kita lalui ketika itu, sudah pasti dengan terpaksa kita alihkan kenderaan kita untuk memberi sedikit ruang yang ada supaya kereta-kereta VVIP yang menyatakan slogan 1Malaysia-Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan ini berlalu dengan senang dan tenangnya…

Kenapa? Oleh kerana mereka VVIP kah?

Saya juga pembayar cukai jalan, dan berhak beratur panjang menunggu giliran lampu bertukar hijau untuk meneruskan perjalanan walaupun terpaksa terkandas dijalan beberapa jam.  Tetapi, oleh kerana mereka VVIP, dan mereka juga bergegas kesatu-satu tempat “Kerja” mereka, kita yang bangun 2-3 jam lebih awal dan terkandas dijalan raya terpaksa memberi lalaun kepada mereka apabila bapak polisi itu cakap, “Beri laluan-beri laluan”.
Pernah sekali sesamamu tidak endah dengan arahan tersebut kerana apabila sesamamu dapat tahu yang ingin melalui jalan yang sememangnya sempit dan sesak itu adalah orang No 1 Sarawak, apabila tiada pilihan kerana jalan begitu sesak ditambah lagi dengan lori-lori simen yang besar di hadapan, sesamamu tidak mengendahkan arahan “beri laluan” tersebut. Apa lagi, itu “Sarjan Misai” jeling-jeling dan dengan ganasnya mengarahkan sesamamu alihkan kenderaan ke tepi untuk memberi laluan kepada itu NO 1 Sarawak. Sesamamu tidak tahu kalau ada undang-undang jalan yang mengarahkan kita memberi laluan kepada kenderaan VVIP lalu. Kalau kenderaan keselamatan seperti Bomba, Ambulan dan Polis, adalah…Tapi kalau ia pun, pihak Polis Trafik yang memberi arahan “beri laluan” itu sepatutnya mengutamakan rakyat terlebih dahulu sebelum itu VVIP kan? Sebab slogan itu “mereka” yang “composed” dan nyanyikan…

Slogan yang betul…”Beri laluan-beri laluan, VVIP didahulukan…dan rakyat beri laluan…”

Penghapusan kewarganegaraan kerana prejudis?


Walaupun kedua ibu-bapanya mempunyai  Kad Pengenalan-Mykad yang terpangpang kewarganegaraan Malaysia yang sah, tetapi malangnya setelah menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan untuk anak mereka yang berumur 1 tahun ini, kedua ibu-bapa dari suku kaum yang kecil di Sarawak ini terperanjat apabila tercatat status pesakit itu sebagai :Warga Negara asing?

Prejudis kalau kaum minoriti datang berubat…
Sesamamu dapat simpulkan kes ini sebagai satu kes yang pelik tapi benar di sebuah Negara yang merdeka. Apa tidaknya, terang-terang kedua ibu bapa anak yang berumur 1 tahun ini dinyatakan sebagai warga Negara asing, dan lebih memeritkan lagi, kenyataan pegawai perubatan ini yang menyatakan bahawa, “kalau ada suku mana-mana suku kaum yang kencil lagi terpencil ini datang berubat, agak sukar untuk menyatakan status warga Negara mereka yang sebenar, jadi lebih mudah melebalkan mereka –warga Negara asing.”
Ternyata sekali ini adalah sikap prejudis terhadap suku kaum yang kecil dari pendalaman ini.
Jadi anggota RELA  bererti “mampu” bayar caj hospital…
Sesamamu pasti, perkara yang sama berlaku kepada sepasang suami isteri dari satu kaum minoriti ini apabila mereka dikenakan caj perubatan RM180.00 sedangkan anak mereka baru meninggal! Bukan sahaja sikap tidak sensitif ini langsung tidak ada pada mana-mana pegawai yang terlibat, tetapi kenyataan pengarah Hospital terbabit yang menyatakan “Oleh kerana dia mengatakan dia anggota RELA, maka salah faham telah berlaku”. Adakah dengan menyertai RELA seseorang itu dari kalangan yang mampu? Kalau begini keadaannya, rata-rata orang-orang yang di hulu sana berstatus baik kerana mereka menyertai RELA?
Bagi sesamamu, ini adalah sikap Prejudis terhadap satu-satu suku kaum minoriti di Sarawak masih menebal dikalangan “mereka” yang langsung tidak sensitif terhadap kemampuan sesuatu kaum ataupun “manusia” amnya.  Sungguh menyedihkan!

Demi sebuah bangsa manusia yang tidak membezakan kita sesama manusia, mari kita sama-sama robohkan tembok prejudis antara kita…dan membina sama-sama Jambatan yang menghubungkan segala perbezaan itu.

Wednesday, October 26, 2011

Tajuk lagu - "SCORE" dan "EMPANGAN" menduduki carta lagu "PEMBANGUNAN" Sarawak!

Kebelangan ini, di Sarawak kita didendangkan dengan lagu yang bertemakan "Pembangunan". Tajuk-tajuk lagu yang paling popular ialah "SCORE" dan "EMPANGAN".

Sebagai rakyta dan manusia biasa yang menumpang di bumi bertuah - Sarawak ini kadang kala tertanya-tanya apakah semua ini sangat diperlukan oleh orang-orang Sarawak? Walhal...sudah lama lagu bertemakan "Pembangunan" ini berkumandang, tetapi Sarawak pada dasarnya masih jauh ketinggalan-mundur adanya. Masih ada rumah-rumah panjang yang belum ada bekalan air bersih mahupun elektirk untuk menerangi malam mereka. Jalan raya, jauh panggang dari api! Tengok sendiri jalan Kuching-Lawas! Jadi kenapa tidak disegerakan atau diperhebatkan pembangunan insfrastruktur ini terlebih dahulu? Adakah dengan adanya empanagan dan SCORE, baru kemudahan asas ini dapat dilakukan?

Adakah dendangan lagu-lagu yang bertajukkan "SCORE" serta "EMPANGAN" akan hanya sedap didengar sahaja?

Sesamamu sebagai rakyat biasa sangat-sangat berharap lagu-lagu ini harus dihentikan demi sebuah bumi yang kian usang serta semakin menuju kehancuran bukan kerana kehendak Si Penciptanya tetapi oleh kerana ketamakan manusia yang kian semakin hari semakin tidak peduli akan apa yang berlaku dipersekitarannya. Hentikannya demi sebuah kelangsungan kehidupan generasi pewaris akan datang. Dan perhebatkan dahulu pembangunan Insfrastruktur terlebih dahulu.

Hutan dan pokok ditebang demi tajuk lagu "SCORE" dan "EMPANGAN" ini. Oleh kerana dendangan lagu bertemakan "Pembangunan" ini telah meresap ke DNA para pencipta lagu ini, ketamakan serta kerakusan mereka untuk terus menjadikan lagu ini terus bertakhta di persada juara lagu "Pembangunan" semakin menjadi-jadi.
 Malah para pengubah lagu ini tidak peduli akan apa yang berlaku dengan orang lain, apatah lagi dengan flora dan faunanya!

Kita kata "BERHENTI"! dia melenting!!!

Apabila ada orang tidak mahu mendengar lagu mereka ini, mereka melenting. Mereka kata kita tidak mahu pembangunan. Masih mahu mundur kebelakang. Bagi mereka, lagu-lagu yang mereka dendangkan itu amatlah berkeramat serta berpuaka. Jika tidak dihayati, mundur dan kebelakanglah alamatnya.
Rakyat yang menentang akan dianggap penyekat kepada saluran pembangunan itu mengalir ke sesuatu kawasan yang ingin dimajukan.

Tetapi, dalam masa panjang, bumi bertuah ku Sarawak ini suatu hari nanti akan hilang HIJAUnya dan seri lagu "melodi kasih" yang sepatutnya kedengaran di setiap pelusuk rimbanya...

Teman...pilihan ada ditangan kita.

Monday, October 17, 2011

Akibat suami, si isteri menghidap HIV/AIDS

Sesmamu dikejutkan dengan satu email dari sumber yang boleh dan sangat dipercayai kerana sumber tersebut datang daripada seorang pegawai dari sebuah badan bukan kerajaan - rumah kebajikan penghidap atau pembawa HIV/AIDS.
Sesamamu ingin kongsikan maklumat ini bersama-bersama pembaca blog ini betapa HIV/AIDS ini telah semakin menular di dalam masyarakat kita. Yang lebih memeritkan lagi bahawa, jangkitan HIV/AIDS ini semakin menjadi dikalangan si isteri....bermakna akibat perbuatan si suamilah!


Si suami bawa bala...

Ini mungkin akibat mengunjungi rumah-rumah pekerja seks yang kemungkinan besar yang telah dijangkiti HIV/AIDS ini. Menurut laporan tersebut, jumlah si isteri yang dijangkiti HIV/AIDS adalah jauh lebih besar daripada jumlah pekerja-pekerja seks yang sudah sedia maklum akan status mereka sebagai pembawa HIV/AIDS.
Jadi, si suami yang telah melakukan seks baik sebelum mahu pun sesudah menikah dengan pekerja-pekerja seks yanag telah dijangkiti ini merupakan faktor utama mengapa isteri mereka yang menjadi mangsa jangkitan HIV/AIDS ini.

Ramai anak-anak kehilangan ibu diwaktu muda...

Laporan ini menyatakan, kebanyakan si isteri yang dijangkiti adalah wanita-wanita muda ataupun isteri-isteri muda. Dan kesannya adalah sangat parah apabila, bukan sahaja si isteri yang mengandung itu akan sengsara kehidupannya sekepas ini, tetapi juga kepada anak yang dikandungkan. Pasti, HIV/AIDS ini juga menjangkiti si kecil yang tidak tahu apa-apa ini.
Ada juga anak-anak yang masih muda telah kehilangan ibu mereka yang tersayang setelah HIV/AIDS ini meragut nyawa mereka.

Stigma terhadap HIV/AIDS masih sangat tebal...

Masyarakat di negara kita masih mempunyai STIGMA yang sangat TEBAL terhadap HIV/AIDS.  Jadi, kebanyakan si isteri yang dijangkiti HIV/AIDS ini malu ataupun takut untuk melaporkan status mereka. Malah, si suami yang menjadi punca jangkitan ini ingin menjaga status dan martabatnya, mengambil sikap tidak mahu ambil peduli apatah lagi untuk mendapatkan rawatan bagi isterinya. Sedihkan?
Tetapi akhirnya, yang merana ialah si isteri yang tidak bersalah.
Pengetahuan masyarakat umum tentang HIV/AIDS ini sangat cetek. Ini merupakan penyumbang kepada ketebalan STIGMA masyarakat terhadap penyakit ini.


Setiap individu di Malaysia mempunyai peranan kita masing-masing didalam mengatasi stigma ini...

Sunday, October 2, 2011

HIJAU- Kenapa mesti hijau???


Apabila kita melancarkan kempen HIJAU-Kekalkan alam semulajadi ini serta Berhenti pemotongan Pokok (GREEN-Keep our Nature-Stop chopping the tree), merupakan satu respon kita kepada apa yang berlaku kepada bumi kita sekarang.
Dari penghujung tahun 1990an lagi, kebanyakan pemimpin dunia telah bermesyuarat untuk menangani masalah bumi ini, tetapi sehingga sekarang, masalah ini seakan-akan tiada penghujungnya. Masing-masing kita mengutamakan kepentingan manusia sejagat tetapi, pada dasarnya, kebergantungan manusia sejagat adalah dari hasil bumi ini YANG KIAN PUPUS ITU!!!

Tetapi sekarang seakan-akan telah terbalik. Songsang sama sekali. Bukan bermaksud kita harus mengutamakan kepentingan sumber alam ini terlebih dahulu barulah manusia, tetapi, apa yang sesamamu ingin nyatakan disini ialah, ketaksuban manusia sekarang ini sehingga sanggup mengetepikan kepentingan pemuliharaan alam ini demi kesinambungan kewujudan manusia sejagat! songsang!!

Kenapa mesti HIJAU?

Ada beberapa sebab dan tidak perlu sesmamu huraikan disini. Cukup untuk kita sama-sama renungkan...

1- Manusia semakin Bertambah tapi... sumber bagaimana?
2- Sumber semulajadi semakin berkurangan...padang gurun?
3- Pemanasan Global...paras air semakin meningkat?
4- Terdedah dengan cahaya ultra yang berlebihan...lapisan ozon semakin menipis?
5- Iklim dan keadaan cuaca yang tidak menentu...bumi hilang keseimbangannya?

Ok...cukup setakat ini dahulu...tapi ini adalah sebab TERPENTING kenapa perlu HIJAU!!!
Sama-sama kita renungkan!!!!


HENTIKAN PEMBINAAN EMPANGAN BARAM!!!!!

Duit kebajikan untuk OKU pun lambat???

Sesamamu ingin menyuarakan keluhan beberapa teman yang OKU penglihatan mereka. Sesamamu dengar sendiri keluhan mereka setelah 3 bulan mereka belum menerima wang kebajikan RM300 yang sepatutnya mereka terima setiap bulan. Persoalannya, kenapakah wang tersebut mengambil masa yang begitu lama untuk "diproses". Sehingga ada dari kalangan mereka dengan nada bergurau menyatakan, "orang tukang sign cek pend dia sudah habis ink".

Ini wang untuk orang susah!

Apalah jika dibandingkan pendapatan mereka yang belum pasti setiap bulan. Denagn hanya berbekalkan kudrat yang ada untuk mengurut selama 1 jam dengan bayaran RM25 sekali urut, bagaimana ini mungkin untuk mereka menyara keluarga mereka. Ya , keluarga mereka kerana ada dari kalangan mereka ini telah berkeluarga serta mempunyai anak.
Jika wang yang sepatutnya diberikan kepada mereka ditahan ataupun ditunda pemberiannya, bukankah ini akan menambahkan beban nafkah harian mereka? Ini wang orang susah! jadi kenapa perlu ditahan? Terlalu banyakkah birokrasi sehingga OKU pun kena melalui peringkat-peringkat birokrasi yang ada?
Tidak cukupkah kaki tangan kerajaan didalam kementerian ini sehingga begitu sukar untuk mengurus hanya sebilangan kecil OKU di negara kita ini? Dah lah huha-huha menyatakan yang kaki tangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 40%.

Jadi, mana-mana kementerian yang berkaitan, uruskanlah pemberian wang kebajikan itu dengan kadar yang segera ya....

Wednesday, September 21, 2011

Pendidikan untuk semua!!!

2 hari yang lepas, kita digemparkan dengan berita dimana 3 orang pelajar di sebuah sekolah di Bintangor telah dilarang untuk menduduki peperiksaan UPSR. Mereka bertiga di larang menduduki peperiksaan itu kerana takut akan menjejaskan peratusan pencapain keputusan keseluruhan sekolah tersebut nanti. Difahamkan, pihak sekolah tersebut beranggapan ketiga pelajar ini adalah ketegori pelajar yang sangat lemah pencapaian akademiknya. Jadi, dengan mengasingkan mereka untuk tidak mengambil peperiksaan ini akan menyumbang kepada peratusan pencapaian yang sekolah ini impikan.

Ini anak orang lah cikgu..................
 
Pencapaian yang Cemerlang!  Gemilang! Terbilang!

Mungkin taksub dengan segala tawaran yang dan insentif yang kementerian tawarkan bagi mana-mana sekolah yang berjaya menunjukkan prestasi pencapaian mereka yang cemerlang-gemilang-terbilang ini, pihak sekolah terutama sekali pihak atasan sekolah ini sanggup mengabaikan TANGGUNG JAWAB MEREKA  sebagai seroang PENGAJAR!.  Bukankah para warga pendidik ini adalah kalangan profesioanl yang dilatih untuk mendidik anak bangsa sehingga berjaya. Dan itu adalah PANGGILAN UTAMA mereka.

Tetapi, sungguh menyedihkan, ada juga yang sanggup mengabaikan etika profesion pendidikan ini semata-mata ingin mengejar DARJAT dan GANJARAN yang ditawarkan ini.

Dimana rasa tanggung jawab dan "IKRAR" guru yang difazkan itu???

Sistem "Key Performance Index-KPI"

Terlalu mengejar KPI dan sistem pendidikan yang sangat menekankan Hasil keluaran dan bukan Kuantiti keluaran menyebabkan profesion perguruan telah terbawa-bawa untuk mencapai setinggi mungkin KPI mereka supaya mendapat pengiktirafan serta tawaran serta ganjaran yang ditawarkan.

Sistem yang sedia ada ini telah "MEMATIKAN" kualiti modal insan yang kita miliki. Oleh yang demikian, kerana terlalu mengejar kuantiti daripada kualiti, kita sanggup mengabaikan apa yang sepatutnya!

Pendidikan adalah Hak!


Itu adalah hak bagi pelajar ini untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna dan formal serta dinilaikan pencapaian mereka. Bukannya dengan membataskan hak mereka sewenang-wenangnya demi mengejar impian TAMAK HALOBA manusia yang hilang nilai etikanya!


Perlu ingat, menyekat seseorang itu untuk mendaopatkan hak yang sepatutnya mereka miliki adalah satu kesalahan yang sangat besar dan amat memelukan. Ia seakan-akan kita meragut ataupun merompak sesuatu yang berharga daripada seseorang itu!.


Hidup seperti "Pusingan Roda".


Hidup ini seperti pusingan roda, hari ini kita di atas tetapi tidak selamanya kita akan berada di atas, kerana suatu hari nanti, kita juga akan di bawah. Sebagai seorang guru yang berhadapan dengan pelbagai karenah pelajar yang selalu menguji kesabaran kita sebagai manusia biasa, tetapi apa pun yang kita katakan, yang kita lakukan kepada para pelajar kita hari ini, mereka akan ingat sampai bila-bila. Tidak selamanya mereka bodoh! tidak selamanya mereka pembawa masalah!


Harus kita ketahui, suatu hari kelak, mereka juga akan berada di atas kita. Bayangkan, 3 orang budak ini kelak akan menjadi wakil rakyat, Doktor, Ketua mana-mana jabatan, Peguam dan sebagainya, aduh!!! malunya kita kelak.....


Jadi, hidup ini tidak selamanya kita berada di atas ya....Wahai rakan-rakan guru dan bakal guru di luar sana, mari kita menjadikan peristiwa ini sebagai ikhtibar ya...