sesamamu

Wednesday, July 15, 2015

TIDAK kepada PERKAUMAN

Gara-gara sentimen dan mesej yang berbaur perkauman yang sebarkan di media sosial, sehingga tindakan yang diluar batas sebagai manusia ini telah menyebabkan banyak pihak yang terlibat, secara langsung mahupun tidak telah merasakan akibat.

Bagi negara Malaysia yang terkenal dengan kepelbagaiannya, peristiwa pergaduhan di Low Yat tempoh hari adalah satu nokhta hitam. Jadi sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kaum harus "pause" untuk berfikir sejenak dan bertanyakan soalan ini, "Apakah peranan saya sebagai rakyat Malaysia yang katakan TIDAK kepada perkauman ?"

Peranan saya...

Setiap kita yang diam di bumi Malaysia dan selagi Malaysia masih wujud, kita mempunyai peranan yang penting didalam menangani masalah perkauman ini.
Ia seperti sejenis penyakit barah, yang hanya boleh dicegah seawal peringkat penemuannya. Perkauman ini sudah lama wujud di negara kita yang berbilang ini. Tetapi, kita tidak bertindak begitu agresif untuk menanganinya kerana demographi politik yang menjurus kepada satu-satu kaum. Ditambah lagi dengan NGO-NGO tertentu yang berjuang memperkasakan kedaulatan satu-satu kaum, malah semakin parah lagi dengan slogan ketuanan ataupun keperkasaan satu - satu kaum itu keatas kaum yang lain.
Sesamamu berpendapat, ini lah punca barah tersebut.

Jadi peranan kita ialah dengan mengatakan TIDAK dan seterusnya bertindak dengan menunjukkan sikap toleransi kepada orang lain.
Dan akhirnya, beringat selalu, apapun kepercayaan kita, Tuhan ciptakan kita berbeza supaya lahirlah perkataan KESATUAN untuk kita hidup harmoni.

Mari mulakan dengan slogan, TIDAK kepada perkauman!