11.11.11 satu tanggal yang amat istimewa. Pasti ramai yang ingin menandanya dengan merayakan sesuatu yang istimewa. Pasti kita kan lihat ramai yang memilih tarikh ini untuk berkahwin, bertunang, malah dengarnya ada ibubapa yang sanggup mau menginduce bayi dalam kandungannya untuk memastikan bayinya lahir pada hari ini. Begitu istimewa sekali tarikh ini bagi kita kan.
Bagi saya bukan tarikh ini sahaja istimewa tapi angka satu ini sendiri memang punyai sejarah teristimewa sendiri buat saya. Cuma sejak akhir-akhir ini perkataan satu atau angka satu ini seakan menjadi keramat pula bagi kita semua. Seolah-olah ianya perkataan paling popular. Perkataan yang paling harus diletak atau disimpan bagi mana-mana tajuk atau tema bagi apa sahaja perhimpunan, perayaan, gagasan, klinik, kedai, apa sahajalah pasti adanya satu. Tapi benarkah sipembuat tema ini faham akan kehendak Satu yang mereka reka ini.
Sekiranya saya disuruh memilih, mana satu tema Satu yang paling saya suka. Saya akan jawab tema 1 Malaysia. Tapi tema 1 Malaysia saya ini adalah satu tema dalam perspektif saya sebagai rakyat bawahan yang bukan daripada golongan pemimpin pun bukan orang politik. Ini adalah tema 1 Malaysia saya sebagai rakyat Malaysia.
Apa 1 Malaysia bagi saya adalah pertama iaitu soal bangsa. Saya mahu jadi bangsa Malaysia. Bukan Melayu, bukan cina, bukan India dan bukan bangsa lain-lain. Kenapa perlu dibeda-beda. Adakah ini satu-satunya cara untuk memastikan apa bangsa saya untuk menentukan tempat saya untuk mendapat kerja, masuk universiti atau untuk dapat biasiswa. Tolonglah jangan tengok bangsa saya tapi lihatlah kebolehan dan kemampuan saya. Bukankah lebih adil jika kita semua bangsa Malysia, 1 Malaysia, jadi semua orang dapat hak yang sama untuk dapat kerja, masuk universiti, dapat biasiswa semuanya bergantung kepada ketelusan kerana kebolehan dan kemampuan bukan kaum semata-mata. Tiada kepentingan kaum di sini kerana kita 1 Malaysia.
Kalau 1 Malaysia, kita punyai satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia, bukan Melayu, bukan cina, bukan India. Kita belajar, kita komunikasi guna Bahasa Malaysia. Kenapa ya kalau dulu di sekolah kita belajar Bahasa Malaysia sekarang dah jadi Bahasa Melayu. Tolong kembalikan Bahasa Malaysia. Supaya rasa sayangnya dan rasa memilikinya adalah lebih mendalam kerana ianya milik Malaysia. Bukan begitu?
Pembangunan 1 Malaysia. Maksudnya pembangunan untuk semua. Jangan pilih bulu jangan pilih kawasan. Saya faham kawasan Sarawak itu luas, kalau nak buat pembangunan itu payah kerana peruntukan bergantung dengan jumlah penduduk katanya. Tapi kalau macam itu adalah kawasan tu yang akan ketinggalan selama-lamanya. Jadi mintalah Pak Menteri-menteri pikir ya...apa-apa caranya agar semua orang dapat pembangunan yang sama dan setimpal. Bukan kemewahan yang diminta tapi cukuplah dengan kemudahan asas seperti api, air dan jalan. Kalau ini dapat dilaksana ini baru pembangunan 1 Malaysia, Kemajuan untuk semua.
Terakhir sekali adalah hak kita sebagai orang Malaysia. Hak 1 Malaysia. Maksudnya semua orang dapat hak yang sama. Tiada lagi hak bumiputera. Tapi kita panggil hak 1 Malaysia. Selama ini adapun kita katakan hak bumiputera tapi masih juga terdapat golongan yang memanipulasi hak ini. Sebaiknya kita ubah sahaja persepsi ini dan kita katakan semua orang mendapat hak yang sama, iaitu hak rakyat 1 Malaysia.
Itulah cita-cita saya, dan itulah gagasan saya berkenaan tema 1 Malaysia saya. Jika ditanya apa makna satu bagi saya, saya akan akan katakan satu untuk Malaysia, Satu untuk semua dan bukannya 1 Malaysia tapi masih ada orang ingin menjadi TUAN.
Setuju dengan konsep 1 Malaysia ini, banyak agenda yang membawa kebaikan rakyat. Tetapi, jika disentuh tentang hak, itu yang menjadi kebimbangan. Saudara kata semua bangsa dapat hak sama rata, saya setuju jika daripada segi pinjaman, pendidikan, dll. Tetapi, bagaimana pula kedudukan kuasa politik jika orang bukan bumiputra yang memerintah? Bukanlah saya ingin menyentuh sensiviti kaum di sini, tetapi menurut Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 153, adalah bertujuan memelihara hak-hak istimewa orang Melayu dan diperluaskan kepada kaum bumiputra Sabah dan Sarawak. Peruntukan ini melibatkan simpanan khas bagi orang Melayu dan bumiputra beberapa kuota dalam 1) Pemegangan jawatan dalam Perkhidmatan Awam, 2) Pemberian biasiswa, dan 3)Lapangan ekonomi (pengeluaran permit dan lesen). Andainya bangsa bukan Melayu mendapat mendapat hak kerusi sama banyak dalam Parlimen, sudah tentu orang Melayu atau bumiputra akan hilang hak suatu hari nanti. Disebabkan konsep 1 Malaysia, kaum Cina dan India terutamanya, sudah berani minta hak yang tidak sepatutnya mereka dapat. Kesannya negara Malaysia tidak akan aman pada masa akan datang. Akhir kata, konsep 1 Malaysia harus dilaksanakan dalam beberapa skop yang tertentu sahaja, asalkan tidak menjejaskan hak-hak keistimewaan dan pengaruh politik orang Melayu dan bumiputra.
ReplyDeleteuntil when do wee need "protection" so called hak melayu dan bumiputra? until we get rid of this negative protection, we'll never unite as 1 Malaysia because of this race base quota. Why other nation become more and more prosperous while we Malaysia still hang back to the pre independence "social contract"?
ReplyDeletewhy does a Malaysia citizen by birth becoming the second class citizen while those who got their "citizenship" via dubious means can access our education, grant, subsidy and the most important thing is our RIGHT to VOTE as MALAYSIAN.
i rather having a natural citizen of this country be a leader regardless of their race,or religion than other who monopolized everything in this Country in the name of RACE,RELIGION.
Why they ask for their right is because they have their right as a citizen!
I hate RAcist! PERIOD!