sesamamu

Monday, December 27, 2010

Menghargai pemberian itu

Hadiah sudah diberikan, hadiah sudah diterima, seterusnya hadiah tersebut HARUS kita hargai. Krismas sudah berlalu untuk tahun ini, kita sekarang diambang tahun baru 2011. Pelbagai ragam dan cara kita merayakan hari Krismas yang sudah. Tidak kurang yang merayakannya bersama-sama dengan orang-orang yang serba kekuragan- Anak-anak yatim piatu dirayakan dengan suasana yang meriah, rumah orang-orang tua di lawati, semuanya kita lakukan kerana kita mengingati mereka yang serba kekuragan dan kesunyian di hari yang mulia ini.
Ada juga kalangan kita membuka rumah kita kepada mereka-mereka yang sama-sama kita ingin berkati- baik rakan sekerja, rakan-rakan segereja mahupun jirang tetanggan dan tidak kurangnya ada antara kita yang membuka rumah kita kepada mereka yang miskin dijalanan-jalanan kota. Ini kita lakukan untuk kita sama-sama ingin kongsikan "hadiah" yang tidak ternilai yang DIA berikan kepada "sesamamu" insani...

Tiba saatnya kita menghargai pemberian itu...

Minggu yang lepas kita berbicara tentang memberi pengucapan terima kasih kepada mereka yang memberi kepada kita, dan kali ini kita akan berbicara tentang menghargai setiap pemberian itu. Apa pun yang kita terima, terimalah dengan penuh ucapan syukur dan seterusnya marilah kita terus menghargai setiap pemberian itu. Hargai dengan hati yang tulus ikhlas.
Bagaimana kita menghargai setiap pemberian itu? Ya, itu pasti persoalannya.

Bagaimana ya?

1001 cara untuk kita menghargai setiap pemberian itu....apatah lagi Hadiah yang teristimewa itu, iaitu Tuhan Yesus Kristus...

Sesamamu ada beberapa cadangan yang mungkin praktikal untuk kita sama-sama renungkan...

1- Mengingati...
Dengan mengingati pemberian tersebut, kita akan sentiasa tahu betapa besar dan ikhlas hati yang memberi hadiah tersebut kepada kita. Ingat dengan mengucapkan syukur dan terima kasih kepada si pemberi. Apabila kita menyatakan terima kasih kita kepada pemberian tersebut, secara tidak langsung kita mengingati si pemberi tersebut dan ini bermaksud kita menghargai tangan yang memberi itu.

2- Mendoakan...
Doa adalah satu respond yang paling mudah kita berikan kembali kepada si pemberi. Ingat dia selalu dalam doa kalian. Apa sahaja yang kamu terima daripada si pemberi, nyatakan penghargaan kamu dengan mendoakan dia yang memberi itu. Doakan kemakmuran dan penyertaan Tuhan di dalam hidup si pemberi sepanjang masa dalam hidupnya.

3- Memaafkan dan melupakan...
Emmm, memaafkan dan melupakan adalah satu mesej yang jelas yang kita terima daripada perayaan hari Krismas. Besar pengertian setiap pemberian yang kita terima dan sepatutnya kita melihat ia sebagai satu pemberian yang mengajak kita untuk saling memaafkan dan melupakan segala salah dan silap yang kita lakukan terhadap sesama kita...
Itulah sebabnya kedua-dua perbuatan ini tidak dapat dipisahkan dan selalunya seiringan. Apabila ada kemaafan, adalah sikap melupakan...

4- Simpan dihati mu
Yang terakhir ialah, kita simpan semua pemberian itu dihati kita. Kenapa di hati?
Jawapan yang pasti "sesamamu" pasti ialah, segala pemberian berbentuk fizikal akan pudar dan hilang, tetapi pemberian yang kita terima dengan hati yang tulus ikhlas akan kita ingat dan simpan di hati selamanya. Apabila kita berbuat demikian, setiap kali kita mengenagkan pemberian tersebut, dan si pemberinya, kita akan terus menghargainya.

Menghargai setiap pemberian bermaksud, kita mengasihi mereka yang memberi dengan hati yang tulus ikhlas itu.

Monday, December 20, 2010

Krismas bereti "TERIMA KASIH"...

Apakah erti Krismas bagi kamu?

Kalau kita pergi ke pusat-pusat membeli belah sekarang, pasti berkumandang lagu-lagu Krismas dan tidak kurangnya perhiasan Krismas yang menarik terpapar di sana sini. Segalanya dihias begitu indah sesuai dengan tema hari Krismas di mana akan dirayakan setiap hujung tahun di bulan Disember.
Antara hiasan tidak ketinggalan watak-watak penting seperti Pokok Krismas, Santa Claus dan sebagainya menghiasi perhiasan-perhiasan Krismas. Ini telah menjadi sebahagian daripada tradisional perayaan Krismas.

Tetapi balik kepada persoalan tadi, apa kah pengertian Krismas bagi kita? Sesamamu percaya kebanyakan kita mempunyai definasi dan pengertian kita sendiri tentang Krismas. Dan sesamamu percaya setiap kali menjelang Krismas dan 25 Disember setiap tahun, kebanyakan mereka yang merayakan Krismas akan mendengar mesej Krismas daripada pendakwah-pendakwah ataupun guru-guru agama Kristian tentang Krismas atau Natal. Oleh yang demikian, sesamamu percaya kita sudah masak dengan pengertian tersebut selagi kita tidak berhenti mungunjungi gereja dan merayakan Krismas ini.

Satu Hadiah yang tidak ternilai

Salah satu pengertian yang begitu popular tentang Krismas ialah Tuhan Yesus Kristus adalah satu pemeberian yang tidak ternilai yang Allah Bapa berikan kepada setiap manusia. Jadi barang siapa yang menerima dan percaya kepada Nya akan memperolehi hidup yang kekal daripada hadiah tersebut-iaitu Tuhan Yesus Kristus sendiri. (Yoh 3:16)
Oleh kerana itulah, setiap hari Krismas kita akan mendapati banyak bungkusan-bungkusan hadiah yang menjadi sebahagian perhiasan pada hari Krismas.
Tentang hadiah ini, sesamamu ada bincangkan di dalam artikel yang pertama dalam bulan ini.
Tetapi apa yang menjadi bual bicara ialah, hadiah yang diberikan kepada kita daripada Allah Bapa disyurga adalah hadiah yang tidak ternilainya, hadiah yang tiada diberi dengan tanpa agenda tersembunyi dan hadiah yang diberi tanpa bersyarat. Ia sama sekali percuma dan diberi dengan hati yang penuh KASIH kerana pemberi hadiah itu sendiri adalah KASIH.(1 Yoh 4:8)

Berterima kasih lah

Jadi, oleh kerana DIA telah memberi Anak NYA yang tunggal itu sebagai hadiah yang tidak ternilainya, selayaknya kita memberi ucapan syukur dan terima kasih kepada Nya.
Pengertian sesamamu untuk kita sama-sama renungkan erti Krismas ini ialah, Respon kita terhadap hadiah yang tidak ternilai itu. Apakah respon kita?
Sudah semestinya mengucapkan "TERIMA KASIH".
 Satu perkara mudah yang kadang kala kita sebagai manusia ini sukar untuk katakan. Ini baru dengan kata-kata tau?. Apa perasaan kamu kalau kamu telah menolong seseorang itu dan sepatah perkataan terima kasih sekurang-kurangnya kamu tidak dengar atau terima daripada orang itu? Mesti kamu akan rasa kurang senang bukan?
Atau bilakah kali terakhir kamu mengatakan terima kasih kepada seseorang yang pernah menolong kamu?
Betapa bernilai dan pentingnya perkataan "TERIMA KASIH" itu sehingga kita memandang ringan ungkapan tersebut. Apa lagi kalau Bapa Di Syurga yang telah memberi hadiah yang Bernilai itu kepada kita, tetapi kita tidak respon dengan mengucapkan syukur ataupun terima kasih kepada Nya.

Terima kasih ku...

Respon yang Bapa Di Syurga mahu ialah, kita bersyukur dengan kehidupan yang Dia anugerahkan kepada kita. Dengan hidup dengan sesuai yang diFirmankan Nya kepada kita. Kehidupan kita menjadi satu penyataan Terima kasih kita kepada apa yang diberikan Nya kepada kita. Oleh yang demikian, persembahkanlah hiudp kita sebagai persembahan ucapan syurkur dan terima kasih kita keatas Hadiah yang tidak ternilai, iaitu Tuhan Yesus Kristus di hari Krismas ini.
Itu adalah ucapan terima kasih yang tak terhingga daripada kita khas ditujukan kepada pemberi hadiah tersebut.

Bersyukurlah dan berterima kasihlah selalu...

Oleh yang demikian, di hari Krismas ini, sesamamu mendorong kita semua untuk menjadikan kehidupan kita sebagai persembahan syukur dan terima kasih kita kepada Nya. Dengan mengasihi Dia sepenuh hati, sepenuh jiwa dan dengan sepenuh kekuatan mu dan dalam masa yang sama, kasihilah sesamamu manusia seperti engkau mengasihi diri mu sendiri.
Dengan itu, Krismas ini akan lebih bererti untuk kita sama-sama rayakan untuk memperingati akan kasih anugerah DIA yang sungguh mengasihi segals isi dunia ini.

Selamat hari natal...Terima kasih Tuhan kerana hari Krismas ini.

Sunday, December 12, 2010

"Ambil kisah" adalah hadiah yang terbaik

Mungkinkah menjadi sifat kita yang tidak mahu mengambil kisah tentang apa yang berlaku dipersekitaran kita?
 Sikap tidak mahu ambil peduli dengan apa yang terjadi dengan orang lain dan juga persekitaran kita membuat kita membentuk satu masyarakat mentaliti "U-u-I-i". 
Sebagai contoh, kenapa konvensyen Copenhagen gagal dan baru-baru ini satu lagi persidangan mengenai alam sekitar gagal lagi. Apa lagi kalau mahu cerita tentang kegagalan perjanjian kuito? Lagi sangat mengecewakan. Ini berlaku kerana ada satu kelompok masyarakat yang mengakui diri mereka "PEMIMPIN" sangat-sangat mementingkan diri sendiri. Mereka hanya memikirkan kepentingan KEUNTUNGAN semata-mata tetapi hal-hal pemanasan global akibat perbuatan mereka yang rakus ini mereka tidak kisah.

Contoh Mudah?

Yang di atas adalah contoh terbesar, kerana mereka yang "U-u-I-I" terdiri daripada manusia yang pentingakan agenda politik peribadi mereka sendiri sahaja.
Contoh yang paling mudah, apabila ada satu kempen "Thursday In Black" di mana menggalakkan orang ramai menggunakan pakaian hitam setiap hari khamis untuk menyatakan "protes" kita kepada keganasan. penderaan kanak-kanak, Rogol, dan pembuangan bayi. Masih ada lagi mereka yang "tahu" akan kempen ini tapi ambil tidak kisah tentang perkara yang termudah dilakukan- Guna baju hitam setiap hari khamis. Kenapa tidak mahu lakukan? Sebab tidak ambil kisah lah.Kenapa mesti hari perlu menetukan apa warna baju yang aku mahu pakai? Kenapa mesti hari khamis? Jadi, jelas sekali kepentingan peribadi itu melebihi kepentingan orang lain  kan?  Jadi Bagaimana kita dapat menjayakan kempen ini, dan melihat setiap hari khamis seluruh manusia di muka bumi ini pakai baju hitam dan akhirnya melihat persekitaran kita selamat didiami? Ya, kurang nya publisiti dan kempen yang lemah. Itu memang kita akui,. Tetapi ini bukan hal lemahnya publisiti tetapi ini tentang "KESEDARAN" kita tenatng apa yang berlaku ke atas sesama kita manusia. Hellooooo!!!! kalau kita yang 10 orang ni tahu tentang hal ini, sesamamu percaya dalam masa yang terdekat, 10 orang jadi 10,000 orang dalam masa 6 bulan tahu tentang kempen ini. Tidak mustahil kan?

Lagi Contoh Mudah?

Di Dalam "Bible" juga kata tolong orang yang msikin, hidupnya belum tentu ada makanan untuk hari ini. Tetapi, apa yang kerajaan kita buat? Naikkan harga minyak sesuka hati, naikkan harga keperluan asas-seperti gula sesuka hati. Alasan kurangkan pemberian subsidi. Hellooooo!!!! tahukah kamu, orang kaya akan terus kaya dan orang miskin terus merana menderita di negara kita Malaysia yang tercinta ini. Ini sesamamu tujukan kepada SISTEM ekonomi di negara kita. Khas kepada pengubal-pengubal dasar ekonomi di negara kita (Siapa lagi kalau bukan orang yang dipanggil wakil rakyat di Parlimen kita tu). Sesamamu cadangkan mereka Cuba pergi ke kampung-kampung dan tinggal di sana selama 1 bulan. Rasakan kehidupan mereka yang sedia serba kekurangan ini. Baru lah senang untuk kamu mengubal dasar ekonomi negara kita.Sebagai contoh, di Ba kelalan, harga se-tong tong gas mencecah RM80-RM100. RM6-12  seliter untuk minyak petrol. Kenapa ini berlaku? Kos pengangkutan alasannya...tengoklah keadaan jalan tu. Siapa yang menderita- Orang yang dipendalaman, siapa yang senang? orang yang kaya dan terus kayalah!!!Wahai MP-MP negara ku Malaysia yang tercinta ini....perlu sesamamu ingatkan..."kerusi MP yang kamu duduk tu rakyat yang beri, rakyat yang menderita di luar sana".

Mahu lagi contoh mudah???

Bina bangunan mencakar langit. Mahu tunjukkan kehebatan negara kita yang selalu "Malaysia BOLEH!" kepada dunia luar. Helloooooo!!!! berapa buah sekolah yang telah kita bina untuk masyarakat luar bandar? berapa banyak jalan raya kita sudah bina dekat Sarawak untuk masyarakat luar bandar? 48 tahun Sarawak membentuk Malaysia, jalan 125 KM dari Lawas ke Bakelalan. Sesamamu ulang sekali lagi, 125KM!!! sahaja, dari pilihan raya yang sudah dijanjikan oleh wakil rakyat dari Bakelalan dan konco-konco yang datang berkempen di Bakelalan, tetapi sampai sekarang. Kalau tidak kereta 4WD yang ditambahkan lagi ketinggian kereta mereka, pasti sukar atau sama-sekali tidak sampai di Bakelalan. 125KM memakan 8 hingga 10 jam. Apa macam ini? Tetapi, bangunan mencakar langit mahu dibina? ini kan jalan raya? apatah lagi sekolah?Tolong bina banyak sekolah lagi di Sarawak. Ulang sekali lagi, tolong bina banyak sekolah atau perbaiki kemudahan insfrastruktur di kebanyakan sekolah di Sarawak wahai kerajaan yang memerintah. Bukan kah itu menjadi hadiah yang terbaik yang bakal kamu berikan kepada anak bangsa Malaysia ini? Kalau tak silap, Sarawak kaya dengan sumber aslinya tetapi, kenapa tahap kemiskinan masih tinggi dan menjadi negeri yang ke-4 yang kebanyakanan rakyatnya masih hidup di dalam tahap kemiskininan yang tegar. Kenapa?

Mahu lagi contoh yang paling Mudah?

Mungkin kamu kenal seorang yang bernama JC? Jesus Christ?
itu contoh yang paling mudah. Lihat kehidupan Dia, dan bagaimana Dia Ambil peduli dengan orang disekeliling Dia.
Jadi, "ambil kisah" dengan apa yang berlaku disekitar mu, sebab perbuatan mu itu boleh menjadi hadiah yang terbaik yang kamu berikan kepada "sesamamu" di tahun ini.

Selamat mencuba untuk membuat perkara mudah dalam hidup mu "AMBIL KISAH".

Sesamamu rasa, tiba masanya kuasa RAKYAT dikembalikan, terutama untuk Sarawak. Ayuh!!! lakukan tanggung jawab mu, berdiri, menjadi suara bagi generasi mu...BERUBAH KITA MAMPU!!!

Sunday, December 5, 2010

Hadiah yang terbaik dari mu...

Kita sudah sampai di bulan yang terakhir - Disember 2010. Krismas datang lagi memberi keceriaan kepada mereka yang sudah pasti menanti-nanti hadiah yang teristimewa daripada seseorang yang mereka kenali.Bercakap tentang hadiah, "Dia menghadiahkan Anak Nya yang tunggal...kepada dunia ini." (Yoh 3:16).Hadiah yang terbesar dan tiada tandingnya kepada manusia di dunia ini. Jadi apakah hadiah yang terbaik yang pernah engaku berikan kepada sesamamu dan alam semula jadi ini?

Yang menerima tersenyum riang...

Bayangkan kamu sedang melihat seseorang yang membuka hadiah yang baru anda beri itu. Kita sebagai pemberi hadiah pastinya amat gembira apabila melihat orang yang menerima pemberian kita tersangat gembira setelah membuka bungkusan hadiah itu. Dengan melihat riak wajah yang puas dan reaksi yang memuaskan daripada si penerima hadiah kita itu, kita juga sudah pastinya akan merasa gembira juga kerana mengetahui pemberian kita adalah yang terbaik yang kita mampu berikan kepadanya dan dalam masa yang sama si penerima amatlah gembira dengan pemberian kita itu.
Menjadi kepuasan kita sebagai yang memberi hadiah melihat kegimbaran diraut wajah penerima hadiah itu. Secara tidak langsung kita juga merasa puas, tidak kira berapa harga yang kita bayar untuk menyediakan hadiah tersebut. Asalkan ia yang terbaik yang kita mahu berikan sebagai hadiah kepada orang yang kita ingin berikan.
Jadi, adakah anda pernah memberi yang terbaik kepada sesamamu?

Apa yang disebalik bungkusan itu amat berharga...

Setelah kita melihat penerima hadiah yang diberi membukan bungkusan yang membaluti hadiah tersebut satu demi satu. Dan setelah melihat hadiah yang di dalam bungkusan itu, reaksi pertama mereka terhadap pemberian di sebalik bungkusan itu adalah amat berharga. Ianya berharga kerana reaksi pertama orang itu menunjukkan betapa ia amat menilai sebuah pemberian yang tulus dari hati yang nurani kepadanya. Kepuasan hatinya akan ditunjukkan dengan satu senyuman yang puas terpancar di raut wajah yang gembira itu.
Dalam masa yang sama, hati kita yang memberi itu juga akan tersentuh dan tumpang gembira kerana kita merasakan telah memberi hadiah yang terbaik kepadanya...

Kembalikan senyuman diwajahnya...

Jadi, ketahuilah, hari ini, lihat disekeliling mu, banyak orang yang memerlukan walau sesaat masa untuk kita luangkan kepada sesama kita manusia mahupun alam semula jadi ini. Mungkin selama ini, banyak masa kita berikan untuk keperluan diri kita sendiri, tetapi cuba luangkan sedikit masa untuk sesama kita manusia yang serba kekurangan, dipinggirkan, keseorangan, yang hidup dengan penuh kekecewaan, pasti masa yang kita luangkan bersama mereka ini mungkin dapat mengembalikan sedikit senyuman ke raut wajah mereka.
Meluangkan masa dengan melakukan beberapa perkara yang berfaedah kepada bumi dan alam semulajadi ini walaupun seketika, mungkin dapat mengurangkan beban alam yang semakin parah sekarang ini. Sebagai contoh, mungkin kita cuba mengurangkan menggunakan bag plastik sepanjang bulan Disember ini ataupun banyakkan menggunakan kenderaan awam ketemmpat bekerja sepanjang bulan ini sebagai hadiah yang terbaik yang kita boleh berikan kepada alam ini. Mana tahu, itu juga akan mengembalikan senyuman kepada sesamamu?

Sunday, November 28, 2010

Ambil peduli juga tentang Alam sekitar kita

"Kerana kita adalah Ciptaan TUHAN yang Sejati. Dia menjadikan kita baru di dalam Yesus Kristus, oleh ynag demikian kita boleh melakukan perbuatan-perbuatan yang baik yang Dia telah rencanakan kepada kita sejak dahulu lagi." (Efe 2:10)
Petikan di atas diterjemahkan daripada New Living Translation Bible.
Jelas sekali surat Rasul Paulus kepada jemaat di Efesus supaya mereka tahu akan siapa yang menciptakan mereka dan bagaimana mereka menjadi satu ciptaan yang baru dalam Yesus Kristus serta mengingatkan mereka tentang apa yang meraka harus lakukan iaitu melakukan perbuatan-perbuatan baik dimana Dia telah sediakan dari mula lagi.

Apa yang kita lakukan sekarang...

Apa yang kita lakukan sekarang kepada alam semulajadi disekitar kita juga akan mempengaruhi apa yang akan generasi yang dimasa yang akan mendatang alami. Jika kita tidak ambil peduli dan perihatin tentang apa yang berlaku, generasi dimasa yang mendatang yang akan mengalami kesannya. Mahukah kita melihat anak-anak, cucu-cicit kita melihat kemusnahan alam yang kita lakukan atas nama Pembangunan?
Kita berlumba-lumba ingin membina bangunan -bangunan yang mencakar langit, melapangkan hutan untuk padang-padang golf, membentung aliran-aliran semualjadi sungai untuk membina empangan, bukan 2 tetapi 12?
Ketahuilah apa yang kita lakukan sekarang akan menentukan nasih alam semulajadi ini dimasa hadapan.

Mula dari rumah...

kita selalu mendengar ungkapan ini. Bermula dari rumah. Keprihatinan kita tentang alam semualjadi kita seharusnya bermula dari rumah lagi. Bagaiman kita ingin melihat persekitaran kita bersih dan selesa untuk diduduki, begitu juga seharusnya kita melihat alam semualajadi kita di luar sana. Seperti artikel yang lepas sesamamu ada mengatakan "Alam semualjadi kita perlukan wira", sanggupkah kamu untuk menjadi wira itu? Semudah mengutip sampai apabila terserempak dengan secebis kertas itu?
Kalau di rumah anda sudah mampu melakukannya, sudah pasti kita tahu perihatin dan ambil peduli tentangnya di luar sana bukan?

Tuhan telah melihat ciptaan Nya begitu indah dan sempurna. Dia sendiri telah merasakan puas dengan apa yang dilakukan Nya. Sehingga diciptakan Nya lah kita menurut gambaran Nya untuk menjaga dan bertanggung jawab terhadap segala ciptaan Nya yang sempurna dan indah itu. Tetapi apa yang berlaku?

Adakah gempa bumi yang berlaku di sana sini tanda-tanda pembalasan alam ini kepada kita? 
Adakah keadaan cuaca yang tidak menentu itu, hujan-kemarau di sana sini mewakili jeritan bumi ini yang kuan pudar hijau nya? 
Adakah di sana-sini kita mendengar kanak-kanak mati kelaparan kerana sumber alam yang sepatutnya cukup untuk segala makhluk ciptaan Nya telah pupus kehabisan sehingga tiada lagi sumber alam yang dapat ditawarkan kepada mereka yang memerlukan ini?
Adakah manusia sudah leka...sehingga "pembangunan" sudah menjadi tuhan yang utama di dalam hidup kita?

Mari sama-sama kita renungkan segala persoalan tersebut. 

Harapan sesamamu ialah, pada suatu hari nanti kita akan mendengar JERITAN BUMI ini yang memanggil...

Sunday, November 21, 2010

Pemanasan Global?

Selalu kita mendengar tentang pemanasan global atau "Global warming". Tetapi apakah tindakan kita yang waras ini apabila mendengar hal tersebut? Para saintis yang mengeluarkan kenyataan ini adalah mereka yang telah mengalaminya dan telah membuat penyelidikan yang terperinci dengan isu ini. Kalau tidak, masakan mereka mengeluarkan kenyataan tentang apa yang berlaku kepada bumi kita yang kian panas ini.
Bila bercakap tentang pemanasan global, ia bererti perubahan keadaan cuhu dunia yang meningkat sebanyak 2 darjah celcius dan ianya berbeza-beza mengikut benua.

Aktiviti manusia penyebabnya...

Sedar ataupun tidak, pelepasan gas karbon dioksida di atmosfera adalah punca kepada perubahan cuaca dunia ini. Gas karbon yang tidak berbau ini kita lepaskan hasil daripada aktiviti harian kita. Sebagai contoh, kenderaan yang kita gunakan, penggunaan penghawa dingin, pembakaran hutan yang berleluasa dan banyak lagi penyumbang kepada pemanasan global ini yang secara tidak sengaja terhasil daripada aktiviti manusia seharian.

Kesan daripada  perubahan cuaca ini...

Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat. (Wikipedia Bahasa Melayu)

Saintis yang kata...

Kalau para saintis mengulas sesuatu penyakit dan penawar yang mungkin kita dapat, kita mudah dan cepat percaya malah bertindak dengan segera.
Tetapi apabila para saintis mengatakan sesuatu sepatutnya kita ambil peduli tentang apa yang berlaku kepada bumi kita, kita lambat bertindak malah ada kalangan kita yang tidak mahu ambil peduli tentang hal ini.
Kenapa ya? Adakah kita mahu melihat banyak lagi malapetakan alam berlaku? Adakah kita mahu melihat hujan terus turun dan mengakibatkan hakisan tanah berlaku di sana-sini? Banjir yang besar akibat hujan yang tidak menentu?
Adakah kita mahu melihat sumber alam kita habis di terokai dan ekosistem kita sama sekali musnah? Baru kita mahu bertindak?

Mari kita sama-sama renungkan...renungkan keadaan bumi kita yang kian hari kian pudar akibat kerakusan kita yang bernama manusia ini...

Hijau bumiku...

Sunday, November 14, 2010

Di dalam dan atas nama PEMBANGUNAN...

Sesamamu bukan anti kepada pembangunan tetapi, kalau ada pembangunan yang berlaku dan tidak seimbang, itu yang menjadi masalahnya. Kebelakangan ini kita selalu dengar tentang masalah keadaan cuaca yang tidak menentu. Sekejap hujan, sekjeap kpanas terik, banjir san-sini, sungai kering kontang!
Dan apabila dilihat kembali, kadang-kadang tanpa kita sedari bahwa kiat adalah segala punca kepada keadaan cuaca yang tidak menentu ini.


Sungai kering?

macam mana hal ini boleh berlaku? Penduduk di sekitar hilir empangan Bakun mengalami keadaan surut sungai yang teramat sangat. Hingga mncecah 4 meter sungai menurun. Ini bukan sahaja meninggalkan kesan sosial dan ekonomi penduduk di sepanjang sungai itu, tetapi juga kepada eco  sistem alam semulajadi.
Hari-hari kita akan mendengar penduduk di sekitar Belaga merungut tentang masalah yang mereka hadapi kesan daripada pengisian empangan Bakun itu.

Sudah ada kajian terperinci kah sebelum bina empangan ini?
Soalan ini kena jawap dengan jujur bagi mereka-mereka yang terlibat dengan pembinaan empangan Bakun ini. selain memindahkan sebegitu ramai penduduk di sekitar kawasan yang ditenggelami air untuk empangan bakun ini, adakah pihak-pihak yang berkenaan telah membuat kajian yang mendalam kesan dan akibatnya kepada penduduk-pendudk yang bergantung kehidupan sosial dan ekonomi mereka dari sungai ini?
Bukan itu sahaja, adakah kesannya terhadap eko sistem sungai dan alam semulajadi telah dikaji dengan terperinci sebelum bermulanya lagi pembinaan empangan Bakun ini?


Bukan anti pembangunan.

sekali lagi sesamamu menyatakan di sini, sesamamu bukan anti kepada pembangunan. Pembangunan yang membawa faedah kepada bukan sahaja manusia sejagat tetapi kepada alam semualjadi secara keseluruhannya boleh diterima pakai. Ini demi generasi yang akan mendatang. kenapa demi, atas nama pembangunan kita mahu korbankan alam semualajadi kita?
Pembinaan empangan bakun adalah satu contoh yang baik untuk kita sama-sama renungkan. Jangan kerana tamak haloba, dan berselinding di sebalik tiket "pembangunan", segala apa yang kita banggakan-alam semulajadi ini kita korbankan?


Pembangunan haruslah seimbang.

Seimbang disini bermaksud, kalau nak tebang pokok tu, harus digantikan kepada pokok dan semua orang mendapat faedah daripadanya. Bukan hanya sesetangah pihak sahaja. Tamak kepada harta benda atau WANG hingga sanggup gadaikan alam semulajadi ini. Itu bukannya pembangunan seimbang.
Pembangunan seimbang juga harus disusuli dengan sikap dan rasa bertanggung jawab dengan apa yang kita musnahkan atau koraban di atas dan dalam nama PEMBANGUNAN. ini tidak , sudah habis madu, sepah dibuang. Siapa yang menjadi mangsa? orang biasa seperti kita! Yang bertanggung jawab, lepas tangan dan mencari alasan yang munsabah untuk lari daripada masalah. sampai tuhan-tuhan alam dan rimba di tuduh begitu juga cuaca!

Saintis tipu kah?

sesamamu dapati masyarakat kita sekarang juga sukar diajar dan dibventuk tentang memelihara alam semualajadi kita. Tetapi kalau cerita tentang "pembangunan", sungguh cekap dan cepat.
Tetapi cerita tentang menjaga dan memulihara alam semulajadi kita, amat sukar.
Kalau para saintis menemui sesuatu penawar kepada penyakit barah ataupun para saintis memberi alasan hasil penemuan sebab akibat sesuatu sakit penyakit, kita cepat percaya.
Tetapi kalau saintis mengatakan bahwa dunia ini mengalami pemanasan global yang serius di mana buktinya sangat nyata dengan pencairan ais di kutup utara, kita lambat bertindak dan mengambil sikap sambil lewa.
Itulah rundingan di Copenhagen tentang pemanasan global GAGAL.

ayuh kita sama-sama berfikir secara resaional tentang pembangunan yang kita impikan untuk genersai kita yang akan datang...


HIJAU BUMI KU UNTUK GENERASI KU....

Sunday, November 7, 2010

Alam semulajadi perlukan wira II

Alam semulajadi ku perlukan wira...tanpa kita sedari, ia menjerit, memanggil wiranya di kalangan kita. Tetapi pernah kah kita mendengar jeritan tersebut?
Ianya begitu mudah untuk menjadi wira kepada alam ini. Tidak memerlukan mana-mana wang keahlian untuk mendaftar sebagai ahli, tidak memerlukan kemahiran yang "super power", tidak memerlukan kekuatan fizikal yang melampau, tiadak memerlukan pakaian khusus....hanya mengenakan "hati" yang penuh berasa tanggung jawab yang telah diamanahkan oleh Sang Pencipta nya...kerana Sang Pencipta itu telah menjadikan kita untuk sama-sama menjaga dan memelihara apa yang dipandang NYA sungguh indah dan sempurna itu...

Wira diperlukan.....
siapa sanggup jadi wira?
Wira yang sejati untuk alam ini...
Tidak sesukar itu untuk menjadi wira alam ini...
demi masa depan Alam semulajadi ini...anda diperlukan!!!
semudah membuangnya...
Persekitaran begini yang kita perlukan?
Ada ku kisah???
Dengar jeritan batin alam semualajadi ini...berseru dan memanggil nama mu...untuk menjadi wiranya barang seketika cuma...

Sunday, October 31, 2010

Alam semulajadi perlukan wira

Sesamamu mulakan petikan daripada Kejadian 1:28-31 tapi dalam terjemahan Bahasa Inggeris terjemahan (New Living Translation)
[28]  God blessed them and told them, “Multiply and fill the earth and subdue it. Be masters over the fish and birds and all the animals.” [29]  And God said, “Look! I have given you the seed-bearing plants throughout the earth and all the fruit trees for your food. [30]  And I have given all the grasses and other green plants to the animals and birds for their food.” And so it was. [31]  Then God looked over all he had made, and he saw that it was excellent in every way. This all happened on the sixth day. 

Kupasan ayat-ayat tersebut pada pandangan Sesamamu...

Mari kita kupaskan maksud ayat-ayat tersebut dan apa kaitannya kepada kita sebagai Manusia yang Dia telah ciptakan.
Ayat 28 - Apabila Tuhan menciptakan manusia, Dia telah memberi mandat kepada manusia supaya beranak cucu dan menguasai segala yang telah dicuptakan Nya.
Ayat 29 - Sesudah itu Dia menyatakan kepada manusia segala tumbuhan dan buah-buahan yang menjadi makanan untuk manusia.
Ayat 30- Dan segala tumbuhan hijau itu pula Dia jadikan untuk menjadi milik semua jenis binatang dan burung. Yang mana ini akan menjadi sumber makanan selain tempat perlindungan mereka.
Ayat 31- Dan akhir sekali, setelah Tuhan selesai menciptakan bumi dan segala isinya, Dia berhenti sejenak, dan merenungkan semua ciptaan Nya, dan Dia sangat berpuas hati ke atas segala yang telah Dia cipta.

Apa yang berlaku sekarang?

Pada beberapa minggu yang lepas, Sarawak dikejutkan dengan apa yang berlaku terhadap sungai Rejang dimana sungai tersebut dipenuhi oleh lebihan potongan kayu balak yang hanyut dari ulu Baleh sehingga ke muara Sungai Rajang. Satu keadaan "jam" sungai yang panjang sejauh 60 lebih KM.
Apakah puncanya?
Dan banyak teori dan pendapat dilontarkan dan didedahkan kepada rakyat sepanjang Sungai Rejang. Tidak kurangnga yang menuduh "itu cuma bencana alam" hasil hujan yang lebat dan tanah yang runtuh menyebabkan sisa-sisa balak tersebut dihanyutkan ke sungai.
Ada juga yang berpendapat, "akibat daripada pembalakan haram" yang berleluasa di ulu Baleh, ini menyebabkan hutan di bahagian Ulu telah terdedah kepada bahaya tanah runtuh yang menyebabkan sisa-sisa kayu ini dihanyutkan ke sungai.

Tetapi, apapun puncanya, sampai ke hari ini, kebanyakan penduduk di bahagian Kapit terutamanya yang menggunkan sungai Rejang sebagai alternatif kehidupan harian mereka masih menunggu jawapan yang pasti dari mereka yang bertanggung jawab memberi keterangan kepada penduduk.

Belum pun reda "jam" sisa kayu...kesan empangan Bakun melanda...

Ya, belum pun kisah "jam" sungai Rejang, selepas proses memenuhkan empangan Bakun dimulakan, di tambah pula dengan musim kemarau yang panjang di daerah Kapit, keadaan sungai di bawah empangan Bakun mengalami paras sungai yang amat serius. Dikatakan paras sungai di bawah empangan Bakun surut sedalam 2 meter.
Adakah ini satu kebetulan kerana dalam masa empagan Bakun memulakan proses "pembanjiran"nya, kemarau yang panjnag telah melanda kawasan tadahan tersebut sehingga menyebabkan julung-julung kalinya sungai Rejang mengalami surut yang melampau.

Sudah Bakun, Empangan Baram pula???

Sepanjang minggu lepas, banyak perkara berbangkit berlaku dengan cadangan pembinaan empangan Bakun. Di pihak kerejaan, mereka cuba meyakinkan masyarakat setempat supaya menerima cadangan tersebut demi kebaikan mereka. Ini kerana, dengan bermulanya pembinaan empangan Bakun tersebut, banyak kemudahan-kemudahan insfrasturktur akan di bawa ke tempat tersebut. Seperti, kemudahan jalan raya yang "bertar" yang akan menghubungkan banyak kampung-kampung di sekitar Baram selari dengan pembinaan Empangan itu kelak. Malah wakil rakyat dari kawasan tersebut pernah menyatakan "it's a Blessing for Baram people".
Tetapi, apa yang berlaku dengan projek empangan Bakun te;ah merisaukan penduduk sekitar Baram. Mereka membantah cadangan pembinaan empagan ini di mana kalau berlaku akan menjejaskan hampir 20,000 penduduk yang mendiami di kawasan cadangan empagan tersebut yang akan ditenggelami.

Berbalik kepada "mandat" kita kepada alam sekitar...

Selain daripada kita diciptakan untuk betambah dan beranak cucu, kita dipertanggung jawabkan untuk menjaga dan memelihara segala yang diciptakan oleh Sang Pencipta itu. Tetapi apa yang kita lakukan? Kita musnahkan dan hancurkannya di dalam dan atas nama pembangunan. Jauh sekali untuk kita menjaga mahupun memelihara alam semulajadi ini.
Alam semualjadi ini memerlukan wiranya. Tetapi, seakan-akan wira yang dicari begitu sukar untuk ditemui.
Sebagai contoh, dalam hal pembuangan sampah merata-rata, buang sampah yang kecil ke dalam sungai, dalam longkang yang sepatutnya dibuang ke dalam tong sampah pun sukar untuk kita lakukan. Cuba lihat persekitaran kita, alam ini seakan-akan menjerit dan memanggil "super hero"nya yang tidak kunjung tiba. Menjaga persekitaran dan alam supaya tidak dicemari dengan sampah-sarap yang kita hasilkan merupakan satu perkara yang kecil dan mudah untuk kita praktikkan tetapi sukar kita sebagai manusia yang di cipta oleh Tuhan untuk melakukannya. Kenapa?....ya kenapa o????

"Alam semulajadi perlukan wira..."

Monday, October 25, 2010

Minggu MENDERMA ORGAN...bagaimna dengan anda?

Pada minggu ini, Kementerian kesihatan Malaysia bekerja sama dengan Pejabat Pos Malaysia untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma organ mereka. Ini adalah satu tindakan yang Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) untuk menyedarkan masyarakat bahawa ada nyawa yang rakyat Malaysia dengan menderma organ, ada nyawa yang kita boleh selamatkan.

Cerita benar
Setelah anaknya terlibat dengan satu kemalangan jalan raya, ayahnya mengambil keputusan untuk mendermakan jantung anaknya kepada seorang pesakit yang amat memerlukan jantung pada ketika itu. Ini adalah wasiat si anak yang telah menggalakkan seluruh keluarga untuk mengambik bahagian didalam kempen menjadi perderma organ. Mengenangkan akan betapa anaknya begitu prihatin dengan kempen tersebut, si ayah membuat keputusan untuk membenarkan jantung anaknya didermakan kepada yang memerlukan itu. Keprihatinan si anak itu juga mendorongnya untuk menjadi penderma organ.

Dan banyak lagi cerita yang kita boleh dengar dari dada-dada akhbar bagaimana seorang pesakit dapat diselamatkan hasil daripada adanya organ yang didermakan oleh para "wira" yang murah hati ini.

Kempen selama 16-24 Oktober lepas...
Walaupun kempen ini sudah berlalu, kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin ini terus menyokong kempen ini. Segala borang dan keterangan lanjut mengenai cara-cara untuk menjadi penderma organ ini boleh didapati di pejabat-pejabat pos yang berdekatan. Malah pegawai-pegawai di pejabat pos yang terpilih ini sedia membantu untuk mengisi borang bagi bakal-bakal penderma ini.

Lebih 147,092 penderma setakat ini...
Sesamamu pasti ada lebih ramai lagi kita di luar sana ingin menjadi penderma Organ ini. Jadi, tidakkah anda mahu menjadi sebahagian angka yang akan menambahkan bilangan penderma organ di negara kita?
Malang tidak berbau, dan mungkin mereka yang kita kenali ataupun yang rapat kepada kita memerlukan organ kita? siapa tahu?

Sebelum kita pergi ...
Ada baiknya kita mengambil langkah yang Positif ini untuk memberi sinar dan kehidupan yang baru bagi mereka yang memerlukan organ kita kelak sebelum kita pergi meninggalkan dunia ini. Sesamamu terharu dengan cerita betapa si penerima organ yang dapat menjalani kehidupan seperti biasa dengan berbekalkan organ yang didermakan oleh seoran yang dia tidak kenali itu.

Kita juga boleh melakukan hal yang sama dengan menjadi penderma organ ini. Perginya kita pasti ada yang akan bahagia. Bukan satu, malah ramai yang akan menumpang kebahagian hasil "kemurahan" hati kita ingin menjadi salah seorang penderma itu???

Monday, October 18, 2010

Renungkan lirik lagu ini..."Bagaimana dengan mereka?"

Sesamamu masih terpanggil untuk berkongsi tentang "mereka" yang hidup serba kurangan di luar sana. Mereka belum pasti adakah sesuap nasi untuk mereka pada hari ini? Apatah lagi untuk hari esok?

Mari kita sama-sama renungkan lirik lagu ini...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bagaimana dengan mereka?


Oh betapa indahnya\
hidup kita jalani
tiada waktu terlewat tanpa bahagia


Mari lihat keluar
kekadang kita lupa
kita tan sendiri
menikmati indahnya
hidup yang diberikan 
oleh sang pencipta


Bagaimana dengan mereka?
Yang menjerit kerna lapar 
dan hidup dari belas kasihan orang seperti kita
Bagaimana dengan mereka yang tak punya apa-apa?
Apa yang telah kita buat
kerna kita diciptakan
untuk berbagi hidup dengan mereka?

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ya? persoalannya ialah, bagaimana dengan mereka? Kalau kita fikirkan kita yang berkemampuan ini yang selalu tiadak akan puas hati dengan apa yang kita miliki, kita seakan-akan punca penyumbang kepada mereka yang serba kekurangan ini.
Sebab ada di luar sana, kanak-kanak dijalanan kota yang mencari sesuap makanan dari sisa-sisa kita. Tdiak sedarkah kita , kadang-kadang makanan yang kita tidak habiskan selepas makan itu menjadi sumbar makanan kepada "mereka" ini?

Mari kita belajar untuk hidup "sederhana" dalam segala hal.

"Bila kami melihat kamu lapar? dan memberi kamu makanana?"
"Apa yang kamu perbuat sesamamu, kamu perlakukannya kepada Aku."

Sunday, October 10, 2010

10.10.10 Tarikh MESTI kita ingat

Pada tahun ini, 10.10.10 menjadi tarikh yang banyak orang ingin jadikannya bermakna didalam kehidupan mereka. Bukan sahaja sekali dalam seumur hidup dunia ini genap pada 10 hari bulan Oktober tahun 2010, tetapi ia adalah satu angka yang "sempurna" bagi kebanyakan orang.
Ada yang ingin  kahwin hari ini, ada yang ingin bertunang, ada yang ingin melahirkan anak hari ini, dan banyak lagi impian yang dibuat pada hari ini.
Tetapi sesamamu ingin membawa kita untuk ingat hari ini sebagai hari kita "INGAT" orang lain terlebih daripada diri kita sendiri. BERDOA untuk mereka pada hari ini. "Mereka" yang sesamamu maksudkan disini ialah, mereka yang Hidupnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Mereka yang mati kelaparan di luar sana, mereka yang tidak ada hala tuju kehidupannya kerana dihimpit oleh kemiskinan. Baik kemiskinan di bandar mahupun di luar bandar.

10.10.10

Sempurna angka tersebut untuk kita sama-sama ingat mereka hari ini dan sepanjang minggu ini. Sesamamu percaya pada keluaran yang lepas sesamamu ada menceritakan golongan ini dan bagaimana kita boleh melakukan perkara-perkara yang praktikal untuk membantu mereka. Tetapi kali ini, sesamamu ingin membawa kita untuk "INGAT" mereka dalam DOA kita sepanjang minggu ini. Satu perkara yang Praktikal kita orang Kristian boleh buat kan?
Apabila kita INGAT dan BERDOA kepada mereka hari ini dan sepanjang minggu ini, sesamamu berharap, kita dapat BERJIMAT CERMAT dan TIDAK MEMBAZIRKAN makanan kita mahupun pakaian yang kita mahu beli atau pakai. Praktikal kan????

Malaysian Care

Sesamamu terpanggil kerana, Malaysian Care satu badan NGO yang telah melancarkan panggilan untuk mendoakan dan menyumbang kepada mereka yang dalam kelompok miskin tegar di seluruh dunia. Malaysian care mahu semua orang Kristian di seluruh dunia mengingatkan tarikh ini sebagai hari BERDOA dan MENYUMBANG kepada mereka yang memerlukan.
www.malaysiacare.org

Kembalikan senyuman di wajah mereka hari ini...

"menurut gambaran kita..." ini adalah kata-kata TUHAN sebelum mencipta kita manusia. Maksudnya, kita dicipta menurut gambaran DIA. DIA yang sempurna adanya itu. Gambaran bukan hanya rupa bentuk mahupun wajah kita menyerupai Dia. Tetapi termasuk segala aspek kehidupan kita. Gambaran Dia yang paling jelas yang perlu ada pada kita ialah, KASIH kepada DIA yang mencipta kita manusia dan KASIH kepada segala ciptaan Nya yang di dunia ini. Termasuklah golongan yang miskin ini lah...
Kembalikan senyuman di wajah mereka ini, kerana itu adalah gambaran NYA yang sempurna...

mari kita ingat mereka dalam doa kita mulai hari ini dan minggu ini dan seterusnya selama-lamanya...dengan berjimat cermat dan jangan membazir dengan apa yang kamu miliki yang bagi mereka itu adalah satu "Keperluan" untuk meneruskan hidup walau sehari...

Sunday, October 3, 2010

Pembunuh NO.1 di Malaysia???

Agak memeranjatkan apabila Forum Pengangkutan Antarabangsa menyenaraikan Malaysia sebagai juara dan jaguh kepada kadar kematian bagi 100,000 orang penduduk berbanding dengan negara-negara lain di dunia pada tahun 2009.
Berikut adalah statistik kadar kematian jalan raya bagi 100,000 penduduk pada tahun 2009.(Forum Pengangkutan Antarabangsa)

1-Malaysia - 23.8
2- Argentina - 18.4
3- Greece - 13.8
4- Cambodia -12.6
5. Korea - 12.0
6- Poland 12.0
7- USA - 11.1
8- Lithuana - 11.0
9- New Zealand - 8.9
10 - Belgium - 8.9

Malaysia Boleh???

Ya, slogan Malaysia boleh juga dipertontonkan kepada dunia dalam rekod kemalangan yang besar bagi Malaysia. Selalunya , kematian kemalangan jalan raya di negara kita meningkat dengan mendadak apabila adanya musim-musim perayaan. Masa ini lah kita akan menghitung jumlah kematian yang mencecah angka yang begitu ramai pada satu-satu perayaan.
Sebagai contoh, pada Ops Sikap Sempena Tahun Baru China tahun ini, Bernama melaporkan 136 kematian selepas hari ke-9 ops sikap dilancarkan diseluruh negara. Dan pada Cuti Hari Raya yang lepas, pada hari yang ke-10 ops sikap dilancarkan iaitu pada 3 September, sebanyak 169 kematian kemalangan jalan raya dilaporkan.
Paling  menghayat hati apabila satu kemalangan yang terjadi di jambatan Pulau Pinang pada bulan yang lepas. Akibat kemalangan tersebut, sepasang suami isteri muda terbunuh dan meninggalkan seorang bayi perempuan yang baru berumur 2 bulan menjadi anak yatim piatu serta merta. Kereta yang mereka pandu telah bertembung dengan sebuah lori yang hilang kawalannya menurut seorang saksi yang berada di tempat kejadian itu.(Bernama)

Pemandu Malaysia "transformed" kalau masuk kereta...

Sesamamu akui ini adalah punca sebenar kepada berlakunya kematian yang menjadi-jadi akibat kemalangan jalan raya. Apabila sahaja seseorang pemandu itu telah masuk ke dalam keretanya, sikap dan perwatakan pemandu itu akan berubah. Tidak kira, siapa orang itu, kalau sudah duduk di kerusi pemandu, bermulalah "transformation" kepada pemandu itu. Pemandu itu boleh menjadi berubah sikapnya dengan serte merta. Dia menjadi orang lain!

Bukti  "transformation" itu ialah...Cuba lihat cara dia bercakap, menyumpah serakah di dalam kereta, seakan-akan dia memiliki satu "kuasa" yang luar biasa apabila duduk di kerusi memandu itu.
Bukan sahaja melalui cara dia bercakap berubah, sikap pemanduan juga mula berubah, kerja paling mudah tidak sampai pun 0.01 saat tindakan untuk menekan butang "signel" pun tidak larat mahu buat. Alasan...LUPA!. Tahukah bahwa tindakan yang semudah itu boleh membawa maut kepada orang lain?
Pandu laju? itu adalah bukti terunggul jaguh pembunuh jalan raya la...mereka tidak ada orang tersayang yang akan meratapi kematian mereka kelak...tapi orang lain pula menjadi mangsa keadaan.
Banyak lagilah sikap yang buruk yang berlaku apabila sudah duduk di kerusi pemandu itu.
Seakan-akan kerusi pemandu itu ada "kuasa" yang boleh mengubah sikap seseorang itu...terutama di Malaysia...???

Sikap itu yang membunuh...

Bayangkan kamu apa akan berlaku kepada bayi yang kehilangan ibu bapanya didalam kemalangan jalan raya itu. Di manakah hala tuju masa depannya?
Kadang kala kita merasakan betapa berhati-hatinya kita di jalan raya, tetapi orang lain TIDAK!. Kerana sikap yang tidak bertanggung jawab itu telah menyebabkan orang lain kehilangan orang yang tersayang. KEJAM!!! ya memang KEJAM!!! sesamamu sangat simpati kepada "bayi 2 bulan ini" yang tidak akan merasakan belaian kasih sayang dari ibu bapanya. Tidak dapat dibayangkan keadaan nya kelak.

Sampai bila Malaysia terus ingin mempertahankan KEJAGUHAN sebagai pembunuh utama di jalan raya?

Bagi pengguna jalan raya di luar sana, baik apa jenis kenderaan pun, kalau tak ingat kan keselamatan diri tu, ingat-ingatlah orang yang lain? Mereka ada orang yang sayang...










Bayi yang berumur 2 bulan ini kehilangan kedua ibu  bapanya yang terlibat didalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada Bulan September 2010 yang lepas.

Sunday, September 26, 2010

Rukun negara yang pertama...KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Setelah peristiwa tragedi 13 Mei 1969, MAGERAN ataupun Majlis Gerakan Rakyat telah duduk berbincang dan sepakat membentuk Rukun Negara Malaysia yang menjadi asas tonggak ideologi negara kita. Ia nya telah di bentuk hampir setahun selepas tragedi 13 Mei itu, iaitu 31 Ogos 1970.

Intipati Rukun Negara

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang pertama?

Ya, menjadi tanda tanya pula, kenapa KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN diletakkan di tempat yang pertama didalam susunan Rukun Negara kita?
Para ahli MAGERAN telah mengkaji dengan teliti betapa rakyat di Negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum mahupun anutan agama yang berbeza. Mereka sedar akan kepelbagaian ini dan itu mungkin telah mendorong mereka untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas kepada keharmonian rakyat di negara kita ini.
Kita sedia maklum bahwa perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita, tetapi dalam masa yang sama agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.

Kenapa Percaya kepada Tuhan?

Ahli-ahli MAGERAN menyedari betapa pentingnya prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini. Ini telah mendorong mereka meletakkannya sebagai prinsip yang pertama yang harus ada pada mana-mana rakyat Malaysia.
Setiap agama mahupun kepercayaan-kepercayaan yang ada di negara kita boleh mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang itu. Ketiadaan pegangan agama yang kuat boleh meruntuhkan keperibadian seseorang itu dan secara langsung boleh menggugat bangsa dan mahupun negara. Setiap agama yang diamalkan di negara kita ini mengajar penganutnya memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan yang mereka sembah itu. Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak berbelah bahagi itu akan menjadikan sesorang itu mempunyai rasa Hormat baik kepada orang lain mahupun dirinya sendiri. Ini menjadikan masyarakat kita hidup di dalam aman dan damai. Sebagai bukti, sehingga sekarang kita hidup dengan aman dan saling menghormat-hormati terhadap satu sama lain walaupun dengan perbezaan yang ada.

Letakkan Tuhan ditempat yang pertama...

Dalam hidup seharian kita juga, seharusnya kepercayaan kepada Tuhan diletakkan di tempat yang pertama. Kerana terbukti, apabila negara kita meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam rukun Negara kita, rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di mana rakyat di negara kita "diberkati" dengan hidup yang aman dan damai.
Apatah lagi kalau masing-masing peribadi kita percaya kepada Tuhan yang kita sembah dengan segenap hati, sudah pasti hidup kita sendiri dan orang lain yang ada disekitar kita akan hidup dalam harmoni.

Apa akan berlaku kalau Tidak percaya kepada Tuhan?

Persoalan ini "sesamamu" tinggalkan kepada kita untuk kita sama-sama renungkan. Apa yang bakal berlaku kepada peribadi mahupun negara kita kalau "kepercayaan kepada Tuhan" tidak diletakkan di tempat yang pertama di dalam hidup seseorang itu?
Sebagai contoh...Isu pembuangan bayi, Pembunuhan kejam, Penderaan kanak-kanak, Penderaan amah, Ragut, Rasuah, penindasan yang lemah, pemandu yang cuai di jalan raya, dan banyak lagi. Ini adalah sebilangan kecil perkara yang berlaku di negara kita oleh mereka yang MUNGKIN meletakkan kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang salah dalam hidup mereka...

Percayalah kepada TUHAN, dengan segenap hati mu, dan janganlah bersandar kepada pengertian mu sendiri...proverb 3:5

Selamat hari Malaysia yang ke 47 tahun...

Monday, September 20, 2010

"ada ku kisah Malaysia?"

Ada ku kisah? atau juga bermaksud, ada aku peduli - tentang apa yang berlaku di negara ku Malaysia? Agak-agaknya apakah sumbangan kita kepada negara ku Malaysia?
Mungkin bagi mereka yang masih belajar, sumbangan mereka adalah kemahiran dan kepakaran yang mereka perolehi daripada pendidikan menjadi  sumbangan yang bakal mereka berikan kepada negara. Dan bagi mereka yang bekerja baik dengan kerajaan mahupun dengan swasta, masing-masing rasanya akan mengatakan khidmat dan bakti setia mereka yang menyumbang kepada negara ku Malaysia. Bagi  mereka rakyat biasa pula, sumbangannya mungkin berupa jasa bakti kepada tanah, air dan mungkin udara yang dimiliki di negara kita adalah satu cara membalas jasa kemakmuran negara kita Malaysia ini.

Bagaimana dengan ketidakadilan sosial kita...

Seperti ada kepincangan berlaku apabila bercakap tentang ketidakadilan sosial di negara kita. Sebagai contoh, kenapa mesti ada orang yang miskin tegar di dalam masyarakat kita. Yang hidup cukup-cukup makan sahaja. Sedangkan yang kaya semakin kaya- raya. Seakan- akan ada sesuatu yang tidak "ngam " dalam sistem pengagihan hasil di negara kita. Kita beria-ria cuba menghapuskan pengemis jalanan untuk memastikan bandar kita bersih daripada peminta-peminta sedekah ini dan menjaga imej negara "membangun". Tetapi, tahukah bahwa apa yang para pengemis ini lakukan bukan kerana kehendak mereka, tetapi mereka wujud "MUNGKIN" kerana kepincangan sistem aliran pendapatan negara yang tidak kesampaian kepada mereka yang serba kekurangan ini?

Bagaimana dengan keadaan Politik yang kita impikan...

Bila bercakap pasal politik, berapa ramaikah dari kalangan kita yang mengambil berat untuk menyatakan pendirian kita di atas kertas undi? Atau cakap-cakap angin sahaja dalam saluran internet. Kenapa masih ramai lagi rakyat kita Malaysia yang sudah layak mengundi tetapi tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini adalah satu contoh sikap "ada ku kisah" atau tak ambil peduli sebagai seorang rakyat Malaysia.
Kalau mahu melihat keadaan politik yang kita impikan, daftar lah sebagai pengundi yang sah dan dengan itu undi anda dapat mewakili suara anda dan pemimpin yang kita mahu akan mewakili suara kita suatu hari nanti.

Bagaimana dengan Masalah-masalah sosial masyarakat kita...

Apa pendirian kita sebagai rakyat Malaysia apabila mendengar ada bayi yang di buang...ada kanak-kanak didera...ada keganasan berlaku terhadap wanita...pembunuhan kejam di sana-sini...lagi-lagi rogol-Lagi-lagi rogol...
adakah kita mengambil sikap "ada ku kisah?"...
Sesamamu dapat rasakan bahawa...Mungkin satu perbuatan yang mudah yang kita boleh lakukan ialah mengambil kisah dan peka terhadap masalah-masalah ini. Ambil berat bukan bermaksud menjaga tepi kain orang, tetapi kita "prihatin" terhadap apa yang berlaku disekeliling kita. Menjadi mata dan telinga mahupun perasaan rakyat Malaysia...
Dengan mengambil peduli, kita sebenarnya juga menyumbang kepada kemakmuran negara kita...

Bagaimana dengan bumi yang kita tumpangi ini...

Zainal Abidin  dalam lagu "HIJAU" menyatakan keadaan yang berlaku sekarang dan masa yang akan datang terhadap bumi kita jika kita mengambil  sifat "ada ku kisah?" terhadapnya.
Kenapa mesti kita terus lena dibuai mimpi dan tidak melihat apa yang kita telah lakukan kepada alam semesta kita?
Ini lah masanya kita menyumbang sesuatu kepada negara kita dengan mengambil berat tentang apa yang berlaku kepada alam flora dan fauna di negara kita. Banyak perkara-perkara kecil yang kita boleh lakukan secara langsung dapat menyumbang kepada kesejahteraan bumi di negara kita ini.  Bak kata Nabil Raja Lawak..."lu fikirlah sendiri..." bermaksud 1001 cara kita boleh selamatkan bumi yang kian pudar ini...

Menjadi  manusia yang "aku kisah..."

Kalau kepentingan diri didahulukan, inilah lah yang bakal yang terjadi kepada kita. Iaitu menjadi manusia yang "ada ku kisah?" ataupun tidak mahu ambil peduli tentang apa yang berlaku dipersekitarannya. Bagi manusia jenis ini, mereka hanya tahu menyumbangkan bakti mereka kepada negara dengan bersyarat. Jauh sekali mereka mahu menyumbang sesuatu kepada negara nya Malaysia dengan percuma mahupun sukarela. Lebih buruk lagi, mereka hanya tahu membidas, mencemoh, mengata, memfitnah kerajaan mahupun seseorang pemimpin itu. Ini adalah tabiat yang lahir daripada manusia yang ada kepentingan diri didalam segala perkara yang dilakukannya...
Katakan TIDAK kepada pemikiran "ada ku kisah?" 

Mari kita menjadi masyarakat Malaysia yang tahu ambil kisah...tahu katakan "aku kisah" kepada apa yang berlaku dipersekitaran kita kerana sikap inilah yang akan menyumbang kepada kemakmuran negara kita Malaysia...

SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE 47 TAHUN

Sunday, September 12, 2010

Saya Bangsa Malaysia. Kamu pula?

Dari bulan Febuari hingga April 1962, suruhanjaya Cobbold yang dianggotai oleh Lord Cobbold, Dato' Wong Pow Nee, En Mohd. Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston telah membuat peninjauan tentang gagasan pembentukan Malaysia diantara penduduk dan wakil-wakil rakyat tempatan Sarawak serta Borneo Utara (Sabah) ketika itu. Suruhanjaya ini telah menemui 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-parti politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan kerja dan orang ramai yang memberi pandangan.
Pada 21 Jun 1962- Laporan ini diserahkan kepada Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Dan pada Julai 1963, Tunku abdul Rahman dan Harold Macmillan-Perdana menteri British pada ketika itu telah mengadakan perundingan yang berlangsung selama 2 minggu di London.Akhirnya perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani pada 9 Julai 1963 oleh wakil-wakil Kerajaan British, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah , Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963, walau bagaimanapun, tarikh tersebut terpaksa ditangguh kerana laporan setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.
Di atas adalah secara ringkas satu peritiwa yang bersejarah bagi negara kita Malaysia.


Apa ertinya Penubuhan ini?
Mungkin satu persoalan bagi generasi sekarang yang kurang pengetahuannya tentang bagaimana terbentuknya Malaysia dan mengapa? Pemimpin-pemimpin yang terdahulu telah bersetuju dengan cadangan pembentukan Malaysia. Dan pembentukan Malaysia ini akan terjadi setelah Sarawak, Sabah dan Singapura bersetuju dengan gagasan Malaysia yang terdiri daripada 4 wilayah terpenting itu. Pembentukan ini secara langsung telah memerdekakan ke-3 wilayah yang baru itu walaupun Singapura telah keluar daripada gagasan tersebut 2 tahun kemudiannya. Dengan demikian, terbentuknya Malaysia, menjadikan rakyat di kesemua wilayah ini akan bersatu di dalam segi ekonomi, sosial dan politik. Bererti satu kejayaan yang besar untuk setiap lapisan masyarakat di negara yang bernama Malaysia menikmatikan erti kemerdekaan di bawah satu nama iaitu MALAYSIA.

Bangsa Malaysia...
Satu negara - satu bangsa iaitu bangsa Malaysia. Mungkin konsep ini keterlaluan kerana fikiran kita sudah sekian lama ditanam rasa "Bangga" yang teramat sangat dengan bangsa atau keturunan akar umbi kita. Tidak salah untuk kita bangga dengan keturunan bangsa asal-usul kita tetapi sesudah sekian lama kita hidup bersatu di bawah satu nama -Malaysia, sepatutnya kita bangga menyatakan kita -BANGSA MALAYSIA sesudah itu barulah kita menyatakan keturunan asal-usul kita.

Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Walaupun sudah menjadi negara Malaysia yang berdaulat selama 47 tahun, kebanyakan kita masih lagi ditakuk pemikiran yang "mengutamakan" keturunan bangsa kita sendiri.
Sepatutnya Identiti Bangsa Malaysia menjadi kebanggaan kita. Ia mewakili satu identiti bangsa yang hidup muhibah dengan mengenepikan perbezaan yang ada dan kepentingan diri mahupun latar belakang kaum tertentu. Bukan bermaksud kita lupa akan asal-usul sebenar kita, tetapi "Bangga" dengan identiti yang melambangkan satu Negara yang "Berdaulat" bernama MALAYSIA.

Parti politik Perkauman - berpuak-puak...
Sistem Politik negara kita dimana berdasarkan parti Politik mengikut kaum mungkin penyumbang kepada gagalnya kita membentuk identiti Bangsa Malaysia. Kebanyakan parti Politik yang memerintah adalah berlatar belakangkan parti yang bersifat Perkauman. Mengapa sesamamu mengatakan nya bersifat perkauman? Ini kerana masing-masing akan cuba memperkasakan bangsa mereka sendiri dahulu sebelum bangsa Malaysia. Jadi, parti-parti politik yang bersifat kaum ini akan sedaya upaya memelihara kepentingan mereka terlebih dahulu. Ini menyebabkan impian melahirkan masyarakat Bangsa Malaysia ini terlau jauh dari matlamatnya.
Negara jiran kita Indonesia telah berjaya mencapai tujuan ini kerana di mana sahaja kita berjumpa dengan warga Indonesia, mereka dengan bangganya akan menyatakan mereka adalah "Bangsa Indonesia" dan seterusnya kalau di tanya lagi, baru mereka perkenalkan keturunan asal mereka. Sebagai contoh, sesamamu pernah bersama beberapa pelajar dari Indonesia yang berketuruna Cina. Sepanjang bersama-sama dengan mereka, sesamamu dapat rasakan suatu yang pelik berlaku diantara mereka. Walaupun mereka berketurunan Cina, mereka bercakap sesama mereka dengan menggunakan bahasa Indonesia. Apabila sesamamu bertanya kepada mereka kenapa mereka tidak menggunakan bahasa Ibunda mereka-Bahasa Cina, dengan "Bangga" nya mereka menjawab..."Kami bangsa Indonesia dan bahasa kami adalah bahasa Indonesia"... Jadi ini adalah hasil kempimpinan yang terdahulu yang melihat betapa identiti Bangsa sesbuah negara itu akan menentukan keperkasaan sesebuah negara yang merdeka itu kelak.

Masih ada sinar...untuk Bangsa Malaysia?
Sinar itu ada kalau kita sebagai rakyat Malaysia bangga untuk memiliki identiti Bangsa Malaysia dan mengenepikan kepentingan diri kita sendiri atau kepentingan kaum-kaum tertentu sahaja. Ada baiknya suatu hari nanti parti-parti Politik yang ada di Malaysia tidak mengamalkan Parti Politik berdasarkan kaum sahaja tetapi melihat penyatuan rakyat yang penuh dengan kepelbagaian ini.

Selamat menyambut hari Malysia yang ke 47  tahun. Mari kita generasi muda sama-sama menghayati erti Pembentukan Malaysia ini untuk kita "bangga" menyatakan "SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA".

Renungkan perjuangan mereka yang terdahulu...

Monday, September 6, 2010

MERDEKA...tapi Ngapa masih ada benci?

"Hendaklah kamu saling mengasihi sebagai saudara dan saling mendahului dalam memberi hormat".Salah satu pesan Paulus kepada mereka di Roma pada ketika itu (Roma 12:10)

Saling mengasihi sebagai saudara...
Paulus merujuk kepada mereka yang sudah percaya kepada Tuhan Yesus untuk saling mengasihi bukan sahaja kepada saudara seiman mereka sahaja tetapi orang yang disekitar mereka juga. Dalam erti kata yang lain, mereka yang bukan seiman dengan mereka. Dan Paulus menekankan bahawa kasih yang ditunjukkan itu mestilah ikhlas dari hati nurani. Kalau boleh, kasih itu seperti kasih kepada ahli keluarga sendiri atau saudara sendiri.
Tetapi, kalau kita lihat sekarang ini, media-media tempatan - elektronik mahupun media cetak banyak melaporkan kenyataan-kenyataan sesetengah individu yang tidak bertanggung jawab yang cuba mempengaruhi masyarakat kita  dengan isu-isu yang akan menimbulkan rasa benci terhadap satu-satu kelompok masyarakat kita yang sedia berbilang ini.
Sebagai contoh, kenyataan-kenyataan yang menghina agama, kenyataan yang rasis dan kenyataan atau komen yang palsu yang didedahkan melalui internet mahupun media massa yang lain. Ia menunjukkan betapa kita sebenarnya belum lagi bebas ataupun merdeka sepenuhnya. Ngapa harus ada benci?

Jauh daripada erti merdeka...
Rasa hasad dengki sesama kita ini telah menjajah keperibadian rakyat kita sendiri dan lama kelamaan ini akan membuahkan satu malapetaka yang tidak kita ingini seperti yang pernah berlaku di  Negara kita pada. Kita sedia maklum perkara itu berlaku kerana adanya perasaan benci terhadap satu sama lain apatah lagi telah diapi-apikan oleh "mereka-mereka" yang berpentingan "politik".
Bercakap tentang politik, sebenarnya pemimpin-pemimpin kita sekarang ini seharusnya memainkan peranan yang penting untuk TIDAK menimbulkan atau politikkan isu-isu yang menimbulkan ketidak  puasan hati dikalangan rakyat Malaysia yang penuh dengan warna-warni kepelbagaian nya. Sepatutnya, "mereka-mereka" ini memberi maklumat yang betul kepada rakyat yang memberi mandat kepada mereka.
Kalau perasaan saling membenci itu terus dipolitikkan, alamatnya kita sebenarnya terlalu jauh daripada erti kemerdekaan sebenar selepas 53 tahun.

HORMAT orang lain menjadi keutamaan
Sesamamu sangat tertarik dengan nasihat Paulus ini dimana dia menekankan betapa rasa hormat terhadap orang lain mengatasi kepentingan diri sendiri. Ini adalah satu contoh bahawa Paulus tahu kalau kita saling hormat menghormati maka masyarakat yang pelbagai ini akan hidup dengan aman damai. Dan rasa hormat kepada orang lain ini adalah didorong oleh sikap merendahkan diri seseorang itu terhadap orang yang lain. Kalau tidak ada rasa rendah diri maka seseorang itu tidak akan menghormati orang lain dan memberi keutamaan kepada kepentingan orang lain terlebih dahulu.
Rasa HORMAT inilah juga yang telah hilang daripada kita sekarang ini. Kita saling mempertahankan kepentingan peribadi mahupun kumpulan kita sahaja. Sehinggakan kita tidak mahu ambil peduli ataupun kisah tentang kepentingan orang lain. Apatah lagi "perasaan" orang lain? Apabila perasaan tidak menghormati ini bertakhta dihati kita, lama-kelamaan ia akan menjajah pemikiran kita seterusnya menjadi satu "ideologi" yang akan kita pegang. Ini menyebabkan lahirlah satu pemikiran yang "defensive" terhadap kepentingan kita atau kumpulan kita yang harus diutamakan atau dijaga. Tetapi tanpa kita sedar, ini telah menjauhkan kita dari erti kemerdekaan yang sebenar selepas 53 tahun...

Ngapa harus ada benci?
Sesamamu dapat rasakan soalan ini harus ditujukan kepada kita sebagai rakyat Malaysia yang menyambut kemerdekaan yang ke 53 dan bakal meraikan pembentukan Malaysia yang ke 47 pada tahun ini. Marilah kita saling mengasihi seperti saudara dan saling menghornati didalam kepelbagaian kita ini. Sesamamu pasti kepelbagaian kita ini adalah satu "anugerah" yang teristimewa yang Tuhan berikan kepada setiap rakyat Malaysia. Dan kepelbagaian kita ini sepatutnya membuat kita saling memperlengkapi antara satu sama lain.

Untuk Pemimpin ku...
Mari kita doakan para pemimpin yang kita pilih untuk mewakili suara kita semua supaya melalui merekalah kita akan saling mengasihi dan hormat-menghormati.

Untuk Media massa...
Buat media massa cetak mahupun elektronik, mari bersikap jujur dan bertanggunng jawab. Jangan mulakan api kebencian dengan kenyataan dan laporan yang tidak benar. Ambil pengajaran daripada media asing yang cuba memburukkan imej negara kita di luar sana sehingga mereka membenci kepada negara kita Malaysia yang berdaulat ini.

Akhir sekali, buat kita semua, mari kita sama-sama robohkan tembok kebencian itu dan mula membina jambatan kasih sesama kita bangsa Malaysia ini...MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA!!!

Selamat hari Raya Aidilfitri bagi rakan-rakan Muslim...

Monday, August 30, 2010

Jalur Gemilang lambang PERLINDUNGAN ku...

Kepada mereka yang takut kepada-Mu telah Kauberikan panji-panji, tanda untuk berlindung terhadap panah.(Mazmur 60:4)


Petikan daripada kitab Mazmur 60:4 menyatakan bagaimana panji-panji atau Bendera itu menjadi "pelindung" kepada mereka yang bernaung di bawah panji-panji itu daripada panah pihak musuh. Dalam erti kata lain, kita melihat betapa Bendera sebagai lambang kerajaan yang berdaulat dan kuasa pemerintah tersebut yang dinyatakan kedaulatannya pada bendera tersebut. Dalam konteks ayat ini, TUHAN yang Raja Daud sembah dan yang dia percaya menjadi lambang Kekuatannya untuk terus memerintah. Sehingga dalam petikan ayat ini, dia mengatakan betapa mereka yang bernaung di bawah bendera ini akan terus dilindungi. Bermaksud, dengan terus mengangkat dan mengibar bendera tersebut, mereka akan terus memiliki perlindungan daripada serangan pihak musuh...


Minggu yang lepas, berapa ramaikah daripada kita di Malaysia ini mempunyai perasaan Marah-Geram-dan Terhina apabila bendera Jalur Gemilang kita di bakar serta disimbah najis manusia di sebuah negara jiran kita baru-baru ini. Ataupun kita langsung tidak mempunyai perasaan langsung apabila orang membuat sesuatu yang melampau kepada Jalur Gemilang kita? Bukan maksud sesamamu mengapi-apikan kita untuk melakukan sesuatu yang tidak rasional membalas balik perbuatan mereka, tetapi ingin mengetahui sejauh mana kita ada "perasaan" mempertahankan kedaulatan negara kita-Malaysia tercinta ini. Senang atau gembira kah kamu apabila melihat jalur gemilang diperlakukan sedemikian rupa?


Simbol Kemegahan Negara Ku


Berapa ramaikah dikalangan kita tahu akan beberapa simbol kemegahan negara kita yang harus kita pertahankan. Selain jalur gemilang, Lagu Negaraku-Bunga Raya-Harimau-Tugu kebangsaan-Bahasa Kebangsaan-Bahasa Melayu adalah antara simbol-simbol negara kita yang harus kita pertahankan daripada "dianiaya".  Apa akan kita lakukan jika ada orang lain cuba memperbodohkan simbol-simbol ini? Adakah anda mengambil langkah "defensive" ataupun "ada ku kesah?"?


Mengapa Mesti Bendera?


Bendera melambangkan kedaulatan sesebuah kerajaan ataupun negara. Kalau kita imbas kembali 53 tahun yang lepas - 31 Ogos 1957 lalu, apabila bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Malaysia-Melaya pada masa itu. Sesamamu dapat bayangkan betapa "megah"nya mereka melihat Bendera Malaysia berkibar dengan Bangganya ketika itu. Perasaan KEBEBASAN-MARUAH BANGSA dan NEGARA begitu bernilai pada masa itu, dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Stadium Merdeka pada ketika itu diselubungi satu perasaan yang sangat teruja kerana melihat bendera Jalur Gemilang itu berkibar megah di angkasa. Satu lambang kedaulatan, kebebesan dan keselamatan di bawah naungan panji  negara itu.
Tetapi, sejauh manakah generasi pada masa ini menilai erti sebuah Bendera yang menjadi tanda atau simbol KEBEBASAN serta KESELAMATAN dan PERLINDUNGAN sebuah negara?


Jalur gemilang Simbol PERLINDUNGAN negara untuk aku...


Malam tadi, sesamamu berkesempatan melihat suasana petang sekitar Kuching. Melihat beberapa premis kedai mahupun bangunan pejabat yang mengibarkan jalur gemilang amat terharu betapa rakyat di negara ini masih bangga dengan jalur gemilang mereka tetapi ada juga yang langsung tidak ambil kisah untuk mengibarkan jalur gemilang dipremis mereka masing-masing. Dan ada satu-satu kawasan itu, terlalu ketara dan mungkin boleh diagak siapa yang mahu atau pun tidak mengibarkan jalur gemilang itu. (Sesamamu harap ianya prejudis semata-mata). Sesamamu membuat kesimpulan bahwa mereka yang tidak mahu mengibarkan Jalur gemilang di premis-premis mereka mungkin tidak mahu menunjuk-nunjuk semangat patriotik mereka. Biar dalam hati sahaja kibarkan bendera. 


Tetapi bendera bukannya untuk dikibarkan dalam hati bukan? apa gunanya bendera? Sudah semestinya untuk ditunjukkan dan dikibarkan dengan penuh rasa bangga!!!


Kerana ia melambangkan PERLINDUNGAN di bawah satu panji kedaulatan Raja dan Negara yang MERDEKA.


Selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kita yang ke 53 tahun. MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA...