sesamamu

Thursday, March 19, 2015

Sarawak 4 Sarawakian

Sesamamu tidak akan menghuraikan apakah yang temaktub didalam perjanjian yang dimeteraikan dalam perkara 18/20, tetapi cuba untuk mengongsikan kenapa wujudnya S4S?

Pergerakan S4S semakin lantang dan menjadi satu "panggilan" yang semakin popular dikalangan anak-anak muda Sarawak pada masa ini. Mereka sudah menjadi semakin sedar dan perihatin dengan apa yang berlaku di Tanah Tumpah Darah mereka pada ketika ini. Ini adalah zaman teknologi maklumat, dimana segala ketidak puasan hati dan cerita yang berlaku berkisar tentang hak kenegerian mereka akan menjadi satu faktor yang membuat mereka respon dengan pantas!

Lahirnya S4S...

Ianya lahir hasil daripada rasa tidak puas hati terhadap pembahagian royalti minyak kepunyaan Sarawak. Petronas telah mengambil alih pengurusan hasil minyak ini semenjak tahun 1976 lagi dan hanya memberi 5% royalti kepada Sarawak!
Dan baru-baru ini, tuntutan untuk menaikkan royalti dari 5% kepada 20% telah ditolak.

Berkaitan dengan royalti minyak dan hasil bumi Sarawak. Negeri ini yang sepatutnya kaya dan penyumbang yang besar kepada ekonomi serta kewangan negara Malaysia ketinggalan jauh dari segi kemudahan insfrastruktur asas jika berbanding dengan negeri-negeri di Tanah Malaya!  Malah kadar kemiskinan negeri ini juga sangat tinggi!

Jawatan tinggi serta peluang pekerjaan disektor awam juga dimonopoli oleh mereka dari Tanah Malaya, iaitu majoriti -Melayu. Ini menyebabkan ramai anak-anak muda Sarawak tiada pekerjaan. Koata untuk mereka begitu tinggi jika dibandingkan dengan anak tempata Sarawak. Sebagai contoh, penempatan guru-guru dari Tanah Malaya yang kebanyakannya mengisi kekosongan di sekolah- sekolah Sarawak.

Baru-baru ini Sesamamu menaiki pesawat dari KL ke Bintulu. Sangat terperanjat dimana 90% penumpang pesawat tersebut adalah orang - orang Tanah Malaya. Ini mengesahkan apa yang Sesamamu dengar tentang kebanjiran pekerja dari Tanah Malaya mengisi kekosongan jawatan di syarikat minyak di dua bandar utama Sarawak, Bintulu dan Miri.

Janji-janji pilihan raya yang hanya "manis ba pun, tabar ba ujung".  Sebagai contoh, perkara 10 yang dikemukan oleh BN untuk memancing undi rakyat Sarawak telah memakan diri. Itu hanya janji untuk mereka memastikan kekuasaan mereka berpanjangan di Malaysia. Dan banyak lagi janji-janji lain!

Jadi...?

Semua alasan yang diatas adalah serba sedikit kemungkinan besar punca lahirnya S4S! Jika semua yang diatas ini masih berlaku, jangan hairan, kebangkitan anak-anak muda Sarawak untuk menuntut hak mereka akan tejadi dan MEMBARA!

Ini hanya adalah satu permulaan akan sebuah kebangkitan!