Mantra, "Anang ngelaban printa'', ataupun diterjemhakan kepada bahasa Malaysia, "Jangan melawan pemerintah.
Ini adalah mantra yang selalu kita dengar bila menjelang pilihanraya, baik waktu kempen mahupun sebelum waktu kempen. Oleh kerana sudah sekian lama telah diungkapkan oleh para-para pemimpin yang yang ingin mengekalkan kuasa, mantra tersebut sudah menjadi satu "senjata" yang amat berkesan untuk "menakutkan" para mengundi, terutamanya rakyat di luar bandar Sarawak.
Kebayakan Dayak di luar bandar adalah masih berpegang teguh dengan adat resam turun-temurun nenek moyang dan menjadi sebahagian daripada amalan hidup untuk menghormati orang yang lebih tua ataupun pemimpin, maka mantra ini menjadi.
Lebih-lebih lagi penggunaan perkataan ditambahkan, "Anang ngelaban printah, mali'". "mali'" ataupun "curse", "terkutuk", ataupun sesuatu yang tidak baik akan menimpa kamu, jadi takut ini benar-benar akan menimpa setelah menentang pemimpin yang sedia ada ataupun kerajaan yang sedia ada, maka setelah di"hadiahkan" dengan tong air biru secara percuma, atap zink percuma, malah diberi wang saku RM50 sebelum menjelang hari membuang undi, maka, mentar ini jadi pegangan.
Bukan hanya setahun dua mantra ini telah mempengaruhi pengundi Dayak di luar bandar, tetapi sudah bertahun-tahun lamanya. Ia menjadi semakin popular dan hangat digunakan apabila seorang pemimpin utama dari kaum Dayak ini sendiri mengeluarkan mentra ini sekali lagi. Seperti mengidupkan mantra ini untuk mempengaruhi fikiran para pengundi Dayak di luar bandar serta menakut-nakutkan mereka bahawa sesutau yang tidak baik akan berlaku jika mereka memilih untuk menentanag kerajaan melalui undi mereka kelak. Malah, akan disebut juga, peruntukan ini, peruntukan itu akan ditarik balik...menyokong betapa mentra itu akan benar-benar terjadi kepada mereka yang "ngelaban printa" sewaktu pilihan raya ini kelak. Walhal, kita tiada kerajaan yang memerintah setelah pengumuman Parlimen dibubarkan.
Jadi, jangan biarkan diri kita dikongkong dan kuasai oleh Mantra "anang ngelaban printa", kerana disebalik mantra ini adalah terikatnya satu agenda tersembunyi, agenda yang mementingkan diri sendirii oleh mereka yang melafazkan mentra ini.
Yang pasti ia hanya satu strategi untuk menakutkan-nakutkan kita para pengundi, terutamanya kaum kita Dayak yang berada di luar bandar.
No comments:
Post a Comment