sesamamu

Wednesday, February 1, 2017

"KEEP GREEN MOVEMENT"-Gaya hidup HIJAU

Ada yang tidak percaya akan pemanasan global! Malah mengatakan ia merupakan satu kempen  oleh satu-satu pihak untuk menjatuhkan satu pihak yang lain demi mengukuhkan empayar ekonomi mereka. Malah mereka yang menyuarakan kekuatiran akan pemanasan global ini akan dicopkan sebagai, MENOLAK PEMBANGUNAN.

Pemanasan global telah dibuktikan oleh para saintis dengan menunjukkan kesan-kesan nya kepada perubahan cuaca bumi, kenaikkan aras laut, pemanasan yang melampau dan seterusnya  mengundang kepada kemarau yang panjang dan hujan ribut serta bencana alam yang lain.

Tetapi masih ramai lagi yang menidakkan akan bencana pemanasan global ini. Malah ada pakar-pakar agama yang menolak keras akan "idea" memanasan global ini! Disokong kuat pula oleh presiden Amerika yang baru ini, yang juga tidak sehaluan dengan pendapat para saintis akan bencana pemanasan global ini.

Apapun tanggapan mereka yang menentang akan bencana pemanasan global ini, disini Sesamamu mengajak kita semua yang "percaya" berlakunya pemanasan global ini untuk mengamalkan "KEEP GREEN MOVEMENT'- GAYA HIDUP HIJAU.

Gaya Hidup Hijau menuntut setiap individu memainkan peranan didalam menyumbang kepada pemulihan kemudaratan yang berlaku di atas alam sekitar kita. Bermula dengan gaya hidup seseorang itu, bangun sahaja dari tidur di pagi hari hinggalah ke malam, mengamalkan gaya hidup yang SEDERHANA. SEDERHANA dari semua aspek kehidupan. Baik dari segi pemakanan, pemakaian, kehendak hidup serta keputusan yang diamabil, haruslah DENGAN KEADAAN YANG SEDERHANA. Dalam erti kata lain, sederhana untuk mengelakkan pembaziaran dan dalam masa yang sama, kita dapat menghargai setiap sumber yang terlibat didalam "melahirkan" satu produk akhir yang kita akan gunakan. Dengan menghargai produk akhir yang kita akan gunakan ataupun nikmati, ini akan mendorong kita untuk bukan sahaja menghargainya, malah tidak berlebih-lebihan.

Gaya Hidup Hijau juga menuntut kita untuk memikirkan tentang orang lain, yang juga berkongsi akan bumi ini bersama-sama dengan kita.

Dengan harapan, jika GAYA HIDUP HIJAU diamalkan oleh setiap individu yang ada di dunia ini, mungkin suatu hari nanti akan dapat mengurangkan penularan pemanasan Global ini. Yang penting, ia bermula daripada kita sendiri.

Jom, amalkan GAYA HIDUP HIJAU, demi generasi yang akan datang. Kerana apa yang kita miliki di bumi ini hari ini, sebenarnya kita pinjam daripada generasi cucu-cicit kita.

"Saya tidak mahu bayar RM3 untuk masuk ke muzium sekadar mahu lihat pokok."

No comments:

Post a Comment