“Love bird”
Sebagai seorang “Sarawakian”, kita tidak asing lagi dengan simbol kebanggaan kita, iaitu Burung Kenyalang Rhinoceros. Burung kenyalang yang dikenali dengan “tanduk”nya yang melengkung berwarna oren dan kemerahan.
Setelah dua
hari saya berada di Sukau Rainforest Lodge, di sepanjang sungai Kinabatangan,
Sandakan-Sabah, hari terakhir “Boat cruise” menuju ke
hilir sungai Kinabatangan, menjadi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan keranan dapat melihat dan mendengar sendiri Burung
Kenyalang Rhinoceros. Di Sarawak sendiri, jarang sekali dapat terserempak dengan Burung kenyalang Rhinoceros ini. Secara peribadi,ini adalah pertama kali
didalam hidup saya
terserempak dengan burung kebanggaan Sarawak ini. Kenapa di
Sabah pula?
Emm satu soalan yang saya sebagai orang Sarawak harus
fikirkan dan jawab lah ye….
Tetapi apa yang menarik perhatian saya ialah, gelaran yang
diberi untuk kebanyakan spesis Burung di Sukau ini adalah “Love Bird” ataupun
kalau diterjemahkan secara langsung, “Burung cinta”. Kenapa?
Satu fakta yang menyebabkan burung spesis ini dikenali
sebagai “Love Bird” adalah kerana sifat burung ini sendiri yang akan tetap
setia kepada pasangannya, hingga keakhir hayat mereka. Tidak hairan jika kita
terserempak dengan burung kenyalang ini, mereka akan terbang berpasangan
kecuali burung kenyalang “ Asian black pie” yang berkomuniti.
Sebagai contoh, “Love Bird” ini akan tetap setia bersama
dengan pasangan mereka masing-masing dari awal musim mengawan, sehinggakan anak
burung ini boleh terbang dan keluar dari sarangnya. Sepanjang proses menjaga
telur sehingga si anak burung tumbuh sayap, si ibu akan berada di dalam
sarangnya yang ditutup sepenuhnya kecuali paruhnya sahaja yang terkeluar
membolehkan si ayah menyalurkan makanan kepadanya. Si Ibu akan berada tertutup
keseluruhan badannya selama, paling singkat sebulan ke tiga bulan lama. Di
dalam sarangnya yang tertutup keseluruhan itu, si ibu akan memastikan anaknya
yang baru menetas dipelihara dan diberikan makan sepanjang masa sehingga lah si
anak boleh berdikari barulah si ibu pecahkan sarang tersebut.
Dalam tempeh masa yang sama, si ayah akan terus memberi
makanan melalui paruh si ibu yang tertonjol keluar tadi. Setelah si anak mulai
tumbuh pelepah sayapnya, dan boleh berdikari, dan keluar dari sarangnya,
pasangan kenyalang ini tetapi kekal bersama sehingga ke akhir hayat mereka,
sekurang-kurangnya 10 tahun untuk jangka hayat seekor burung kenyalang.
Tetapi, jika si ayah di tangkap ataupun di bunuh, bayangkan
si ibu yang didalam sarang yang tidak tahu apa-apa yang berlaku kepada si ayah,
dia akan tetap menanti dan terus menanti sehingga keakhir hayatnya di dalam
sarang tersebut. Bayangkan betapa setianya mereka, hanya kematian yang
memisahkan mereka.
Bagi saya, lawatan ini membuka mata saya mengenali lebih
dalam lagi akan spesis burung ini, iaitu burung kenyalang, yang juga dikenali
sebagai “Love Bird”.
Apa yang saya ingin kongsikan disini dan hasil refleksi saya
terhadap kehidupan si kenyalang ini, Ia menytakan kepada saya tentang
“KESETIAAN”, “KASIH SAYANG” dan “KEDAMAIAN”.
KALAU BURUNG KENYALANG MAMPU melakukannya nya, bagaimana
pula dengan kita, sebagai ciptaan Tuhan yang sangat istimewa ini? Jom
fikir-fikirkan.
No comments:
Post a Comment