sesamamu

Tuesday, February 16, 2010

Monyet yang tidak mahu lepaskan....

Satu tajuk topik yang agak pelik tetapi akan kita sama-sama renugkan cerita seekor monyet ini. "Sesamamu" percaya kita telah mendengar cerita seekor monyet yang tidak mahu melepaskan buah yang digenggamkan di dalam sebuah botol.
"Sesamamu" cuba ulangi kembali cerita ini. Ada seekor monyet yang telah menjumpai sebuah botol yang yang didalamnya terdapat buah pisang. Dengan tidak membuang masa, monyet ini terus mengambil botol tersebut dan  memasukkan tangannya ke dalam botol tersebut. Monyet ini berusaha untuk mengeluarkan buah pisang tersebut tetapi tidak berjaya kerana tangannya terus menggenggam buah pisang itu. Pada hakikatnya, ia merupakan sebuah perangkap kerana monyet ini hanya akan berjaya melepaskan diri daripada botol tersebut jika ia melepaskan genggamannya.


Begitulah kebanyakan gereja Tuhan ataupun peribadi seorang Kristian pada masa ini. Bukan "sesamamu" maksudkan mereka seperti monyet itu, tetapi, mereka seperti tangan monyet itu. Terus menggenggam buah pisang itu dan tidak mahu melepaskannya. semakin monyet ini berusaha untuk melepaskan diri, semakin dia menggenggam erat buah yang ada ditangannya.
Gambaran genggaman tangan monyet ini sama seperti gereja-gereja atau peribadi Kristian sekarang yang hanya ingin terus menggenggam kasih anugerah Tuhan ini untuk diri mereka. Apabila "sesamamu" menyebut kasih anugerah, ia bererti BERKAT rohani dan fizikal yang kita terima dari Tuhan tanpa syarat. Tetapi kita yang percaya Tuhan ini, ataupun gereja kita tidak mahu kongsikannya kepada orang lain yang memerlukan. Kita terus menggenggam BERKAT yang Tuhan berikan kepada kita hanya untuk keperluan kita sahaja dan tidak mahu berkongsi dengan orang.
Bayangkan, banyak orang yang memerlukan BERKAT kewangan yang gereja kamu ada, tetapi kita terus menggenggamkannya -kumpul untuk dana pembinaan gereja yang baru, kerana gereja yang ada sudah tidak muat-anggota gereja sudah bertambah. Ya tak salah buat gedung gereja yang besar tu, tetapi bukan kah kita diutus untuk memperluaskan KERAJAAN ALLAH di dunia ini? Dan ini adalah amanat yang agung! Yang terutama perlu dilakukan dahulu! bukan kepentingan peribadi kita dan pembangunan gereja dahulukan????
Tangan kita terus tergenggam dan tertutup erat untuk memberi kepada penginjil-penginjil atau pekerja Tuhan sepenuh masa kita yang amat memerlukan pada ketika ini. Bukan kah mereka ini yang di barisan hadapan memperluaskan KERAJAAN ALLAH itu sekarang, tetapi kita terus menggenggam BERKAT  yang Tuhan anugerahkan kepada kita. Yalah...mahu tukar karpet baru dan guitar baru untuk gereja lebih diutamakan!
"Sesamamu" pernah bertanya kepada seorang penginjil sebuah gereja di Sarawak tentang berapa alaun bulanan yang dia terima. Dan penginjil ini dengan tersipu-sipu menjawab: "Tidak menentu, kadang-kadang lepas 2 bulan adalah dalam RM350-RM400".  Dan ini merupakan seorang penginjil muda yang masih bujang. Apa kata kalau dia mempunyai anak dan bini? Di mana gereja-gereja Tuhan yang bernilai berjuta-juta itu, ataupun beribu-ribu itu? Kenapa mahu terus menggenggam BERKAT anugerah Tuhan itu. Tidak kah kita sedar berapa ramai jiwa kita telah abaikan kerana iman yang BERKEPENTINGAN DIRI kita sahaja diselamatkan? Kita sahaja mahu pergi syurga kah? Itulah yang terfikir difikiran monyet itu "Rugi aku lepaskan pisang ni, ini hanya aku yang punya".
Bagaimana pula mereka yang memerlukan huluran tangan kita untuk menerima siapa mereka seadanya. Sebagi contoh, "Sesamamu" pernah berjumpa dengan beberapa orang pembawa HIV/AIDS yang berkata "kami dipinggirkan oleh orang macam kamu (Orang Krsitian), kami dalam pandangan kamu seperti orang pesakit kusta cerita di dalam 'Bible" kamu itu". (Artikal : "Setaip saat amat bernilai" 28 Dec 2009)Ya, Tangan kita tertutup, seperti genggaman monyet tadi itu. 
 Ataupun, bagaimana kita sampai hati dan sanggup meninggalkan sisa nasi ayam atau kolo mee kita yang tidak habis itu (Tak habis kerana diet atau jaga "macho" bah) dengan terpapar kisah kesengsaraan mangsa gempa bumi di Haiti  di kaca TV di hadapan kita? Malah genggaman tangan kita terus erat tertutup walaupun disekeliling kita banyak yang memerlukan huluran tangan kita yang penuh dengan BERKAT  kasih anugerah Nya. Alahai!!!!


Mari kita berubah secara fikiran kita. Buka minda dan pintu hati kita untuk melihat apa yang diperlukan oleh dunia ini. Jangan hanya terikat kepada pemikiran peribadi kita yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Dalam surat Paulus kepada jemaat di Roma, dia menggalakkan mereka berubah dalam pembaharuan budi mereka. Maksudnya, berubah dari cara mereka berfikir. Bukan cara dunia berfikir. Bagaimana dunia berfikir? Ketidakadailan, Tidak ada kasih sayang, TAMAK, Kejayaan yang memusnahkan, dan banyak lagilah.
Roma 12:2
[2]  Janganlah kamu menjadi serupa dengan dunia ini, tetapi berubahlah oleh pembaharuan budimu, sehingga kamu dapat membedakan manakah kehendak Allah: apa yang baik, yang berkenan kepada Allah dan yang sempurna. 


"Sesamamu" berharap lebih banyak lagi Mother Theresa, George Muller, Martin Luther King daripada generasi ini yang sedia membukakan tangan mereka untuk orang yang memerlukan. Lihat diluar tingkap hati mu, banyak orang yang diluar sana memerlukan BERKAT yang ada di dalam genggaman tangan mu itu...

 
 
George Muller the Children's champions

Tetapi "Seasamamu" tahu satu tangan yang sempurna. Tangan bekas  seorang Tukang kayu, tangan yang memberi, menyembuhkan orang yang buta, tangan yang mendoakan yang berdosa, tangan yang terkoyak menahan berat badan Nya, tangan yang sejuk kaku di dalam lubang batu, tangan yang Thomas letakkan jari nya dan tangan yang memberkati dari Takhta Nya...Yang pasti tangan yang tidak pernah tertutup...kamu tahu tangan itu...

 

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Bro Peter, saya sangat terdorong oleh post ini. I used to ask myself, is there anything i can do? I find myself helpless a times, seeing things and the community around me without much to do. Being a student, i find myself in a rather limited sphere in lending a hand...or am I wrong? I pray that God may open my eyes and mind daily...for I believe there is at least something i can do to be God's hands and feet...Tuhan berkati bro and tanx!

    ReplyDelete
  3. Hello...

    sometime ago, i also put a limitation upon students. i said, students couldn't do this and that because their own limitation(Ya aku students juga duu bah) but den i realize, actually we can do a very simple thing that our hands can learn to the needy. and the great examples i come to surprise when that particular CF giving their "offering" to Haiti relief. amazing...check the 17 February 2010 article.

    ya pray for more people will be like u Dianne

    ReplyDelete
  4. hi saudara pengarang,
    saya agak tersentuh dengan isu yang saudara bangkitkan kali ini. Mungkin benar kadang-kadang kita lupa tentang orang lain bila kita berada selesa dalam kolompok komuniti kita sendiri. Mungkin kita terus bercita-cita besar untuk membangunkan komuniti kita itu supaya menjadi lebih besar dan gah lagi. Tapi bukankah ini menunjukkan juga betapa semakin ramai orang menyertai kita untuk menjadi satu komuniti dalam membesarkan namaNYa. Cuma saya rasa kadang-kadang kita terlupa terhadap orang perseorangan yang berjuang untuk DIA. Tapi saya kira orang perseorangan ini juga datangnya dari komuniti besar itu tadi. Cuma tiada peruntukan khas dibuat baginya.(?)
    Saudara pengarang, mungkin saya agak terganggu sedikit dengan penggunaan simbolik cerita monyet saudara untuk isu ini kerana saya rasa ianya agak tidak bersesuaian. Mungkin cerita monyet ini lebih sesuai diceritakan bagi seorang insan yang taksub terhadap sesuatu (nafsu,tamak kebendaan yang menjadi umpan) hingga membuat dirinya terperangkap dalam satu situasi. Sekiranya dia sanggup melepaskan umpan ketamakan/nafsu dosanya dia akan terlepas dari perangkap yang boleh memudaratkan dirinya sendiri...

    ReplyDelete
  5. hello Anonymous

    terima kasih kepada komen anda.
    ya penggunaan simbolik monyet itu banyak yang kita boleh pelajari dari cerita itu, ya banyak sudut boleh kita lihat melalui cerita itu...

    anda mungkin mempunyai pengertian yang begitu tentang cerita monyet itu. Mungkin juga dapat diimplikasikan di dalam artikal kali ini.

    tetapi saya kali ini, saya lihat dari segi Tangan monyet sendiri...fokus kepada tangan yang tidak mahu melepaskan apa yang di dalam genggaman nya.

    Mungkin saya akan guna cerita ini lagi bagi mereka yang taksub dan tamak kepada apa yang mereka ingin capai suatu hari nanti...

    antara seven sins...Tamak @ Greedy @ covetous

    Terima kasih banyak kerana komen yang membina ini.

    saya pasti banyak pembaca yang mengambil iktibar dari komen anda...

    ReplyDelete
  6. Hello Sesamamu

    Saya kristian dari gereja Anglican.
    Gereja kami (juga gereja RC) telah masuk musim Lent.
    Kebiasaan nya,umat gereja akan digalakkan untuk berpuasa. Puasa ala Kristain la. Puasa nya begini:jika hari-hari biasa makan 2 pinggan untuk makan tengahari,dalam musim Lent boleh dikurangkan kpd sepinggan atau setengah pinggan..duit yang dijimatkan dari process ini akan dimasukkan ke dalam Lent Can atau tabung Lent yang mana akan dikumpul selepas tamat 40 hari berpuasa. Hasil kumpul duit dari jemaat akan disumbangkan oleh gereja untuk tujuan Kebajikan..

    Pada pendapat saya, mari kita cabar@seru gereja-gereja ini untuk sumbang ke Haiti.

    ReplyDelete