Apabila kita membuka tingkap dunia kita yang sebenarnya, apa yang terbentang luas setelah kita melihat melaluinya ialah, kelaparan, penderitaan, kemusnahan, pembunuhan, kebencian dan banyak lagi yang sebenarnya dunia ini paparkan kepada kita melalui tingkap itu. Tetapi, kamu sedaya upaya terus mengelakkan dii daripada membuka tingkap tersebut atau terus menutupnya dari terus dibuka.
Tetapi apa yang boleh aku lakukan jika aku membuka dan melihat daripada tingkap itu? Siapalah aku? Aku bukanlah Barack Obama dan Najib Tun Razak yang mampu mengubah dunia? Apa sahaja yang mampu aku lakukan?
"Sesamamu" kali ini membawa anda untuk renungkan dua tingkap yang ada didalam kehidupan peribad kita buat sekian lama ini. Mungkin kedua-dua tingkap ini sudah lama terbuka ataupun tertutup. Tetapi yang pasti, salah satu tingkap ini tertutup.
Disini "sesamamu" boleh katakan tingkap sebenar yang berlaku di dalam dunia ini pada kebanyakan kita sudah lama tertutup. Ini kerana, kita sibuk melihat melalui Tingkap yang bernama "tingkap kepentingan peribadi" ini di dalam kehidupan kita selama ini. Ini menyebabkan kita sibuk untuk mengejar kesenangan dunia ini, mengejar pangkat dan darjat, sehingga sampai satu tahap, kita merasakan apa yang kita miliki adalah tidak mencukupi. Kita tidak merasa puas!
Tidak salah untuk mengejar apa yang kita impikan di dalam hidup kita. Tidak salah apabila kita mahu kaya raya. Tetapi masalahnya ialah apabila perkara ini telah menjadi paling mustahak dan yang utama di dalam kehidupan kita, jadi sudah pasti ada kekurangan nya. Jadi, apa yang berlaku di dalam dunia kita sekarang adalah hasil daripada kekurangan itu. Kekurangan inilah yang menyebabkan dunia kita sekarang ini menjadi huru-hara. Sebagai contoh, kenapa mesti ada orang yang miskin "tegar" yang masih mengemis diantara masyarakat sekarang ini. Apatah lagi, yang mengemis ini berada ditengah-tengah masyarakat yang sudah bertemadun. Dahulu dunia tidak berhadapan dengan keadaan iklim yang tidak menentu seperti sekarang ini, tetapi apa yang terjadi sekarang? kita mula mengeluh tentang kemarau dan hujan. Ini semua terjadi pada masa sekarang kerana ramai yang hanya melihat dunia ini melalui tingkap yang mementingkan diri itu sahaja.
Cuba kita bayangkan jika kita adalah khemah itu. Khemah yang "sesamamu" maksudkan disini adalah peribadi kita sendiri, terutama orang Kristien. Jika kita adalah khemah bagi;
i. Mereka yang memerlukan kasih sayang itu
ii. Mereka yang memerlukan belas kasihan itu
iii. Mereka yang memerlukan keadilan itu
iv. Mereka yang memerlukan kedamaian dan kesejahteraan itu
Dan banyak lagi tentang mereka. Mari kita sama-sama berdoa supaya kita boleh menjadi khemah itu, dimana kita boleh sama-sama merasakan apa yang mereka lalui di dalam tingkap dunia sebenar ini.
Mazmur 27:5
[5] Sebab Ia melindungi aku dalam pondok-Nya pada waktu bahaya; Ia menyembunyikan aku dalam persembunyian di kemah-Nya, Ia mengangkat aku ke atas gunung batu.
Sanggupkah engkau menjadi pondok itu dan mahukah engkau jadi khemah itu?
No comments:
Post a Comment