"Sesamamu" kali ini terpanggil untuk menulis tentang apa yang berlaku dua minggu yang lepas, di mana kita digemparkan "lagi" dengan kes pembuangan bayi! Dalam bulan ini sahaja, 4 bayi telah ditemui mati terlantar ditempat yang tidak sepatutnya bagi sekujur tubuh yang merah lagi baru merasakan udara luar daripada kandungan ibunya selama sembilan bulan. Apakah salah dan dosa bayi-bayi ini? Janin yang baru dilahirkan dibumi ini dibiarkan mati begitu sahaja di tempat pembuangan sampah bersama gigitan semut merah dan tangisan yang meminta simpati dari ibunya sepanjang malam dan yang lebih menghayat hati lagi, sudah lah dibuang, bayi itu dibakar hidup-hidup. Hello!!! tidak terfikirkah si induk betapa sembilan bulan yang dilaluinya? Kalau mahu ditanya, dimana hati dan perasaan si ibu kepada bayi ini, "sesamamu" rasakan, mereka tidak mempunyai hati dan perasaan itu!!! Tetapi, tidak dapat "sesamamu" bayangkan, bagaimana mereka menyimpan perasaan dan pengelaman setelah melahirkan anak tersebut dan setelah membuang serta membakarnya? Ahhh...lupa....mereka tidak ada perasaan!!!
Bila dilihat apa yang berlaku kepada bayi-bayi yang tidak berdosa itu, teringat "sesamamu" dengan cerita cinta yang selalu diagungkan oleh para pujangga cinta..."Romeo dan Juliet". Cinta dan sayang dilafazkan sehingga setiap kata dan janji diluahkan untuk memenangkan hati pasangan masing-masing. Akhirnya, satu tanda atau bukti akan dilakukan untuk menunjukkan betapa "aku cinta kamu".
Hi generasi muda diluar sana, ketahuilah, kasih dan sayang itu memerlukan satu persiapan yang tinggi bukan sahaja dari segi (i) emosi-iaitu perasaan cinta dan sayang, sahaja tetapi (ii)komitmen ataupun tanggungjawab daripada sang pencinta itu...lelaki mahupun perempuan. Dan perkara yang ketiga yang perlu ada dan yang terpenting ialah,(iii) "Respect"- iaitu perasaan saling menghormati perlu ada pada pasangan tersebut. Dengan hanya memiliki emosi-iaitu perasaan cinta dan sayang itu sahaja, menjadi punca masalah kepada "NAFSU SEKS" yang terus menguasai setiap hubungan. Apabila terlanjur, mulalah menggelabah sehingga membuat keputusan yang diluar tabi manusia iaitu Membunuh! Kalau dari awal lagi tahu tidak akan mempunyai komitmen kepada hubungan itu, serta tidak ada rasa hormat ke atas hubungan itu, perkara yang buruk ini pasti akan berlaku.
"Sesamamu" tidak mahu mengeluarkan pelbagai "Formula" kenapa perkara pembuangan bayi ini berlaku kepada masyarakat kita sekarang, tetapi membawa fokus kita kepada firman Tuhan dari Roma 13:9
[9] Karena firman: jangan berzinah, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan mengingini dan firman lain manapun juga, sudah tersimpul dalam firman ini, yaitu: Kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri!
Dalam Surat Paulus kepada Jemaat di Roma ini, dia mulakan dengan perkataan Jangan Berzinah dan seterusnya, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan mengingini bukan kepunyaan mu...
Jelas sekali Paulus mulakan dengan amaran! Jangan berzinah. Paulus dapat melihat bahwa punca segala masalah itu(dalam Konteks ayat ini) ialah perzinahan, ketidaan penguasaan diri daripada hawa nafsu seks itu. Bermulanya zinah, orang mula membunuh, bermulanya zinah, orang mula mencuri, bermulanya zinah, orang mula menginginkan hak orang lain. Berzinah dalam ertikata lain ialah melakukan hubungan seks dengang pasangan yang tidak sah dari segi agama dan undang-undang. Jadi, awal-awal lagi Paulus mengingatkan kita terlebih ladi orang Kristian yang baca Firman Tuhan ini. Dia baris akhir ayat tersebut, "kasihi sesamamu manusia seperti diri mu sendiri", memadai bagi Paulus menrumuskan kesemua "jangan" yang disebutkan nya diawal ayat itu tadi. Masalah nya, bagaimana mahu mengasihi orang lain kalau diri sendiri tidak mereka sayang!!!! Tetapi, "sesamamu" percaya, semua agama tidak menggalakkan hubungan seks sebelum berkahwin, apatah lagi adat-adat ketimuran yang kita ada ini. Jadi, apa yang berlaku sekarang terjadi kerana "mereka" ini sudah hilang rasa hormat itu. Rasa hormat kepada pasangan nya apatah lagi rasa hormat kepada Tuhannya. Ini kerana, nafsu itu telah menguasainya dan menguasai keseluruhan keputusan yang waras bagi seorang manusia. Wahai sahabat, kenikmatan yang seketika itu hanya sebentar ...sedarlah.
Oleh kerana itulah "sesamamu" tidak mahu membuat sebarang "formula" kenapa perkara ini berlaku dan menyalahkan sesiapa kepada perkara yang sudah terjadi, tetapi sekadar mengingatkan kepada sang pencinta lelaki dan perempuan di luar sana supaya berfikiran lebih matang sebelum "melakukankannya", emosi tidak cukup kalau komitmen dan "respect" itu tidak ada. Mahukah anda dipanggil pembunuh selepas "membuat syok" yang seketika itu sahaja? Dan bagi kaum lelaki diluar sana...wahai kaum Adam, tolonglah hormati kaum hawa ini. Rasa hormat mu kepada mereka akan melahirkan kasih cinta yang sejati dan sebenar kepada mereka. Untuk mu kaum hawa, anggaplah engkau sebagai Tembok yang kukuh dan Pintu yang dipalangi teguh ( Kidung agung 8:9)dan bukan sekadar pintu yang menjadi laluan keluar masuk yang mudah bagi sesiapa sahaja yang mnegetuknya.
"Tetapi tubuh bukanlah untuk percabulan, melainkan untuk Tuhan, dan Tuhan untuk tubuh" (1 Kor 6:13)...
Apabila Tuhan Yesus berkata, "kasihilah sesamamu manusia seperti dirimu sendiri...", "Sesamamu" dapat merasakan bahawa jika kita tidak mengasihi diri kita sendiri, perkara ini lah yang akan berlaku, dimana kita juga tidak mengasihi orang lain, atau tidak mengasihi nyawa seorang bayi yang baru dilahirkan itu.... Kasihi dan sayangilah tubuh mu, diri mu kerana kita semua dicipta oleh-Nya menurut gambaran Nya sendiri. Gambaran sang pencipta kita bermaksud, kita juga memiliki sifat-sifat (Penuh dengan kasih dan kebenaranNya) sang pencipta itu.
Tetapi, bagi yang menghadapi atau sudah ketelanjuran ini, atau kita tahu ada rakan-rakan kita yang sedang mengalami penderitaan emosi ini, tolong (nasihatkan) jangan fikirkan tentang membuang zuriat yang ada itu. Ini bukan pengakhirannya dan dunia mu belum berakhir lagi. Apa yang penting ialah, mengakui di hadapan NYA segala pelanggaran dan kesalahan itu, "Sesamamu" memberi jaminan bahwa DIA mendengar dan dengan penuh belas kasihan sedia mengampuni hati yang datang dengan penuh penyesalan.
Bagi ahli keluarga terutama ibu bapa, jika mendengar berita yang menconteng arang dimuka mu ini, tolong jangan menghukum dan memberi tekanan kepada anak mu itu. Terima lah dia dengan hati yang terbuka, seperti Bapa Mu yang disyurga sedia menerima kamu seadanya. Bukankah lebih berbahagia kita menerima nya dan mengampuninya walaupun betapa hati mu terluka. Ini kerana, kita sebagai orang tua akan menyelamatkan bukan sahaja nyawa bayi itu, tetapi anak kita juga.
Jadi, sebelum segalanya terlambat, sekali lagi "sesamamu" mendorong anak-anak muda sekarang untuk menghormati cinta kasih yang sebenar yang Tuhan Yesus berikan. Rayakan cinta yang sejati itu dengan hormat dan takut akan Tuhan senantiasa. Dekatkan diri mu dengan DIA dan kenali DIA yang mencipta CINTA yang sejati. Ini kerana mereka yang tidak mengenal DIA yang akan BINASA (Hosea 4:6)
P/S Jabatan kebajikan dan wanita negara kita sedia membantu.
Terima kasih kerana anda ambil peduli. Sudah acap kali kita disogokkan dgn berita sedih ini. Bayi dibuang, bayi dibakar, bayi dibunuh...Kenapa sikecil yang tidak berdosa ini harus menanggung derita akibat perbuatan dua manusia berhati binatang??
ReplyDeleteDi kala kesalan tidak terucap tidak guna menyalahkan diri sendiri. Mengapa harus lakukan perkara terkutuk itu sedangkan sudah tahu risiko yang bakal menanti. Nafsu..ahh Tidak aku lakukan kerana CINTA??? Tapi kalau benar CINTA kenapa ada korbannya???
Kawan-kawan tidak perlu ikut trend semasa, kerana risikonya anda kena tanggung sendiri ya sendiri sahaja. Bukan kah mencegah lebih baik dari mengubati.Beringat sebelum terkena.
Marilah kita nyatakan CINTA dalam erti kata sebenarnaya CINTA atas kasih dan bukan NAFSU semata-mata...
tong sampah???tepi jln???bakar???...gugur jak,blm smpi sebulan pun.bkn nya org tauk pun,buang jak la....may b itu yg d fikir oleh manusia yg x ada perasaan ini,manusia b'topengkan binatang,tp seingat dan setahu sy,binatang jg syg kan anaknya,..jd manusia ini seperti apa??lbh teruk dr "tut",.......knp mau lakukan smua ni???knp mok bunuh si kecil ini???si kecil yg terpaksa d korbankan dgn kejam,..bayangkan,...bayi yg d bakar,di kerumuni semut,...oh my god,......sanggupnya seorg ibu biarkan anaknya seperti itu,...mn perginya sifat keibuan????kewanitaan,...????eh eh,...lupa,bak kata "sesamamu" mrk X DA PERASAAN PUn...tp x ada sekelumit pun kah perasaan kesian????smkn hr semakin kejam,smkn x ada perasaan,..
ReplyDeleteknp harus bunuh???takut@malu yg org akan tau...???knp x dr dulu fikir pasal takut,pasal malu??...
tp apa2 pun yg tlh berlaku,..y not,..biarkan bayi itu hdp,...dan mulakan hdp yg baru,jgn ambl mudah yg tlh b'laku,tp mohon pengampunan dr Dia yg maha berkuasa,..Dia x pernah memandang siapa pun kt,BERTAUBAT itu adlh kunci pd suatu pengampunan,..Takutlah akan Tuhan,,..
addition:
ReplyDeletemy kawan now facing dat prob...but dun know hw to help her,...:'(
kalau kawan kamu menghadapi perkara ini, tolong "follow up" dia, ambil berat tentang kehidupannya. kalau dapat bimbing dia supaya tidak melakukan pembuangan itu.
ReplyDeletesaya boleh bantu bawa dia ke Jabatan kebajikan - kalau mahu uruskan hal anak itu.
please, there's still hope in HIM. He is Love...