sesamamu

Monday, March 1, 2010

Khamis yang gelap II...Apa dosa Syafia...

Dalam artikal minggu yang lepas, "sesamamu" berkongsi tentang kisah pembuangan anak yang semakin meruncing di dalam masyarakat kita sekarang, belum pun tanah perkuburan keempat-empat bayi yang malang itu kering, Jumaat yang lepas, seorang lagi bayi ditemui di Tandas awam-Di Johor.

Dan Hari khamis yang lepas, negara kita dikejutkan dengan satu lagi kisah yang menghayat hati apabila si kecil yang berusia 3 tahun ini terbunuh gara-gara didera oleh seorang dewasa yang tidak mempunyai hati dan perasaan. Menambahkan lagi kepedihan ini ialah, Syafia didera oleh "kekasih" ibunya sendiri. Bermakna, si ibu menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. (Dipercayai suami-Bapa kepada Syafia dipenjarakan). Si ibu menjalinkan hubungan dengan kekasihnya ini sepanjang suaminya di penjara. Jadi, apalah dosa yang Syafia lakukan sehingga si kecil ini didera sebegitu rupa?


Kita tinggalkan kisah itu buat seketika. Kali ini "sesamamu" ingin membawa kita melihat dan renungkan apa yang sebenarnya berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini. Dua cerita yang di atas adalah yang didedahkan di dada kahbar tempatan kita tentang keruntuhan moral ataupun betapa manusia telah mulai hilang adab dan kemanusiaannya. Baru-baru ini, setalah masyarakat kita didedahkan dengan cerita pembuangan bayi ini, mula kedengaran suara-suara yang ingin pendidikan seks ditekankan lebih serius lagi kepada remaja-remaja sekolah di negara kita. Yalah, merentung buluh biarlah dari rebungnya. Ada juga yang menyarankan sistem pendidikan kita perlu dikemaskinikan lagi supaya kokurikulumnya lebih menyeluruh. Bermaksud, bukan hanya mementingkan keputusan akademik semata-mata tetapi dari semua aspek emosi, moral dan sebagainya.


Tetapi kali ini, "sesamamu" ingin kita melihat apa yang dikatakan oleh Tuhan kepada Nabi Hosea..."umat Ku binasa kerana mereka tidak mengenal Aku". Aku yang dimaksudkan di sini ialah, Allah, Tuhan kita. (Hosea 4:6). Kalau kita lihat keseluruhan ayat 6 itu, dinyatakan sebab kenapa "umat Ku" binasa. Sebabnya ialah, para imam yang dipertanggung jawabkan untuk menyatakan perbedaan tentang yang kudus dengan tidak kudus dan yang najis dengan yang tahir kepada para umat Nya. (Eze 44:23). Bukan sahaja para imam ini tidak mengajar umatNya tentang perkara yang mereka dipertanggung jawabkan malah mereka juga menolak pengetahuan tentang Allah mereka. Mereka hanya mementingkan diri mereka sendiri sehingga mereka mengaut keuntungan hasil daripada kesalahan orang lain.


Apabila "sesamamu" melihat akan ayat tersebut dan perkataan binasa serta kaitkannya dengan apa yang berlaku kepada masyarakat kita sekarang ini, Kebinasaan, kehancuran moral dan akhlak generasi masa sekarang kian runtuh dan musnah. Itu cerita yang didedahkan oleh media, bagaimana pula yang tidak disiarkan kepada umum? Pasti banyak lagi, sebab kita boleh melihat atau mendengar dengan mata-kepala kita sendiri perkara-perkara yang telah berlaku meruntuhkan moral dan adab kemanusian umatNya. Dan adakah ini terjadi kerana seperti yang Tuhan nyatakan kepada Nabi Hosea? Puncanya ialah kejahilan pkra Imam itu sendiri yang menolak dan tidak mahu menyatakan tentang ajaran-Nya kepada umat manusia? Dalam masa yang sama mereka hanya memikirkan untuk mengaut keuntungan hasil perbuatan mereka yang berdosa itu. Pentingkan diri sendiri kan????


"sesamamu" cuba membawa kita semua untuk merenungkan akibat kelalaian para Imam terhadap tanggung jawab yang diamanahkan kepada mereka. Malachi 2:7
"Sebab bibir seorang imam memelihara pengetahuan dan orang mencari pengajaran dari mulutnya, sebab dialah utusan TUHAN semesta alam" . Imam ini menjadi utusan Tuhan untuk semua manusia. Kalau berlaku sebaliknya, inilah yang kita alami dan tatap setiap masa di halaman akhbar dan kaca TV kita setiap hari.



"Sesamamu" menterjemahkan Imam ini sebagai:
i. Individu/peribadi yang mengenal Tuhan(Orang Kristian)
ii. Gereja-gereja Tuhan
iii. Pemimpin-pemimpin
iv. NGO


Kesemua entiti tersebut dipertanggung jawabkan untuk mengajar membedakan mana yang kudus dan tidak kudus dan yang najis dan yang suci murni dengan lebih mendalam lagi. Katakan "jangan berkrompomi" dengan dosa dengan lebih tegas lagi dan nasihat mana yang patut dengan penuh kasih sayang. Mendorong generasi ini lebih hormat dan takut akan Tuhan yang Dia sembah dalam kehidupan seharian mereka dan hidup sentiasa di bawah kekuasaanNya sepanjang masa. Iaitu dengan menggalakkan mereka membaca dan membuat Firman Tuhan itu hidup di dalam mereka. Barulah generasi ini mengenal akan Tuhan Nya. Ya, balik ke dasarnya iaitu Firman Tuhan. Ajar mereka untuk membaca dan merenungkan Firman Tuhan kerana hanya dengan satu kali di hari ahad untuk  mereka mendengar dan membaca Firman Tuhan, TIDAK MEMADAI. Itu pun, kalau ada "Scripture reading" dibuat di gereja pada hari Ahad.


"Sesamamu" dapat merasakan kalau kita sebagai "imam" ini lebih memahami dan membawa generasi ini lebih dekat kepada Firmannya, mereka boleh mengenal siapa Tuhan itu bagi mereka serta hormat dan takut kepada Nya dan yang terakhir sekali mendapat damai di dalam Dia untuk ganti kehancuran bagi mereka yang tidak mengenal Dia tadi.


Oleh itu, ayo lah para "imam" yang ada sekarang, mari kita pergi dan jangan hanya duduk mendengar. Lakukan sesuatu kerana kasih itu lebih daripada kata-kata.


"Siapa yang akan Aku Utus?, Siapa yang pergi untuk Aku?"

7 comments:

  1. ADUH!! tidak sudah-sudah kita dengar anak kecil diperlakukan sedemikian rupa...mana perginya nilai kemanusiaan mana perginya nilai kasih sayang, salah siapa???
    Maukah kita salahkan orang kerana tidak mengajar atau pada perkiraan saya kasih sayang itu tidak perlu diajar...ianya naluri semulajadi manusia...
    Mungkin kita perlu buka mata pandang sekeliling lihat kepincangan masyarakat kita, ambil peduli...buat pesanan...kadang-kadang bila kita ambil peduli bukan mau jaga tepi kain mungkin dengan cara itu kita bisa menyelamatkan nyawa atau menghidari seseorang dari terus bergelumang dgn dosa...
    ingatlah..setiap tindakan mesti ada tindakbalasnya...mungkin satu tindakan kecil boleh membawa pada satu hasil yang besar...selamatkan nyawa biarlah sebesar manapun saiz..walau hanya satu janin....

    ReplyDelete
  2. apakah!!!!! buat anak je pandai! Ini main buang pulak..cube bagi je dgn jabatan kebajikan..setau aku species reptilia pun ade yg jaga anak lepas dilahirkan.. masyarakat kite ni tuan2 dan puan2..esok luse..kite akan jadi mak bapak juga.. kontrol lah nafsu engkau sebelum nafsu engkau mengontrol engkau.. Maafkan mereka2 yg berkenaan Tuhan..

    ReplyDelete
  3. Memeng susah mahu faham manusia zaman sekarang ini. sudah hilang nilai-nilai kemanusian itu.
    Nak sebut pasal Tuhan...mungkin di hari tertentu bila beribadah kepada Nya. Nak cakap ingat Dia yang maha esa itu setiap saat? Wang...Duit...Kekayaan...Pangkat...kereta baru...rumah baru...artis terkini...lagu sembayang terkini....ITU yang lebih diutamakan.
    mahu ambil peduli tentang orang disekitar...kawan rapat...jauh sekali kot.

    sekarang zaman U-u-I-i...engkau-engkau...aku-aku. nak bukti. Cuba lihat muka depan Akhbar tempatan kita...cerita Politik, MP keluar parti A masuk parti Z dan sebagainya...semua cerita Politik menghiasai muka depan...pasal penderaan, buang anak, dan segala yang berkaitan kemasyarakatan...nasib-nasib adalah...(Cuba check news hari tok, mesti politik ...Abu keluar parti B masuk Parti Z)...

    ReplyDelete
  4. manusia2,seganas2nya harimau,..harimau pun syg anak nya,.....

    **genaplah,apa yg tertulis di dlm bible...makin dekat waktuNya makin byk hal yg terjadi,....

    ReplyDelete
  5. I saw in news paper today..there's this indian kid died because of physical abuse of their neighbor. he died of several broken ribs and smacked liver. I thought we're suppose to love our neighbour.. then yesterday..there's this woman asking for financial aids from her religious organizations but to no avail..then she was crying by the bus stop.. a good samaritan asked what's her problem and after she'd explained it to him. He brought her to his church and a priest handed a cheque to ease her burden to school her daughter.. That's a good Salt.

    ReplyDelete
  6. Baru satu minggu Adik Syafiah meninggalkan kita, kelmarin, seorang lagi kanak-kanak di dera hingga patah tulang rusuknya dan hatinya hancur.
    kenapa manusia begitu rupa kejamnya?

    Thanks Tikai, good comment. but my concern how many people like you read dat part of story in the news paper or how many our young generation reading news paper and keep them update with what is happening around them? so far i'm concern, most of the young generation don't even know about what is happening in our community.

    ya...Good to have someone in church like dat and show his action more than just singing kan?

    pray lah so that , they will be more church and Christian people like you as a good salt or light...for the start...do check your church Buletin? Pray for what or pray for whom?...for church development fund raising right???

    anyway...

    don't think of urself salvation alone..."people need the Love" that you proud and sing aloud in ur church sunday service...

    stop CHILD Abuse!

    ReplyDelete