Sesmamu dikejutkan dengan satu email dari sumber yang boleh dan sangat dipercayai kerana sumber tersebut datang daripada seorang pegawai dari sebuah badan bukan kerajaan - rumah kebajikan penghidap atau pembawa HIV/AIDS.
Sesamamu ingin kongsikan maklumat ini bersama-bersama pembaca blog ini betapa HIV/AIDS ini telah semakin menular di dalam masyarakat kita. Yang lebih memeritkan lagi bahawa, jangkitan HIV/AIDS ini semakin menjadi dikalangan si isteri....bermakna akibat perbuatan si suamilah!
Si suami bawa bala...
Ini mungkin akibat mengunjungi rumah-rumah pekerja seks yang kemungkinan besar yang telah dijangkiti HIV/AIDS ini. Menurut laporan tersebut, jumlah si isteri yang dijangkiti HIV/AIDS adalah jauh lebih besar daripada jumlah pekerja-pekerja seks yang sudah sedia maklum akan status mereka sebagai pembawa HIV/AIDS.
Jadi, si suami yang telah melakukan seks baik sebelum mahu pun sesudah menikah dengan pekerja-pekerja seks yanag telah dijangkiti ini merupakan faktor utama mengapa isteri mereka yang menjadi mangsa jangkitan HIV/AIDS ini.
Ramai anak-anak kehilangan ibu diwaktu muda...
Laporan ini menyatakan, kebanyakan si isteri yang dijangkiti adalah wanita-wanita muda ataupun isteri-isteri muda. Dan kesannya adalah sangat parah apabila, bukan sahaja si isteri yang mengandung itu akan sengsara kehidupannya sekepas ini, tetapi juga kepada anak yang dikandungkan. Pasti, HIV/AIDS ini juga menjangkiti si kecil yang tidak tahu apa-apa ini.
Ada juga anak-anak yang masih muda telah kehilangan ibu mereka yang tersayang setelah HIV/AIDS ini meragut nyawa mereka.
Stigma terhadap HIV/AIDS masih sangat tebal...
Masyarakat di negara kita masih mempunyai STIGMA yang sangat TEBAL terhadap HIV/AIDS. Jadi, kebanyakan si isteri yang dijangkiti HIV/AIDS ini malu ataupun takut untuk melaporkan status mereka. Malah, si suami yang menjadi punca jangkitan ini ingin menjaga status dan martabatnya, mengambil sikap tidak mahu ambil peduli apatah lagi untuk mendapatkan rawatan bagi isterinya. Sedihkan?
Tetapi akhirnya, yang merana ialah si isteri yang tidak bersalah.
Pengetahuan masyarakat umum tentang HIV/AIDS ini sangat cetek. Ini merupakan penyumbang kepada ketebalan STIGMA masyarakat terhadap penyakit ini.
Setiap individu di Malaysia mempunyai peranan kita masing-masing didalam mengatasi stigma ini...
Masih jelas di mata saya setahun yang lalu,raut wajah seorang ibu muda yang dikhabarkan oleh jururawat bahawa hasil ujian darahnya adalah positif HIV/AIDS. Saya sendiri juga berdebar-debar ketika keputusan ujian darah itu dijalani. Saya tahu kejujuran suami tetapi bukankah kita sekarang berdepan dengan pelbagai keadaan, kita dengan mudahnya boleh dijangkiti ketika membuat rawatan facial di salon atau juga di klinik gigi.
ReplyDeleteSaya pernah mendengar kisah seorang isteri meninggal dunia kerana AIDS, tetapi suaminya masih hidup hingga kini kerana dia hanya pembawa. Ceritanya sisuami sering mengunjungi Pelacur Thailand. Wah..dia yang enak-enak...mangsanya adalah isteri yang menyanyanginya. Meniduri wanita yang dijangkiti AIDS dan memnyebarkannya kepada isteri kamu sama seperti memberi dia racun yang membunuhnya pelahan-lahan. Nafsu yang kamu layani itu dengan senyap membunuh isteri dan mungkin juga bayi dalam kandungannya dengan kejam. Tolonglah wahai suami-suami di luar sana. Ingatlah setiap perbuatan kamu akan mendapat balasan yang setimpal. Sayangi dirimu...sayangi keluargamu...
-apple-