Walaupun kedua ibu-bapanya mempunyai Kad Pengenalan-Mykad yang terpangpang kewarganegaraan Malaysia yang sah, tetapi malangnya setelah menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan untuk anak mereka yang berumur 1 tahun ini, kedua ibu-bapa dari suku kaum yang kecil di Sarawak ini terperanjat apabila tercatat status pesakit itu sebagai :Warga Negara asing?
Prejudis kalau kaum minoriti datang berubat…
Sesamamu dapat simpulkan kes ini sebagai satu kes yang pelik tapi benar di sebuah Negara yang merdeka. Apa tidaknya, terang-terang kedua ibu bapa anak yang berumur 1 tahun ini dinyatakan sebagai warga Negara asing, dan lebih memeritkan lagi, kenyataan pegawai perubatan ini yang menyatakan bahawa, “kalau ada suku mana-mana suku kaum yang kencil lagi terpencil ini datang berubat, agak sukar untuk menyatakan status warga Negara mereka yang sebenar, jadi lebih mudah melebalkan mereka –warga Negara asing.”
Ternyata sekali ini adalah sikap prejudis terhadap suku kaum yang kecil dari pendalaman ini.
Jadi anggota RELA bererti “mampu” bayar caj hospital…
Sesamamu pasti, perkara yang sama berlaku kepada sepasang suami isteri dari satu kaum minoriti ini apabila mereka dikenakan caj perubatan RM180.00 sedangkan anak mereka baru meninggal! Bukan sahaja sikap tidak sensitif ini langsung tidak ada pada mana-mana pegawai yang terlibat, tetapi kenyataan pengarah Hospital terbabit yang menyatakan “Oleh kerana dia mengatakan dia anggota RELA, maka salah faham telah berlaku”. Adakah dengan menyertai RELA seseorang itu dari kalangan yang mampu? Kalau begini keadaannya, rata-rata orang-orang yang di hulu sana berstatus baik kerana mereka menyertai RELA?
Bagi sesamamu, ini adalah sikap Prejudis terhadap satu-satu suku kaum minoriti di Sarawak masih menebal dikalangan “mereka” yang langsung tidak sensitif terhadap kemampuan sesuatu kaum ataupun “manusia” amnya. Sungguh menyedihkan!
Demi sebuah bangsa manusia yang tidak membezakan kita sesama manusia, mari kita sama-sama robohkan tembok prejudis antara kita…dan membina sama-sama Jambatan yang menghubungkan segala perbezaan itu.
No comments:
Post a Comment