sesamamu
Sunday, October 2, 2011
HIJAU- Kenapa mesti hijau???
Apabila kita melancarkan kempen HIJAU-Kekalkan alam semulajadi ini serta Berhenti pemotongan Pokok (GREEN-Keep our Nature-Stop chopping the tree), merupakan satu respon kita kepada apa yang berlaku kepada bumi kita sekarang.
Dari penghujung tahun 1990an lagi, kebanyakan pemimpin dunia telah bermesyuarat untuk menangani masalah bumi ini, tetapi sehingga sekarang, masalah ini seakan-akan tiada penghujungnya. Masing-masing kita mengutamakan kepentingan manusia sejagat tetapi, pada dasarnya, kebergantungan manusia sejagat adalah dari hasil bumi ini YANG KIAN PUPUS ITU!!!
Tetapi sekarang seakan-akan telah terbalik. Songsang sama sekali. Bukan bermaksud kita harus mengutamakan kepentingan sumber alam ini terlebih dahulu barulah manusia, tetapi, apa yang sesamamu ingin nyatakan disini ialah, ketaksuban manusia sekarang ini sehingga sanggup mengetepikan kepentingan pemuliharaan alam ini demi kesinambungan kewujudan manusia sejagat! songsang!!
Kenapa mesti HIJAU?
Ada beberapa sebab dan tidak perlu sesmamu huraikan disini. Cukup untuk kita sama-sama renungkan...
1- Manusia semakin Bertambah tapi... sumber bagaimana?
2- Sumber semulajadi semakin berkurangan...padang gurun?
3- Pemanasan Global...paras air semakin meningkat?
4- Terdedah dengan cahaya ultra yang berlebihan...lapisan ozon semakin menipis?
5- Iklim dan keadaan cuaca yang tidak menentu...bumi hilang keseimbangannya?
Ok...cukup setakat ini dahulu...tapi ini adalah sebab TERPENTING kenapa perlu HIJAU!!!
Sama-sama kita renungkan!!!!
HENTIKAN PEMBINAAN EMPANGAN BARAM!!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuhan memberi kita akal fikiran utk menyelesaikan masalh dan memberi kita hak utk menjaga bumi bukan menggunakn akal fikiran utk mengaut keuntungan dan menindas org lain...wang ringgit tiada nilanya banding dgn alam yg sudah tiada sinarnya...bila agaknya semua ini akn berakhir..
ReplyDelete