Ini wang untuk orang susah!
Apalah jika dibandingkan pendapatan mereka yang belum pasti setiap bulan. Denagn hanya berbekalkan kudrat yang ada untuk mengurut selama 1 jam dengan bayaran RM25 sekali urut, bagaimana ini mungkin untuk mereka menyara keluarga mereka. Ya , keluarga mereka kerana ada dari kalangan mereka ini telah berkeluarga serta mempunyai anak.
Jika wang yang sepatutnya diberikan kepada mereka ditahan ataupun ditunda pemberiannya, bukankah ini akan menambahkan beban nafkah harian mereka? Ini wang orang susah! jadi kenapa perlu ditahan? Terlalu banyakkah birokrasi sehingga OKU pun kena melalui peringkat-peringkat birokrasi yang ada?Tidak cukupkah kaki tangan kerajaan didalam kementerian ini sehingga begitu sukar untuk mengurus hanya sebilangan kecil OKU di negara kita ini? Dah lah huha-huha menyatakan yang kaki tangan kerajaan akan menikmati kenaikan gaji sebanyak 40%.
Jadi, mana-mana kementerian yang berkaitan, uruskanlah pemberian wang kebajikan itu dengan kadar yang segera ya....

betul tu.. saya setuju. Mohon kerajaan kini prihatin dengan gologan kecil OKU yg serba kekurangan dlm mencari sesuap nasi..:(
ReplyDelete