sesamamu

Wednesday, March 16, 2011

JERITAN BUMI KU LAGI...

Sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk berkongsi tentang apa yang berlaku sekarang ini setelah satu lagi gempa bumi yang Dahsyat di luar Pantai Negara Jepun selang beberapa minggu sahaja gempa bumi yang melanda Christchurch baru-baru ini.
Gempa bumi yang berskala 8.9 magnitud ini telah menyebabkan satu Tsunami yang setinggi 10 meter di persisiran pantai Jepun. Dilaporkan kematian meningkat sekurang-kurangnya 10,000 orang yang kebanyakannya dipercayai hanyut bersama ombak Tsunami sejauh 6 km dari persisiran pantai pada waktu kejadian itu.
Bukan itu sahaja, gempa bumi ini juga mengakibatkan 2 loji nuclear meletup dan terjejas serta mengundang bahaya kesan radioaktif  kepada penduduk di dalam lingkungan 20 meter daripada kawasan loji tersebut dan keseluruhan persisir  pantai yang berhampiran. Malah dengan kadar tiupan angin yang sederhana ini, bahaya radioaktif ini sudah pasti akan menular keseluruh Negara matahari terbit ini serta Negara-negara yang berdekatan.
Jeritan Bumi…
Apa yang pasti, sekarang ini, di sana sini kedengaran si ibu memanggil anak yang tersayang setelah dihanyutkan oleh tsunami besar ini. Si ayah menyeru nama-nama yang tersayang dengan harapan yang tipis dapat menemui mereka kembali dan tangisan si kecil mencari-cari disebalik timbunan “sampah” yang disebabkan bencana alam yang terbesar dan terburuk setelah perang dunia yang kedua kepada Negara Jepun ini.
Di satu sudut pula, ada kedengaran mereka yang terselamat  tetapi menghadapi trauma yang sangat hebat dalam kehidupan peribadi mereka setelah beberapa jam bencana ini menimpa mereka. Malah, ada yang kebulur kelaparan serta kurangnya bekalan air bersih menambahkan lagi sengsara mereka yang terselamat ini.

Adakah ini kesudahan nya???
Emm, satu persoalan yang pernah murid-murid Tuhan Yesus bertanya kepada Nya secara peribadi semasa mereka berada di bukit Zaiton. Dalam Matius 24:1-14, Tuhan Yesus menjawab mereka dengan beberapa perkara yang harus mereka ketahui sebelum hari “kesudahan itu”. Tetapi tidak dinyatakan bila, Cuma beberapa perkara yang bakal dan harus terjadi sebelum hari tersebut tiba. Malah, Tuhan Yesus memberitahu, “Hanya Bapa di syurga tahu akan hari tersebut- Malaikat Nya pun tidak tahu”.
Tetapi yang pasti – Gempa bumi akan kerap berlaku, peperangan sudah pasti terjadi, manusia kasih manusia sesamanya mulai pudar, dan banyak nabi-nabi palsu akan melakukan mukzijat dalam Nama Nya…semua ini harus berlaku dan pasti akan berlaku sebelum kesudahannya tiba…
Bila lah kesudahannya????
Dalam Matius 24:14 “ apabila berita baik tentang Dia diberitakan keseluruh dunia dan bangsa”.  Baru lah kesudahan itu akan tiba. Jadi, cuba lihat disekeliling mu sekarang, adakah Injil tentang Berita baik itu telah sampai ke seluruh dunia dan bangsa? Atau masih ramai lagi rakan-rakan kita di luar sana masih jauh dari Tuhan atau tidak mengenal akan Dia?  Berakhirkah dunia ini?

Yang penting, apa yang harus kita buat sekarang?
Tidak perlu dihiraukan bila dan saatnya dunia ini berakhir, tetapi yang paling utama ialah, kita mengetahui bahwa semuanya ini harus terjadi. Dan kita dalam masa yang sama berusaha mengkhabarkan berita baik itu kepada banyak jiwa yang di luar jankauan lingkaran “komuniti” kita. “Terang di tempat yang terang dan bukan jadi garam di tengah lautan." 

Lakukan yang termampu untuk menanti “kesudahan” bumi ini dengan;
Apa yang perlu kita lakukan sekarang;

1-      Mengakui akan Kehebatan dan kebesaran TUHAN itu.
-          Apa yang berlaku sekarang adalah satu penyataan “BETAPA KECILNYA KITA “ di hadapan yang maha kuasa ini. Sedarlah manusia, siapalah kita ini jika dibandingkan dengan KUASA sang PENCIPTA itu.
-          WANG ringgit , KEDUDUKAN serta DARJAT kita terlalu kecil di mata DIA.
2-      Meningatkan sesama kita manusia…
-          Ingat akan mereka yang ditimpa malapetaka ini dengan membantu mereka di dalam doa mereka. Tidak  kah kau tahu betapa mereka ini memerlukan sokongan moral untuk mereka menghadapi hari-hari yang begitu suram setelah bencana ini.
-          Menhulurkan sumbangan dari segi kewangan. Berapa sahaja jumlah yang diberi tetapi kalau dengan hati yang ikhlas, sudah pasti dapat meringankan beban mereka yang terjejas ini.
Jangan dihiraukan dan sibuk tentang bilakah "kesudahannya" tetapi terus melakukan tanggung jawab kita sebagai manusia ciptaan NYA. Iaitu melakukan segala perkara untuk memuliakan Nama Nya.

Tetap setia…
Jadi tetaplah setia. Setia akan segala yang dinyatakan di dalam Firmannya iaitu, kasihilah Tuhan dengan segenap hati mu, dengan segenap jiwa mu, dengan segenap akal budi mu dan dengan segenap kekuatan mu serta kasihilah sesamamu manusia seperti kita mengasihi diri kita sendiri. Dengan apa yang berlaku terhadap bumi kita sekarang, rasa-rasanya bumi kita menjerit memberi amaran kepada segenap umat manusia.

Amaran betapa TUHAN itu besar dan berkuasa dan selayaknya kita HORMAT dan TAKUT akan DIA di dalam kehidupan seharian kita.
Amaran, betapa Bumi tidak dapat lagi menahan betapa “rakus”nya manusia memusnahkan alam ini serta isinya. Manusia sudah lupa akan tanggung jawab yang TUHAN berikan iaitu untuk memelihara serta menjaga alam semulajadi serta hidupannya…
Dan yang terakhir, amaran kepada kita yang percaya kepada DIA…Cukup sudah “menjadi terang di tempat yang terang dan menjadi garam di tengah lautan”. Berusaha dengan lebih lagi untuk mengabarkan beritu baik kepada semua bangsa dan dunia ini dan  bukan hanya “syiok sendiri” di dalam lingkaran zon selamat kita sahaja.

No comments:

Post a Comment