sesamamu

Sunday, March 13, 2011

Berikan aku senaskah ALKITAB itu...

"Umat KU binasa kerana mereka tidak mengenal AKU.." (Hosea 4:6)

Setiap hari kita mendengar kerajaan melaungkan "pemuda-pemudi tonggak" negara. Dan dalam masa yang sama, tunggak ini juga yang kebanyakannya memeningkan kepala pemimpin-pemimpin negara kita.
Banyak lah program dilakukan untuk mengatasi gejala-gejala sosial dikalangan remaja ini. Pelbagai pendekatan malah ada yang mempersoalkan sejauh mana keberkesanan peranan didikan agama dalam mencorakkan permasalahan ini. Sesamamu setuju bahawa, didikan agama yang betul dapat menangani masalah sosial yang menular di negara kita. Perlu diingat, generasi sekarang adalah "modal insan" yang negara kita harapkan untuk menjamin kemajuan dan kesejahteraan negara kita. Jadi, rukun negara yang pertama, Kepercayaan kepada Tuhan adalah salah satu penentu kepada sejauh mana "modal insan" yang negara kita harapkan. Semua kepercayaan mengajar kita dan membentuk kita manusia untuk menjadi manusia yang berguna dan berakhlak mulia.

Tetapi, dengan menahan 30,000 naskah Alkitab terjemahan Bahasa Melayu di pelabuhan Kuching dan 5,000 naskah di pelabuhan Klang amatlah tidak masuk akal dalam erti kata - melahirkan modal insan yang berakhlak mulia. Apa yang berlaku disekeliling kita dengan banyak kes-kes pembuangan bayi, seks luar nikah, pengambilan dadah, kegananasan di sana sini dan banyak lagi gejala-gejala sosial yang semakin menjadi-jadi ini sedikit sebanyak berpunca daripada "kurangnya pengetahuan" mereka tentang didikan dan ajaran agama itu.

Dan kenapa mereka kurang akan pengetahuan tentang agama itu, ini kerana bahan rujukan yang sepatutnya memudahkan mereka memahami nya di dalam bahasa kebangsaan itu telah "diharamkan" daripada sampai kepada mereka. Ya,. di sini merujuk kepada penganut-penganut Kristien dari kalangan golongan muda yang menggunakan bahasa Kebangsaan sebagi bahasa pengantaraan di dalam ibadah mereka.

Kalau kita sekat Alkitab ini daripada terus sampai kepada golongan Kristien muda ini, kita seakan-akan membenarkan golongan ini terus tidak mengenal Tuhan nya dan akhirnya BINASA.

Nabi Hosea telah diberitahu oleh Tuhan bahawa, "umat Nya binasa kerana mereka tidak mengenal DIA...". 
Jadi bagaimana golongan Kristien yang muda ini dapat mengenal Dia kalau mereka tidak ada Alkitab tersebut. Dan bagaimana mereka mahu mengenal Dia kalau mereka tidak dapat membaca dan merenungkan Firman Nya jika mereka tidak memiliki senaskahpun pada mereka?

Persoalannya, mahukah kita bertanggung jawab untuk menjawab apabila kita  nerhadapan dengan DIA yang maha agung suatu hari nanti tentang kemusnahan ramai jiwa yang tidak mengenal Dia akibat tindakan Firman itu atau Alkitab itu tidak disampaikan kepada mereka?

Sesamamu terasa terharu apabila berjumpa dengan sekumpulan 50 orang pemuda-pemudi yang menyatakan mereka tidak mempunyai senaskah pun Alkitab. Walaupun mereka boleh mendapatkan Alkitab dalam terjemahan Indonesia tetapi mereka lebih rela untuk memiliki terjamahan Alkitab dalam Bahasa Kebangsaan kita. Bukankah malang bagi negara kita kalau generasi muda Kristien ini yang sepatutnya dapat didikan agama terus daripada Alkitab Bahasa Melayu yang mereka mudah fahami?

Kepada para pemimpin-pemimpin Kristien di luar sana, baik di dalam kerajaan mahupun pemimpin-peminpin gereja setempat, marilah berdiri dan menjadi suara kepada keperluan ini. Kenapa kita harus berdiam diri dan terus mengambil pendekatan berdiam diri demi menjaga "keselesaan" yang kita miliki sekarang? Kalau tidak kamu sebagai pemimpin, siapa lagi penganut Kristien yang biasa dan sebagai rakyat Malaysia yang kerdil ini bergantung harap seperti kami-sesamamu ini bergantung harap.?

Ya...ya....Kita harus berharap kepada Tuhan, dan merendahkan diri untuk berdoa dalam hal ini, tetapi, bukankah Firman Tuhan juga menuntut kita "melakukan"? Apa yang tidak benar dan betul, kita harus berdiri dan bersuara untuk menegakkan "keadilan dan Kebenaran" itu.
Persoalannya, Sampai bila kita terus membisu dan berdoa sahaja lah!( Satu tabiat yang mudah atas alasan merendahkan diri dan berharap kepada Mukjizat)

Mari, sama-sama kita berdiri atas kebenaran Firman Tuhan dan bersatu suara untuk melihat kesemua Alkitab itu dilepaskan dalam masa yang terdekat.

Sesamamu akhiri dengan renungan daripada Doa Tuhan Yesus...

" Bapa kami yang di syurga, dikuduskanlah Nama Mu, Datanglah kerajaan Mu..."

Bagaimana kerajaanNYA akan datang kalau tiada keadilan dan kebenaran? Bagaimana akan ada keadialn dan kebenaran jika kita "MEMBISU" dan "BERPELUK TUBUH"?

Your throne is founded on two strong pillars—righteousness and justice.
Unfailing love and truth walk before you as attendants.(Psalm 89:14)
Lihat, pemazmur tahu, Kerajaan Nya akan datang apabila ada "Kebenaran dan Keadilan" kerana kedua-duanya adalah Tiang atau dasar kepada KERAJAAN nya.

Bahasa jiwa bangsa...

Renung-renungkan...

No comments:

Post a Comment