sesamamu

Wednesday, March 30, 2011

Malah setan-setan pun percaya...

Satu Topik artikel yang menarik yang sesamamu petik daripada Yakobus 2:19...

Namun apa yang sesamamu ingin  ketengahkan sekarang adalah refleksi sesamamu dengan satu acara sedunia yang baru-baru ini kita sama-sama jayakan, iaitu "Earth Hour".
Pada masa itu, sesamamu berada di luar Sarawak iaitu di tengah-tengah Kota Raya Kuala Lumpur. Ya sungguh menakjubkan apabila menara-menara yang tersergam indah tiba-tiba bergelap selama 1 jam. Malah banyak pasaraya-pasaraya cuma memasang lampu keselamatan buat sejam pada ketika itu untuk sama-sama menyumbang kepada acara yang di sambut berjuta-juta penduduk bumi ini. Sungguh mendorong melihat bagaimana warga kota sama-sama menyumbang kepada bumi walaupun barang seketika. Satu sumbangan yang besar maknanya kepada bumi kita ini yang mengalami pemanasan global yang menjadi-jadi.

Bumi ku menjerit lagi...

Belum pun reda kita bersama-sama rakyat Jepun yang dilanda gempa bumi serta Tsunami yang dahysat, negara jiran kita juga dilanda gempa bumi yang berukuran 6.5 magnitud pada 23 Mac yang lalu dan mengorbankan 75 nyawa. Dan tidak lama setelah itu, pada minggu yang sama, sekali lagi negara Jepun mengalami satu lagi gegeran yang berskala 6 magnitud.

Apakah yang ingin dinyatakan oleh bumi ini kepada kita?

Adakah pemanasan global ini menyumbang kepada pergerakan pusat bumi yang tidak stabil?

Adakah lapisan kerak bumi kita mulai mencair kesan pemanasan Global ini serta menyumbang kepada pergerakan yang tidak seimbang dan kerap?

Itu adalah beberapa persoalan yang perlu kajian saintifik daripada mereka yang pakar untuk menjawab, tetapi bagi kita yang kurang kemahirannya di dalam hal ini, apa yang boleh kita lakukan?

Apa yang boleh kita lakukan?

Kita telah di ajar oleh agama kita untuk melakukan yang baik kepada sesama kita manusia malah kepada bumi ini. Kita telah mendengar daripada guru-guru agama kita untuk melakukan semua perkara kepada orang lain kerana kita menerima akan kasih sejati daripada Dia.
Jadi, lakukan lah!!! cukup sudah kita membaca-mendengar sekarang kita harus melakukannya.
Contoh perkara yang paling mudah kita lakukan ialah, bergelap sejam pada "earth hour" hari tu. Tetapi, ada juga mereka yang masih tidak perihatin dan berdegil untuk terlibat sama. Yang mentedihkan, ada diantara mereka adalah kalangan orang yang sudah mendengar tentang hal ini menjaga dan memulihara semua ciptaan Nya itu berdegil tidak mahu terlibat sama.

Kenapa mesti sibuk sangat tentang "keselamatan Peribadi Mu" sahaja atau Kamu sahaja mahu pergi syurga. Patutlah Mahatma Gandhi pernah berkata "Christian monopoly the heaven".!

Setelah kita mendengar seharunya kita melakukannya. Biar "simple" tetapi besar maknanya kepada bumi ini.

Tidak terlambat kah?

Apabila sesamamu melihat bagaimana kita manusia begitu rakus menggunakan sumber bumi yang Tuhan ciptakan dan khas untuk kita gunakan, tetapi kita manusia tidak menjaga malah menguruskan sumber itu dengan baik sehingga akhirnya meninggalkan kesan kepada persekitaran bumi kita pula.
Tetapi, sesamamu rasa tidak terlambat lagi kerana, negara kita Malaysia masih banyak mengekalkan hutan-hutan rimba yang masih "original" lagi. (Hutan Kelapa Sawit  bukan hutan yang "Original"). Jadi, sesamamu menyeru kita untuk sama-sama memelihara dan menjaga apa yang masih kekal wujud di negara kita. Terutama Sarawak. Setahu sesamamu, masih ada 30-40 peratus lagi HUTAN HUJAN TROPIKA  di Sarawak. Oleh yang demikian, sesamamu menyeru semua pemimpin-pemimpin dalam kerajaan sekarang bersatu berusaha membenteras hutan kita daripada terus diterokai dan selalau menggunakan alasan "DEMI DAN ATAS NAMA PEMBANGUNAN".
Sesamamu benar-benar menyeru kepada para pemimpinku yang tersayang di Bumi Kenyalang ini...masih tidak terlambat...

Setan-Setan pun percaya...

Berbalik kepada ayat tersebut, apa yang sesamamu mahu nyatakan di sini ialah, CUKUP SUDAH BERCAKAP TENTANG KEPERCAYAAN KITA KEPADA TUHAN ITU,  kerana setan pun percaya Dia bah! Apa yang penting sekarang ialah, BERTINDAK.! LAKUKAN!









Sebab kita percaya kepada Tuhan tetapi kita MELAKUKAN apa yang terbaik dan yang baik untuk sesamamu...kepada bumi ini. Itu yang membezakan kita dengan setan-setan itu....

jadi, kalau kita percaya sahaja?  ya jawab sendiri...

2 comments:

  1. Pernahkah anda dengar akan pelayanan bernama "A Rocha"? :)

    ReplyDelete
  2. Hi Hedonese.

    A Rocha? tdk pernah. apa pelayanan itu buat?

    ReplyDelete