sesamamu

Monday, March 28, 2011

Katakan tidak kepada sikap "Walkman ear plug mp3"...

Menurut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari di negara kita dan purata 50,000 kes cubaan membunuh diri berlaku setiap tahun.
Statistik di atas merupakan satu jumlah yang meragukan bagi negara membangun seperti Malaysia. Ini kerana, purata tersebut telah mencecah satu angka yang setanding dengan negara maju seperti Korea Selatan dalam kes membunuh diri ini.

Mengejutkan...

Dalam beberapa bulan yang lepas sahaja, kita telah mendengar banyak kes baik cubaan membunuh diri mahupun kes yang menghayat hati bagaimana satu kes membunuh diri berlaku di Miri apabila si ibu dan anak didapati mati di dalam kereta wira mereka. Dan siasatan awal menjangkakan tiada sebarang bukti menunjukkan ia adalah satu kes pembunuhan dan lebih menjurus kepada kes bunuh diri.

Begitu juga apabila seorang pemuda mengongsikan statusnya dilaman web sosial sebelum dia mengambil keputusan untuk terjun daripada bangunan.

Apa punca nya???

Tekanan hidup yang tinggi menjadi punca bagi kebanyakan kes bunuh diri ini. Cuba lari daripada masalah tekanan kerja, tekanan hutang, tekanan keluarga dan banyak lagi tekanan hidup yang mendorong si pelaku untuk mengambil jalan singkat-Bunuh diri!
Tetapi ada juga yang melakukan perbuatan ini kerana masalah yang remeh seperti, dimarahi kekasih malah taksub dengan perasaan cinta pasangan kekasih ini juga menjadi pendorong kepada ramai remaja mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Pergolakan emosi...

Emosi yang tidak stabil ataupun pergolakan emosi yang tidak menentu ini telah mendorong kepada si pelaku sanggup menanamtkan nafas yang diberikan oleh Tuhan kepadanya. Masalah emosi yang tidak stabil ini ada kaitan nya dengan kepercayaan seseorang itu. Dalam erti kata lain, iman percaya kepada Tuhan nya. Ini kerana, emosi yang bergolak ini senang dikuasai oleh suatu kuasa yang negatif yang mendorong si pelaku untuk membuat suatu perkara yang di luar kawalan akal fikiran manusia sendiri.

Katakan tidak kepada  sikap "Sony Walkman ear plug"...

Jadilah pendengar yang baik serta setia. Kadang-kala kita tidak tahu bahawa ada tekanan -tekanan tertentu di dalam jiwa kita. Oleh yang demikian, ada baiknya kita kongsikan dengan orang lain kalau ada apa-apa masalah. Dalam masa yang sama, kita juga boleh menjadi pendengar yang baik serta setia kepada orang yang memerlukan. Beri sedikit masa untuk mendengar dari orang apa yang ada disekeliling kita selagi ada kesempatan itu. Mungkin hari ini dia sedia untuk kongsikan ceritanya tetapi, sikap "Sony Walkman Ear Plug" menyebabkan dia tangguhkan untuk kongsi kepada kita...dan keesokannya apabila kita sudah sedia untuk mendengar, ia nya sudah terlambat....

Ini adalah sikap kita yang tidak mahu ambil peduli ataupun ambil sikap acuh tak acuh dengan perkara remeh temeh ini sehinggakan kita tidak mahu "pinjamkan telinga" kita untuk mendengar cerita orang lain yang di dalam kesusahan serta emosi yang tidak stabil itu.

 Kecil sumbangan kita berikan tetapi besar maknanya kepada kehidupan seseorang itu apabila kita hanya "pinjamkan" barang seketika telinga kita untuk mendengar...mereka mungkin amat tertekan, tiada siapa tempat mengadu ataupun bertanya khabar...


"Siapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!" (Markus 4:9)

No comments:

Post a Comment