" Bumi yang tiada rimba
seumpama hamba,
Pasti suatu hari hilang,
tanpa di sedari..."
Petikan lagu "Hijau" daripada Zainal Abidin telah digubah pada awal tahun 90an. 21 tahun sudah berlalu lagu ini berkemandang apabila adanya kempen "Hijau". Tetapi, malangnya, lagu hanya tinggal lagu. Sebelum lagu ini tercipta, masalah "menggondolkan" hutan kita secara besar-besaran telah bermula.
Dan bayangkan, apa yang berlaku sekarang? Sesamamu setuju kalau lagu ini akan terus didendangkan , tanpa jemu sehingga manusia yang tamak haloba ini akan sedar. (Kalau mahu sedar la)
Sesamamu terpanggil untuk berkongsi cerita "Hujan Hujan Tropika" ini berganti dengan "Hutan Kelapa Sawit teruk gila..." sempena memperingati minggu bumi dan "earth hour" yang akan berlangsung pada 26 Mac ini dari 7.30pm sehingga 8.30pm.
Dari Lawas ke Miri...
Sesamamu melalui penerbangan twin otter selama 45 minit dari Lawas ke Miri tergaman sejenak apabila melihat "Penggondolan Hutan" begitu rancak. Sejauh mata memandang, sejauh itulah sesamamu dapat melihat betapa dahulunyanya adalah Hutan Hujan Tropika yang begitu luas terbentang serta berjutaan tahun wujud kini telah HILANG-LENYAP dan digantikan dengan "HUTAN POKOK KELAPA SAWIT". Mana salah dan silapnya? Kenapa pokok pokok yang jutaan tahun umurnya telah digadai dengan sewenang-wenangnya. Adakah manusia begitu rakus sehinggakan sanggup menggadaikan sesuatu yang bernilai ini demi mengenyangkan perut sendiri?
Sejauh mata memandang...
Kalau dahulunya, pemandangan mata kita begitu tenang dengan melihat semulajadi alam yang hijau itu, tetapi sekarang, kehijauan itu berganti dengan sejenis pokok yang pasti bukan pengganti yang sesuai kepada ekosistem rimba. Manakan mungkin pokok Kelapa Sawit mampu membekalkan keperluan yang seimbang seperti yang diberikan oleh hutan hujan tropika yang sebenar kepada alam flora dan fauna nya? Tidak mungkin!!!
Mana perginya Hutan itu..
Ya, suatu hari nanti manusia akan menyesal kerana seakan-akan sudah terlanjur menderhaka kepada bumi ini dengan menggadaikan sesuatu yang bernilai kepada Bumi-Hijau kita ini. Suatu hari nanti, kesenangan yang kita miliki sekarang akan memakan diri kita sendiri, dan suatu hari nanti bumi akan bersuara dengan lebih nyaring lagi menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap manusia...di Sarawak ini.
Suatu hari nanti, sesamamu ingatkan...apa yang berlaku di negara sekeliling kita akan berlaku kepada kita sendiri di Sarawak kelak...kerana segala sesuatu ada waktunya dan segalanya ada di hujung jari "SANG PENCIPTA" yang maha AGUNG itu...suatu hari kelak....yang pasti...tiada lagi tawa riang kanak-kanak merasakan "keindahan dunia ini", kerana semuanya telah HANCUR musnah pleh "KETAMAKAN " manusia itu sendiri...
"Oh anak-anak , tak leh merasa mandi laut,
bersaing, main ramai-ramai,
ale lok ni tuo umur nya berjuto,
kita usaho, jauh ke dari malapetako...
Ozon, lok kini nipih nak-nak hari,
tak leh tahe oh bisawe, pasal manusia...
semua bendo-bendo di dunia, tak leh tahe, sampai bilo-bilo..." (Hijau-Zainan Abidin)
sama-sama menyokong "Earth Hour" pada 26 Mac,hanya untuk satu jam...
No comments:
Post a Comment