"Satu artikel yang dikongsikan oleh seorang pengikut setia "sesamamu" kita "postkan" kali ini...satu isu yang menarik untuk kita sama-sama renungkan...."
PADA asalnya mereka kita panggil orang gaji, tetapi apabila kita mendengarnya seperti 'kuli' (bahasa tamil yang bermaksud orang upahan untuk kerja-kerja kasar atau sinonim dengan hamba) maka kita telah memaniskan panggilan itu sebagai 'pembantu rumah' dengan beranggapan mereka bukan pekerja yang disuruh-suruh apa saja tetapi membantu segala kerja rumah. Mungkin lebih indah lagi jika mereka dianggap sebahagian daripada keluarga kita.
PADA asalnya mereka kita panggil orang gaji, tetapi apabila kita mendengarnya seperti 'kuli' (bahasa tamil yang bermaksud orang upahan untuk kerja-kerja kasar atau sinonim dengan hamba) maka kita telah memaniskan panggilan itu sebagai 'pembantu rumah' dengan beranggapan mereka bukan pekerja yang disuruh-suruh apa saja tetapi membantu segala kerja rumah. Mungkin lebih indah lagi jika mereka dianggap sebahagian daripada keluarga kita.
Namum ironinya statistik menunjukkan 135 kes penderaan pembantu rumah telah dilaporkan dari tahun 2006 hingga pertengahan 2009, dengan hanya 127 kes dalam siasatan. Ini adalah kes yang telah didokumentasikan, bagaimana pula dengan kes-kes lain yang tidak pernah dilaporkan. Dengan kata lain dibiarkan sepi.
Menurut Laporan Human Rights Watch (HRW) pembantu rumah Indonesia dilayan sebagai MANUSIA KELAS KEDUA. Kebanyakan pembantu rumah dilarang meninggalkan rumah dan jumlah tidak diketahui menghadapi tekanan psikologi, penyiksaan fizikal dan seksual. Kebanyakan majikan akan menyimpan gaji pekerja sehingga tamat tempoh kontrak 2 tahun. Ada juga tidak pernah dibayar gaji sepenuhnya dan tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan keadilan.
Berlegar-legar di minda nama-nama seperti Nirmala Bonat, Siti Hajar, Kartini dan Modesta Rengga Kaka. Terbayang penderitaan dan siksaan yang dilalui oleh mereka. Disiram air panas, dicucuh seterika panas, dipukul dengan tongkat, dihiris telinganya dan diberi makan nasi sehari sekali dan yang terakhirnya ditemui mati dengan 90% lebam. Dan ini cuma sebahagian daripada penderaan hasil kreativiti majikan.
Sekilas imbas mungkin ada yang beranggapan bahawa kes penderaan majikan ke atas pekerja hanyalah satu kejadian jenayah biasa. Ada pula beranggapan ini hanyalah kes terpencil.
Namun pernahkah terfikir di minda kita yang mereka-mereka ini meninggalkan segala-galanya untuk mencari hidup di Malaysia. Tapi apa yang mereka perolehi jauh meleset daripada yang dijangkakan.
Mereka bekerja membersihkan rumah, dapur, mencuci lantai, menyeterika, vakum dan cuci kereta. Bekerja dari seawal 5 pagi hingga lewat malam. Tiada langsung ruang untuk berehat. Kadang-kadang dibiarkan tidur beralaskan tikar di bilik sempit. Malah tidak pernah dibenarkan untuk keluar rumah. Dengan kata lain, mereka diperlaku seperti hamba atau manusia kelas kedua.
Hanya kerana kita membayar 4-7 ribu untuk mendapatkan mereka, layakkah kita memperlakukan mereka sewenang-wenangnya. Betapa kita mudah melepaskan kemarahan kita terhadap seseorang yang kita boleh kuasai, kita hemburkan segala kata nista dan membuat tindakan luar kendali dan meletakkan segala kesalahan secara umum kepadanya. Kita tidak sedar yang kita meletakkan perkara penting dalam hidup kita untuk diurusnya tetapi kita jarang sekali berterima kasih di atas segala perbuatannya. Secara tidak langsung kita cepat terburu nafsu mencari dan meletakkan kesemua kesalahan kepadanya. Kita nafikan hak mereka sebagai insan.
Mungkin benar bukan kita si perlaku pada drama ini, tapi mungkin kita adalah penontonnya. Akankah kita biarkan. Adakah kita ambil penduli? Perlukah kita masuk campur?
Anak-anaku, marilah kita mengasihi bukan dengan perkataan atau dengan lidah, tetapi dengan perbuatan dan dalam kebenaran 1 Yohanes3 18
Kamu tahu,bahwa setiap orang, baik hamba, maupun orang merdeka, kalau ia telah berbuat sesuatu yang baik, ia akan menerima balasannya dari Tuhan. Dan kamu tuan-tuan, perbuatlah demikian juga terhadap mereka dan jauhkanlah ancaman. Ingatlah, bahwa Tuhan mereka dan Tuhan kamu ada di sorga dan ia tidak memandang muka. Efesus 6 8-9
No comments:
Post a Comment