Sabat untuk manusia...
Hari Sabat diadakan bukan sahaja untuk kita sebagai manusia sahaja, tetapi untuk kehidupan yang lain dalam dunia ini untuk terus bekerja keras dan memerah keringatnya sehingga pada satu-satu ketika ianya seakan pudar dan musnah. Bagi kita manusia, Tuhan mengadakan Sabat untuk kita behenti sejenak, memulihkan tenaga kita kembali serta menikmati alam ciptaan Nya dengan penuh beerti dan dengan penuh kesyukuran.
Sabat juga untuk bumi dan segala isinya...
"Enam tahunlah lamanya engkau menabur di tanahmu dan mengumpulkan hasilnya, tetapi pada tahun ketujuh haruslah engkau membiarkannya dan meninggalkannya begitu saja, supaya orang miskin di antara bangsamu dapat makan, dan apa yang ditinggalkan mereka haruslah dibiarkan dimakan binatang hutan. Demikian juga kau lakukan dengan kebun anggurmu dan kebun zaitunmu" (Keluaran 23:10-11)
Bukan hanya manusia memerlukan rehat untuk memulihkan kehidupannya, tanah, binatang serta tumbuh-tumbuhan juga memerlukan Sabat itu. Bererti, kita juga memberi peluang kepada bumi dan segala kehidupan yang lain daripada terus diekploitasi oleh manusia sejagat yang tanpa henti memerah hasil dari bumi ini.
Kerana Sabat memberi peluang kepada bumi dan segala isinya untuk tumbuh dan beranak pinak serta berehat buat seketika untuk memulihkan kembali keadaannya semula. Dengan sabat ini juga, manusia dapat menghargai apa yang Tuhan telah ciptakan serta menghargai kehidupan setiap makhluk termasuk alam semulajadi ciptaan Nya.
Sabat...PAUSE sejenak...
Akhir sekali, apabila Tuhan sediakan hari Sabat, bermakna, ia jadikannya untuk kita sebagai manusia "berhenti" daripada terus mengeksplotasi bumi ini, memberi "rehat" kepada bumi ini supaya ia mendapat "pemulihan" yang diperlukan daripada terus diperah tenaganya sedemikian rupa.
"Lalu kata Yesus kepada mereka: "Hari Sabat diadakan untuk manusia dan bukan manusia untuk hari Sabat,
jadi Anak Manusia adalah juga Tuhan atas hari Sabat."(Markus 2:27-28)
Beberapa contoh "Sabat" untuk membenarkan bumi ini REHAT...
i. Pilih mana-mana hari dalam seminggu, kita berjalan kaki ke pejabat, kelas, ke Gereja, ke kedai dan sebagainya...
ii. Pilih mana-mana hari dalam seminggu untuk "berhenti" daripada menggunakan Bag plastik apabila pergi membeli belah.
iii. Pilih mana-mana hari dalam seminggu, untuk kita tidak menggunakan kertas.
iv. Pilih mana-mana minggu, ibadah di gereja kita diadakan dengan tidak menggunakan banyak elektrik. Cth, sebulan sekali ibadah dilakukan di luar gereja daripada terus kita melepaskan CO2 ke atmospera daripada penggunaan penghawa dingin selama 6 jam satu-satu ibadah.
v. Pilih mana-mana Tahun, selepas bertahun-tahun mencetak buletin gereja kini berhenti mencetaknya dan beralih kepada pengumuman secara lisan. Mengurangkan penggunaan kertas.
Jadi...gunakan "Sabat" yang Tuhan ciptakan itu untuk MEMULIHKAN kehijauan Bumi ini...
Salah satu cara ialah dengan menguatkuasakan undang-undang agar setiap kenderaan yang berhenti di lampu merah memberhentikan enjin kenderaan. Bayangkan jumlah asap yang dapat dikurangkan. Atau kita boleh ikut contoh negara yang memperkasakan undang-undang kitar semula, wajibkan setiap rumah membuang sampah mengikut kategori...bukankah bagus bumi juga dapat berehat dari menerima segala pencemaran itu....
ReplyDelete-angel-