Apa yang menyedihkan tentang komen si pejuang kemerdekaan ini ialah dia mengatakan generasi muda sekarang yang mengibar jalur gemilang dan menyanyikan lagu Negaraku serta Ibu pertiwi ku tidak memahami erti sebenar kemerdekaan ini. Malah dia berkata, kebanyakan generasi muda sekarang mengibarkan bendera jalur gemilang ini hanya suka-suka dan bernyanyi lagu kebangsaan ini sekadar hanya bernyanyi.
Datuk Aba tunjukkan pingat yang Beliau perolehi |
Ya, kamu "Salute" perjuangan Tuan, Kami "Salute" pengorbanan Tuan dan rakan-rakan menggadai akan nyawa demi kemerdekaan negara kita. Kami tidak akan lupa akan pengorbanan Tuan ataupun para wira-wira yang dibawah Tuan suatu ketika dahulu yang telah bersemadi dipusara "WIRA NEGARA".
Tetapi, tolong fahami kami generasi muda sekarang mempunyai cara kami sendiri untuk menyatakan betapa kami CINTA akan negara kami Malaysia.
Kalau kami mahu kibarkan jalur gemilang, kenapa mesti dipersoalkan semangat patriotik kami? Ya, dahulu kalau kita ingin mempertahankan negara kita daripada dicerobohi oleh anasir-anasir komunis, kita harus berjuang sehingga ke titisan dari yang terakhir seperti Tuan dan wira-wira tuan lakukan. Tetapi sekarang, zaman sudah berbeza. Tak akan Tuan mahu kami membawa senjata dan pergi ke medan perang untuk menunjukkan betapa "patriotiknya" kami?
Kami Cinta negara kami...
Ya, kami cinta negara kami dan kami bangga mempunyai wira-wira seperti Tuan yang telah mengorbankan nyawa untuk Negara kita. Tetapi tolong jangan persoalkan apabila kami kibarkan Panji kebanggaan kami iaitu jalur gemilang. Apabila kamu menyanyikan lagu NEGARA KU dan IBU PERTIWI KU... kami mendalami akan ertinya "Tanah Tumpahnya darah ku ini..." dan fahami maksud "Sarawak tanah air ku...".
Jadi ...tolong JANGAN PERSOALKAN SEMANGAT KENEGARAAN GENERASI MUDA SEKARANG...kami ada cara kami untuk mempertahankan Tanah Tumpah Darah kami ini ya Datuk Aba R. Huk!!! Beri kami peluang dan ruang untuk menyatakan dan bukan cemohan dan kritikan yang langsung tidak membina!!!
Apa-apapun...terima kasih atas jasa Tuan...(Saya juga anak bekas PFF@PPH) oleh itu saya faham perjuangan Tuan dan wira-wira dibawah Tuan dahulu...kerana saya tahu bagaimana seorang anak berumur 8 tahun ditinggalkan selama 6 bulan diperbatasan medan perang....
No comments:
Post a Comment