sesamamu

Sunday, August 28, 2011

Berhati-hati di jalan raya...Tapi 48 Tahun Jalan satu lorong jak!!!!

Dalam selang 2 minggu, sesamamu telah memandu selama 12 jam perjalanan dari Kuching ke Mukah. Ini selepas jalan Selangau - Mukah telah siap sepenuhnya diturap. Pernah sekali sesamamu menggunakan bas ke Mukah dari Kuching, dari Jam 10 malam dari Kuching dan sampai keesokan harinya jam 1pm, akibat jalan Selangau-Mukah ketika itu belum lagi diturap sepenuhnya.

Tetapi sesamamu bukan mahu ceritakan perjalanan yang memakan masa sehari suntuk itu tetapi cuma ingin berkongsi pengalaman memandu di jalan UTAMA atau yang dikenali sebagai jalan Pan-Borneo yang menghubungkan Kuching ke Negara Brunei dan seterusnya ke Sabah. Apa yang menyedihkan ialah, apabila sesmamu sendiri telah melalui pengalaman memandu di jalan lebuh raya di Semenanjung Malaysia yang kebanyakan jalan utama adalah 3 lorong dari kedua-dua arah.

Jalan utama tetapi satu lorong...

Jalan utama di Semenanjung Malaysia rata-ratanya adalah 3 lorong dari kedua-dua arah. Memandu dari Johor ke Pulau Pinang tidak sampai pun setengah perjalanan Kuching-Mukah. Ini kerana semua jalan raya di sana adalah 3 lorong ataupun setidak-tidaknya 2 lorong dari kedua-dua arah.

Perjalanan Kuching-Mukah selama 12 jam ini terpaksa sesamamu lalui dengan hanya satu lorong sahaja. Bayangkan, banyak kali sesamamu terpaksa memperlahankan kenderaan akibat kenderaan di hadapan memandu begitu perlahan dan untuk memotong, kita terpaksa memperjudikan nyawa kita apatah lagi  memotong di selekoh-selekoh yang kadang kala kereta dari arah yang bertentangan meluru dengan tiba-tiba. Di malam hari pula, lain cabarannya.

Boleh dikatakan, jalan raya Pan - Borneo ini mengundang malapetaka yang tidak berbau. Seperti pusara yang setia menunggu sesiapa sahaja yang menggunakannya. Kalau kita mengambil pendekatan pemanduan yang 110% berhati-hati, belum tentu pengguna jalan raya yang lain berhati-hati seperti kita?

Satu lorong yang besar berkuasa...

Dalam keadaan jalan raya satu lorong ini, mana-mana kenderaan yang besar seperti Bas, Lori - lori besar dari 8 ke 32 tayar ini menguasai atau raja kepada jalan raya ini. Bayangkan lagi kalau kita hendak memotong lori panjang ini...kalau salah jangkaan ataupun kuasa memecut untuk memotong tidak cukup, sudah pasti kita akan bertembung dengan mana-mana kenderaan besar ini lagi...ayooooo!!!

Dalam tempoh selang 3 hari sahaja, ada 2 kemalangan yang membabitkan 10 kematian disepanjang jalan Sri Aman - Betong ini. Kedua-dua kemalangan berlaku setelah pertembungan kedua-dua kenderaan dari arah yang bertentangan.

Mana janji manis mu???

Sudah 48 tahun penubuhan Malaysia, bermakna  sudah 48 tahun hasil bumi Sarawak telah diagihkan kepada kerajaan pusat yang kelihatan berat sebelah di dalam pembangunan insfrastruktur terutamanya kemudahan jalan raya ini. Di Semenanjung Malaysia, setiap kali memandu di jalan raya di sana baik di jalan persekutuan mahupun negeri, keadaan jalan rayanya begitu baik sekali. Ulang sekali lagi, baik sekali!!! Ini sesamamu akui apabila memandu di jalan raya di dari Kuching - Miri dan terus ke Lawas yang mengambil masa 20 - 26 Jam untuk sampai di Lawas.

Seorang YB dari pihak pembangkang telah menyuarakan pendapatnya mengenai keadaan jalan raya di Sarawak minggu ini dan telah dijawap oleh seorang MP dari pihak kerajaan ...dengan alasan, "Kita sudah meminta setiap budget Rancangan Malaysia untuk dimasukkan menaik taraf jalan raya Pan-Borneo di Sarawak". Tetapi menurut MP ini, "wang tidak cukup" dan dia kata tunggu lagi Rancangan Malaysia yang seterusnya supaya dimasukkan ke dalam budget. Bak kata salah satu skrip wayang gambar arwah P. Ramlee..."Berapa banyak tunggu da...."


Slogan "Berhati-hati dijalan raya" di ubah suai untuk Sarawak...

Untuk pengguna jalan raya di Sarawak, terutama jalan raya UTAM Pan-Borneo highway? Highway?  mimpilah...Pan-Borneo alur lorong jalan maut tidak berbau...slogan ini patut diubah suai kepada "Berhati-hati tujuh lapis berhati-hati apabila dijalan raya di Pan -Borneo jalan raya".

Selamat Beraya di kampung dan bercuti bersama-sama keluarga yang tercinta...

"Berhati-hati tujuh lapis berhati-hati di jalan raya".

Selamat Hari Raya...


1 comment:

  1. sama juga keadaan jalan merentasi pahang ke kelantan.. tidak ada pembaharuan pun oleh kerajaan yg ada.. sedih..

    ReplyDelete