sesamamu

Tuesday, August 23, 2011

Saya dari Sarawak..."Selamat datang ke Malaysia."

Sebenarnya kenyataan ini pernah sesamamu dengar pada tahun lepas apabila bercuti di sebuah negeri di Malaysia. Tetapi sesamamu tidak mahu hebohkan kerana ia sesmamu beranggapan ia hanya pengalaman seorang individu sahaja. Tetapi setelah melihat komen di facebook tentang hal ini, sesamamu ingin mengambil kesempatan untuk kongsikan tentang isu ini.

Ikuti perbualan ini. Perbualan sebenar adalah menggunakan bahasa Inggeris;

Pekerja Hotel: Kamu dari mana?
Sesamamu: Saya dari Sarawak.
Pekerja Hotel: "Selamat datang ke Malaysia."
Sesamamu: ???

Kemungkinan daripada kenyataan tersebut...
1- Pekerja Hotel ini pekerja dari negara luar?
2- Pekerja Hotel ini kurang pengetahuan sejarahnya jika dia seorang Malaysia la?
3- Pekerja Hotel ini saja mahu cuba pengetahuan am?

Tindakan sesamamu sepatutnya...
1- Perbetulkan kenyataan si Pekerja Hotel tersebut.
2- Terus beredar (Itu yang sesamamu lakukan, respon kerana terlampau kecewa...tidak mahu cerita panjanglah tu)

Bukan tujuan seamamu ingin mengungkitkan perkara ini dan menimbulkan rasa tak puas hati antara kita, tetapi perkara sekecil dan penting ini masih berlaku dikalangan kita lebih-lebih lagi ianya banyak berlaku dikalangan anak-anak muda sekarang. Ini sungguh memalukan dan memilukan bagi kita rakyat Malaysia!

Sudah 48 Tahun...

Ya, sudah 48 tahun Sarawak dan Sabah bersama-sama kepulauan Tanah Melayu membentuk gagasan Malaysia. Dan tidak akan masih ramai lagi rakan-rakan kita se- Malaysia di Tanah Seemenanjung masih ingat kami di Sarawak dan Sabah luar daripada Malaysia?  Sesamamu pasti bilangan mereka ini sedikit sahaja, tetapi setelah diamati komen dan pengalaman di laman Facebook baru-baru ini tentang beberapa cerita mereka yang dari Sabah dan Sarawak yang berkerja mahupun belajar di Semenanjung, kebanyakan cerita mereka ini amatlah menyedihkan. Menunjukkan seakan-akan masih ramai lagi rakan senegara kita di Kepulauan Semenanjung di sana masih ingat kita yang dari Sabah dan Sarawak ini bukan sebahagian daripada Malaysia.

Ini berlaku dikalangan generasi-generasi muda Malaysia pada masa sekarang. Kenapa ini harus terjadi? Adakah fakta sejarah di dalam buku teks kita telah menyeleweng jauh. Ataupun, generasi sekarang ini tidak lagi begitu berminat untuk mengetahui fakta sebenar negara kita sekarang akibat terlalu banyak fakta sebenar telah "diselewengkan?"

"Sarawak dan Sabah sama-sama membentuk Malaysia..."

Arwah Datuk James Wong berkali-kali menyatakan bahawa Sarawak dan Sabah bersama-sama dengan kepulaluan Tanah Melayu membentuk Malaysia dan bukannya "MASUK MALAYSIA".  Fakta dan kenyataan ini haruslah kita sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat ingat sampai selama-lamanya. Apabila kita mengatakan "Sarawak dan Sabah MASUK Malaysia", ini akan mengakibatkan pelbagai persepsi yang menjurus kepada kedudukan "Rakyat Sabah dan Sarawak" itu sendiri. Sehingga boleh mengakibatkan "Rakyat Sabah dan Sarawak" seakan hilang hak untuk dipanggil rakyat Malaysia. Itulah sebabnya setiap kali terdengar perkataan, "Saya dari Sabah ataupun Sarawak", jawapannya sudah pasti "Selamat datang ke Malaysia".

Malaysia...Tanah tumpahnya darah ku...

Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri...lebih baik di negara sendiri,  kerana Malaysia adalah tanah tumpahnya darah ku...

Mari kita sama-sama menghayati hari pembentukan Malaysia ini bersama-sama sebagai rakyat Malaysia yang penuh dengan kepelbagaian ini serta hidup saling hormat menghormati. Kerana kepelbagaian inilah kita menjadi kuat dan bersatu.

No comments:

Post a Comment