sesamamu

Monday, August 1, 2011

Tahukah kamu Sarawak, Sabah dan Singapore sama-sama membentuk Malaysia?

Buku yang ditulisnya sendiri
Pada 2 minggu yang Lepas, sesamamu sempat pergi ke upacara pengkebumian seorang tokoh yang bertanggungjawab di dalam pembentukan Malaysia, iaitu Datuk Amar James Wong. Dia merupakan salah seorang perwakilan daripada Sarawak yang berbincang dan membantu bersama-sama di dalam pembentukan gagasan Malaysia bersama Sabah dan Singapura.

Apa yang menjadi dorongan kepada sesamamu ketika berada dihari terakhir memperingati akan mendiang Datuk Amar James Wong ialah apabila seorang daripada anaknya mengulangi apa yang pernah suatu ketika dahulu ayahnya berulang kali mengingatkan kita terutama golongan muda bahawa Sarawak bukan masuk di dalam Malaysia tetapi sarawak bersama Sabah dan Singapura membentuk gagasan Malaysia.

Diulangi untuk kali terakhir??

Delegasi Sarawak-Foto terbitan terdahulu
Apabila salah seorang anaknya membaca surat yang ditujukan khas kepada ayah tercinta itu. Anak kepada mendiang Datuk Amar James Wong ini sekali lagi mengulangi apa yang pernah ayahnya katakan kepada rakyat Sarawak dan Malaysia amnya pada beberapa tahun dahulu apabila beberapa rakyat Sarawak yang memohon akan pengikhtirafan 16 September sebagai hari cuti umum untuk Malaysia. Sehinggalah pada tahun lepas, kerajaan Malaysia buat pertama kalinya mengisytiharkan 16 September sebagai hari cuti umum persekutuan Malaysia.
Anak mendiang mengatakan didalam suratnya yang dia baca pada upacara memperingati mendiang Datuk Amar James Wong pada ketika itu
" Ini adalah satu penyataan Ayah yang pasti semua rakyat Sarawak dan Malaysia khususnya sedia maklum, dan mungkinkah ini kali terakhir kita akan mendengar kenyataan ini. Kenyataan ayah adalah 'Sarawak bukan masuk dalam Malaysia tetapi Sarawak., Sabah dan Singapura bersama-sama membantu didalam pembentukan gagasan Malaysia".

Ketika anak Mendiang membacakan barisan ayat kenyataan ayah tercintanya itu, dewan gereja di mana upacara memperingati mendiang Datuk Amar James Wong dipenuhi dengan sorakan dan tepukan yang gemuruh seakan-akan bagai sesamamu bahawa kenyataan itu bukan kali terakhir kita akan dengar tetapi akan terus bermain dikotak minda setiap rakyat Sarawak dan Malaysia yang mahu tahu asal usul pembentukan gagasan Malaysia yang ada pada ketika ini.

Menyeru...

Delegasi Sarawak-Foto Bernama
Kenyataan dan surat anak mendiang ini seakan-akan menyeru semua rakyat Malaysia dan Sarawak khususnya untuk mengenal sejarah serta menghormatinya demi sebuah negara yang aman makmur dan maju adanya. Oleh yang demikian, sebagai anak jati yang negara ini ingin mengucapkan, jutaan terima kasih kepada mendiang Datuk Amar James Wong ke atas jasa mu. Jasa mu tetap dikenang dan dingati bagi generasi muda untuk selama-lamanya. Kenyataan mu tentang pembentukan gagasan Malaysia akan sentiasa berseru mengingatkan kami sentiasa...

No comments:

Post a Comment