"Saya makan apabila saya rasa lapar", kata-kata yang suatu ketika dahulu pernah dikatakan oleh seorang pejuang kebebesan India yang tersohor, Mahatma Gandhi. Kata-kata ini bermain lagi diminda sesamamu kerana melihat apa yang berlaku di sekeliling kita pada bulan Ramadan dimana bulan yang mulia bagi rakan-rakan kita yang beragama Islam menunaikan ibadah berpuasa mereka.
Apa yang menjadi isu kepada sesamamu kali ini adalah sikap kita manusia yang masih lagi mahu membazir makanan yang kita ada.
Makan-makan jua...
Ya, makan-makan juga. Maklumlah pada bulan Ramadan ini, sana-sini kita dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk , kuih muih dan banyak macam lagi jenis-jenis makanan yang dijual untuk juadah berbuka kepada rakan-rakan Muslim kita. Ini menyebabkan rambang mata apabila melihat pelbagai makanan yang menyelerakan ini dijual di mana-mana bazaar Ramadan.
Tidak kurang juga, bazaar Ramadan ini menarik minat mereka yang bukan muslim untuk mengambil kesempatan untuk bersama-sama rakan-rakan Muslim yang berpuasa membeli juadah yang menyelerakan di bazaar Ramadan yang disediakan.
Tetapi, yang menjadi isu disini ialah, kita membeli ikut suka "mulut" dan dompet. Kalau mulut kata sedap, "ON", beli sahaja asalkan wang cukup untuk membeli sesuatu judah pada hari tersebut. Dan akhirnya, apabila sampai waktu berbuka ataupun untuk makan, bukan semua makanan tersebut habis dimakan, malah selalunya akan adalah sisa makanan tersebut yang seterusnya menjadi penghuni tong sampah kita. Kan membazir namanya tu????
Ingat-Ingatlah mereka yang serba kekurangan...
Sesamamu selalu dengar perkataan ini dari mereka yang "kaya", yang cukup makan hidup dia ataupun yang mampu menyara hidup dia dengan wang ringgit yang ada..."Apa aku kisah, ini duit aku, aku boleh beli makanan yang aku suka...aku yang makan, bukan untuk perut mereka".
Bayangkan, kalau kita berada dinasib mereka yang waktu berbuka tu, belum ada sessuap nasi dinikmati ataupun seteguk air yang diminum, ataupun belum tentu tidur dengan perut yang berisi.
Sesamamu bukan bermaksud, kalau ada lebih makanan tu, cari fakir-fakir miskin ini dan sedekah makanan lebih tu kepada mereka, tetapi, sesamamu mahu kita cuba INGAT bahawa kesederhanaan kita didalam hal makanan ini akan memberi keseimbangan keperluan makanan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, kita dapat menyumbang didalam pengawalan harga makanan yang semakin meningkat ini sehingga membebankan orang yang serba kekurangan ini. Manakan tidak harga makanan semakin meningkat naik, permintaan manusia terhadapnya semakin meningkat, apatah lagi pada musim bulan Ramadan ini, peningkatannya dua kali ganda, akibatnya, penawaran bekalan makanan itu semakin berkurangan, akhirnya menyumbang kepada kenaikan harga makanan.....
Jadi, untuk menyelesaikan isu ini, kita harus hidup sederhana. Ingat juga tentang mereka yang serba kekurangan itu. Sesamamu percaya, semua agama mengajar kita untuk tidak membazir!!!
Mari renungkan video ini sejenak...5 minit sahaja...
Selamat berpuasa bagi rakan-rakan Muslim sekalian...
Sungguh menyedihkan dari info yang saya baca sejumlah 2000tan makanan dibazirkan disatu daerah di dunia ini ketika bulan ramadan, sedangkan kita tahu di satu bahagian lagi di dunia ini ada penduduknya mati kelaparan...
ReplyDeleteBagaimana pula dengan kita di sini...adakah kita juga salah seorang pesalah yang melakukan pembaziran makanan ini.
Makan dan beli apa yang memadai sahaja. Tips nya mudah sahaja jangan membeli makanan ketika anda lapar. Ini dapat mengelak dari terlebih beli.
Emm...kalau rasa ada rezeki yang terlebih tu..pandai-pandailah mendermanya kepada yang perlu, kerana rezeki yang lebih itu datang daripada Tuhan. Anda cuma menjadi orang tengah untuk membahagikannya kepada orang yang memerlukan. Jangan lupa tugas anda itu.
-angel-