sesamamu

Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Raya...Maaf Zahir dan Batin...(BERMAKNA)

Sesamamu ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan Muslim yang meraikannya. Hari dimana rakan-rakan Muslim kita meraikannya dengan penuh makna setelah melalui segala cobaan dan godaan sepanjang sebulan berpuasa, menahan segala keinginan daging ini serta mendekatkan diri mereka kepada Tuhan.

Sesamamu sungguh kagum dengan segala pengorbanan sepanjang Bulan Ramadhan yang lepas bagi rakan-rakan Muslim kita. Dan di hari Raya ini adalah hari dimana mereka meraikannya untuk menyatakan KEMENANGAN terhadap segala cobaan dan dugaan selama sebulan ini. Syabas!!!

Kemaafan dipinta...

Untuk Aidilfitri tahun ini, sesamamu tertarik dengan sebuah iklan yang memberi mesej kepada kita sebagai rakyat Malaysia khususnya untuk memohon maaf keatas kesilapan masa lalu yang pernah kita buat yang menyakiti orang lain baik secara kita sedar mahupun tidak.
Iklan tersebut sungguh menyentuh perasaan sesamamu kerana, perkataan "Minta maaf" ataupun "I'm sorry" kadang-kala sukar untuk kita lafazkan tetapi setelah kita katakannya, ia sebenarnya meninggalkan kesan yang mendalam kepada kedua-dua pihak, baik yang meminta maaf dan yang dimaafkan.

Jadi, dibulan yang mulia ini, sempena kita sama-sama menyambut Aidilfitri, mari kita sama-sama menghulurkan kesepuluh jari, memohon kemaafan daripada orang yang pernah kita lukai mahupun sakiti, baik secara sengaja ataupun tidak sengaja... Ikuti Video ini Ehsan DiGi Dear Malaysians...


 



SELAMAT HARI RAYA...MAAF ZAHIR DAN BATIN 

SEAMAMU MEMOHON MAAF KERANA TIDAK AMBIL KISAH KEATAS MEREKA YANG TERANIAYA DAN TERASING DI LUAR SANA ...

SEAMAMU MEMOHON MAAF KERANA MEMPUNYAI SIKAP PREJUDIS TERHADAP KAMU...

No comments:

Post a Comment