Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan satu pendedahan yang esklusif apabila seorang pemuda/pemudi yang memohon untuk menukar namanya kepada nama perempuan dan telah ditolak oleh hakim makhamah tinggi Kuala Terengganu, Datuk Mohd Yazid Mustaffa pada 17 Julai.
Mohd Ashraf Hafiz, 26 tahun bukan sahaja gagal menukar namanya kepada Alesha Farhana tetapi, arwah telah meninggal dunia dan dipercayai akibat tekanan yang diterimanya.
Kecelaruan jantina
Menurut Presiden Genetik Malaysia merangkap pakar Perunding Klinikal Sitogenetik, Dr Rozina Ariffin berkata, faktor hormon, persekitaran dan psikologi juga menyumbang kearah kecelaruan jantina ini. menurutnya, seseroang manusia boleh ditakrifkan normal dari segi sitogenetik apabila mempunyai set kromosom lengkap iaitu 46 kromosom X dan Y badi lelaki dan 46 kromosom X bagi wanita. (Harian Metro, Kahmis, 4 Ogos 2011,MS H20).
Beliau juga berpendapat bahawa "Ketidaknormalan kromosom boleh berlaku apabila seseorang lelaki yang sepatutnya 46 XY, tetapi disebabkan keselahan dalam pembahagian sel, dia mewarisi kromosom 46 XX.(Harian Metro, Khamis, 4 Ogos 2011, MS H20)
Jadi, persoalannya sekarang ialah, patutkah dia mempunyai naluri seorang perempuan sedangkan tubuhnya adalah seorang lelaki tulen disebabkan ketidaknormalan kromosom ini?
Tukar jantina
Dia didakwa telah menukar jantinanya pada tahun 2009 di Hyatyai, Thailand selepas disahkan layak dari segi psikologi oleh pusat perubatan Pantai, Kuala Lumpur. (Harian Metro, Khamis, 4 Ogos 2011, MS H20).
Tetapi bagi masyarakat kita, tindakan menukarkan jantina ini adalah satu kesongsangan norma hidup apatah lagi dengan masyarakat Malaysia yang penuh dengan adat serta norma hidup yang mengutamakan ajaran agama yang menuntut kita menghargai diri dan segala ciptaan TUHAN ini.
Menurut Pakar, walaupun seseroang itu mengambil keputusan untuk menukar jantinanya, tetapi, ia tidak akan berfungis secara normal.
Sebaliknya kenali-fahami-bimbing mereka...
Walaupun perbuatan segelintir golongan ini sememangnya melanggar norma hidup kita, sebaliknya kita yang normal ini harus cuba kenali mereka dengan lebih dekat lagi dan mendalami atau memahami kenapa mereka mempunyai naluri yang bertentangan dengan naluri asal mereka serta membimbing mereka. Bukan mencaci serta mencemuh mereka, tetapi kita sama-sama membawa mereka kembali ke jalan yang betul.
Yang membezakan kita yang normal ini dengan mereka ialah naluri kewanitan yang ada di dalam tubuh seorang lelaki itu. Teapi mereka berhak hidup dan mendapat sokongan serta dorongan untuk terus hidup seperti orang lain juga.
Temohan, carcian kita tanpa ingin kenali dan fahami "derita" mereka ini akan manambah tekanan kepada golongan ini. Sesamamu pasti, ada ramai golongan ini diluar sana yang mahu ataupun telah menukar jantina mereka dan yang pasti mereka memerlukan bimbingan untuk meneruskan kelangsungan hidup, walaupun belum ada mana-mana program atau model khusus untuk mendidik dan melatih golongan ini.
Tindakan sewajarnya KEMENTERIAN!!!!
Ya, negara kita harus mengambil ikhtibar tentang kejadian ini. Kementerian yang berkenan harus mengambil pendekatan yang lebih proaktif untuk bukan sahaja menangani masalah golongan ini tetapi membimbing golongan ini yang mungkin mengalami "penderitaan" kecelaruan jantina ini.
Mungkin kementerian yang berkenaan wujudkan satu mekanisma yang dapat mendokong kelangsungan hidup bagi golongan yang telah menukar jantina ini. ya...mungkin ada kan????
Bukan bermaksud sesamamu menyokong tindakan golongan ini menukar jantina mereka yang pada awalnya sememangnya telah menyangkal ciptaan TUHAN itu, tetapi, tindakan mereka yang SALAH (BERDOSA) itu harus kita fahami serta mengerti-KENAPA mereka berlaku sedemikian rupa, dan pendidikan serta bimbingan sewajarnya harus kita berikan untuk mereka melangsungkan kehidupan mereka. Ya, setiap manusia ciptaan TUHAN ini ada hak untuk bernafas serta mendapatkan hak mereka dengan saksama. Ya...mereka salah! mereka ingkar TUHAN tetapi, tidak sewajarnya kita sisihkan dari masyarakat?
saya seorang wanita dan saya salah seorg yang mengalami kecelaruan identiti atau dlm medical termnya dysphoria gender..x semua org yg jadi mcm ni semuanya jahat dan tersasar..masih ramai yg masih mampu menahan diri dan masih mampu meneruskan hidup ni walaupun dengan bersembunyi dicelah2 manusia bagi merahsiakan kesongsangan diri..masih ramai yang tidak mengubah apa2 yang telah Allah ciptakan..namun masih gagal mengubah perasaan sejenis ini..hanya Allah yang tahu betapa hebatnya ujian ni..sehingga kadang2 menyebabkn tekanan yg sangat dasyat..saya memahami perasaan beliau namun tidak bersetuju dgn tindakan beliau menukar jantina..semoga Allah merahmati beliau dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman..kepada anda semua yang masih memandang hina gologngan seperti kami..jika tidak mampu bersimpati..cukuplah berhenti menghina dan mencemuh.sokonglah kami..bimbinglah kami agar tidak tersasar.
ReplyDelete