Beberapa minggu yang sudah, di dada-dada akhbar tempatan kita, banyak mendedahkan cerita tentang Kaum Penan yang didalam kelaparan akibat kekurangan sumber makanan yang sepatutnya mereka senang perolehi dari hasil hutan.
banyak keluarga yang terjejas daripada masalah kekurangan makanan ini. Setelah beberapa hari hal ini telah didedahkan kepada kita, banyak bantuan telah dihulurkan, baik badan kerajaan, orang perseorangan mahupun badan bukan kerajaan datang menghulurkan bantuan. Kudos!
Saya melihat cerita ini sebagai satu pengajaran yang baik bagi kita orang yang dipanggil percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Kasihi SESAMAMU MANUSIA...
kenapa mesti perlu didedahkan apa yang berlaku dengan mereka, baru mahu bertindak? setelah cerita mereka ini didedahkan, banyak sumbangan dihulurkan kepada mereka dan saya berharap banyak juga dari gereja-gereja setempat yang disekitar menghulurkan bantuan. Sebab kita tahu ada juga pertubuhan-pertubuhan bukan beragama Kristian yang menyumbang.
kerana mereka juga memerlukan kita yang diberkati oleh Tuhan Yesus Kristus ini...
"Berilah KAMI, makanan KAMI hari ini yang secukupnya..." sungguh indah doa ini kan? perhatikan perkataan KAMI. "Doa Tuhan Yesus" mengajar kita bukan hanya berdoa untuk peribadi kita sahaja, tetapi semua orang di sekeliling kita juga. Dan selalunya Tuhan Yesus memberi contoh yang baik kepada kita, bukan hanya didalam doa sahaja, tetapi didalam perbuatan kita...
KAMI! siapa KAMI ini? hanya untuk orang yang kaya sahaja? orang yang di gereja sahaja? orang Percaya sahaja? orang yang setiap Ahad berkata "God is Good, all the Time - all the time, God is good" di gereja sahaja kah?
jadi...KAMI juga untuk mereka yang kelaparan dari rimba ...