Pemandangan Batu Lawi dari puncak Gunung Murud |
Batu di kebun batu Gunung Murud |
Batu Lawi |
Batu Lawi |
Batu Lawi |
Kebun Batu, Gunung Murud |
Nier amung- amung luk inau' Allah
Kareb ui nier amung gituen merasat,
idi lalud Mu bang amung pudut,
Ui sikel nani bang niat ku
Tuhan Allah, Ryeh tu-tu
Ui sikel nani bang niat ku
Tuhan Allah , Rayeh tu-tu
2. Kareb ui nalan bang pulung ini
idi ninger amung suit nani
kareb ui luun pengkung luk medita'
ninger uni amung bued abpa'
3. idi kereb ui ngerawe Anak Mu
Luk bire Mu ngeceku sala ku
luk mabeh sala' luun kayuh tepalang
idi ngutang dara' luk Meligan
4. Kareb Keristus macing ac muci
sikal nguit demulun Neh muli
ui sikal munel idi sembayang
idi pebala , "Rayeh tu Tuhan."
Dalam bahasa Lun Bawang, sebuah lagu kemenangan iman, kalau di dalam bahasa Inggerisnya, "How Great Thou art".
Apabila saya berada di puncak gunung Murud dan melihat keindahan bumi ciptaan yang empunya bumi ini, saya merasakan lagu tersebut lebih bermakna dinyanyikan dipuncak gunung ini di kawasan yang terbuka berbanding dengan melaungkan nya didalam gedung gereja yang tertutup dan yang kita nampak hanya skrin besar pojek kan lirik lagu, para pemuzik, jemaat gereja yang lain dan kedinginan penghawa dingin.
Apabila terkenangkan situasi sedemikian, barulah saya sedar bahawa "Laungan How Great Thou art" itu hanya sekadar laungan tanpa pengalaman sebenar melihat, merasakan dan meresponi secara spontan, "How Great thou art"!.
Berdirinya saya di puncak gunung Murud ini, dengan kehijauan pepohonan, biru lautan awan dan teguhnya batuan, saya diingatkan betapa kecilnya saya, manusia yang Tuhan ciptakan khusus menurut gambaranNya dengan harapan pada awalnya untuk menjaga dan memelihara (Kejadian 2:15) ciptaan si empunya bumi ini.
Setelah melaungkan "How great Thou art", saya meresponi dengan hati yang penuh dengan ucapan syukur kerana kebesaran, keperkasaan, kekuasaan Nya dapat saya rasakan dengan melihat ciptaan Tangan Nya disekeliling saya ketika itu.Tiada yang dapat mengatasai kehebatan kejadian ini. Hanya berfirmanlah DIA, segala sesuatu di bumi ini telah dijadikan Nya.
Sebagai gantinya akan keajaiban ciptaan Tangan Nya, selayaknya lah hidup ini memuliakan Nya dengan memelihara apa yang telah Dia jadikan kepada kita. Hutan, Batuan, gunung-gunung dan lembah, serta semua yang hidup, selayaknya menerima pelayanan daripada kita supaya ia akan terus kekal ada untuk menyatakan KEMULIAAN NYA kepada kita manusia ini.
Kerana semua yang telah diciptakan dan bernafas memuliakan Tuhan yang memberi kehidupan ini.
Mari kita amalkan gaya hidup Hijau, iaitu hidup dengan penuh kesederhanaan. (Keep Green Lifestyle)
No comments:
Post a Comment