sesamamu

Wednesday, April 13, 2011

Cerita sebatang pokok...

Mulai hari ini, setiap hari rabu, sempena mengingati hari rabu khas untuk - GREEN Campaign, sesamamu akan mengeluarkan cerita tentang "POKOK".
ya, cerita sebatang pokok yang banyak pengorbanannya kepada kita manusia dengan tanpa kita sedari. Sungguh mneyedihkan apabila mendengar dari sumber yang terdekat dan boleh dipercayai, pokok-pokok di Sarawak telah habis ditebang dan hanya dianggarkan tinggal sebanyak 10% sahaja. Apa yang sesamamu maksudkan disini ialah, pokok-pokok yang di hutan belantara dan bukannya pokok-pokok komersial seperti pokok kelapa sawit, pokok kelapa dan pokok-pokok bunga.

Manusia sudah seperti lupa daratan sehingga begitu rakus tebang pokok-pokok ini demi memuaskan "perut" mereka yang tidak tahu bila akan PUAS!!!

Sehinggakan di sana sini kita boleh lihat dari udara, hutan dara di Sarawak gondol-botak!

Sesamamu khuatir, suatu hari nanti kita akan terus merana kerana kehilangan khazanah hutan yang begitu banyak menyumbang kepada kehidupan di muka bumi ini sekian lama. Jadi, kita manusia yang Tuhan ciptakan untuk memelihara walau sebatang pokok pun telah berpaling daripada tanggung jawab itu...




Jadi, ikutilah kisah sebatang pokok ini yang sesamamu akan cuba bawa dari perspektif  erti menjadi sebatang pokok dan sedikit khaitannya secara saintifik pada keluaran-keluaran artikel "Cerita sebatang pokok" setiap hari rabu.

GREEN- Save our nature...

No comments:

Post a Comment