sesamamu

Wednesday, March 21, 2012

10 kes baru setiap hari HIV/AIDS di negara kita

Sebanyak 87,710 Kes HIV/AIDS di Malaysia,  dilaporkan semenjak oleh Kementerian Kesihatan sejak tahun 1986, dan sehingga tahun 2010, dilaporkan 11,384 telah mati akibat HIV/AIDS ini.

Statistik menunjukkan 10 kes dilaporkan berlaku setiap hari. Dan ini membimbangkan kita kerana kee HIV/AIDS ini semakin meningkat setiap tahun. Kumpulan umur yang menyumbang kepada peningkatan kes ini adalah dari golongan berumur 20 hingga 39 tahun.

Jadi...Apa respon kita???

Apakah yang harus kita lakukan untuk apedemik HIV ini yang semakin menyular di negara kita sekarang? Dan lebih-lebih lagi, penyumbang yang terbesar ialah aktiviti seks bebas yang semakin berleluasa dikalangan anak-anak muda sekarang.

Mungkin, apa yang harus kita lakukan sebagai rakyat Malaysia yang perihatin ialah;

1 - Kongsikan maklumat sebab penyebab berlakunya HIV/AIDS ini.
2 - Meningkatkan kesedaran dikalangan kita tentang bahaya HIV/AIDS ini.
3 - Menjauhi daripada hubungan seks rambang dan yang tidak sihat ini. (Kahwin dulu dengan sah!!!!)
4 - Tingkatkan pengetahuan kita tentang HIV/AIDS ini supaya kita dapat membantu mereka yang telah "kena" HIV/AIDS ini.
5 - Dekatkan diri dengan Tuhan...

Kita peduli...

Sesamamu kongsikan maklumat ini kerana, kita peduli dengan apa yang berlaku ini. Ia semakin menjadi-jadi dan seakan-akan menunjukkan kejatuhan moral yang melampau terhadap generasi kita sekarang.

Mari kita sama-sama mendoakan hal ini ya...ini juga salah satu perkara yang boleh kita respon ataupun lakukan.

No comments:

Post a Comment