sesamamu

Sunday, September 26, 2010

Rukun negara yang pertama...KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

Setelah peristiwa tragedi 13 Mei 1969, MAGERAN ataupun Majlis Gerakan Rakyat telah duduk berbincang dan sepakat membentuk Rukun Negara Malaysia yang menjadi asas tonggak ideologi negara kita. Ia nya telah di bentuk hampir setahun selepas tragedi 13 Mei itu, iaitu 31 Ogos 1970.

Intipati Rukun Negara

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang pertama?

Ya, menjadi tanda tanya pula, kenapa KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN diletakkan di tempat yang pertama didalam susunan Rukun Negara kita?
Para ahli MAGERAN telah mengkaji dengan teliti betapa rakyat di Negara kita ini terdiri daripada pelbagai kaum mahupun anutan agama yang berbeza. Mereka sedar akan kepelbagaian ini dan itu mungkin telah mendorong mereka untuk meletakkan kepercayaan kepada Tuhan menjadi asas kepada keharmonian rakyat di negara kita ini.
Kita sedia maklum bahwa perlembagaan persekutuan telah memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita, tetapi dalam masa yang sama agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram.

Kenapa Percaya kepada Tuhan?

Ahli-ahli MAGERAN menyedari betapa pentingnya prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini. Ini telah mendorong mereka meletakkannya sebagai prinsip yang pertama yang harus ada pada mana-mana rakyat Malaysia.
Setiap agama mahupun kepercayaan-kepercayaan yang ada di negara kita boleh mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang itu. Ketiadaan pegangan agama yang kuat boleh meruntuhkan keperibadian seseorang itu dan secara langsung boleh menggugat bangsa dan mahupun negara. Setiap agama yang diamalkan di negara kita ini mengajar penganutnya memberi sepenuh kepercayaan kepada Tuhan yang mereka sembah itu. Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak berbelah bahagi itu akan menjadikan sesorang itu mempunyai rasa Hormat baik kepada orang lain mahupun dirinya sendiri. Ini menjadikan masyarakat kita hidup di dalam aman dan damai. Sebagai bukti, sehingga sekarang kita hidup dengan aman dan saling menghormat-hormati terhadap satu sama lain walaupun dengan perbezaan yang ada.

Letakkan Tuhan ditempat yang pertama...

Dalam hidup seharian kita juga, seharusnya kepercayaan kepada Tuhan diletakkan di tempat yang pertama. Kerana terbukti, apabila negara kita meletakkan prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam rukun Negara kita, rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di mana rakyat di negara kita "diberkati" dengan hidup yang aman dan damai.
Apatah lagi kalau masing-masing peribadi kita percaya kepada Tuhan yang kita sembah dengan segenap hati, sudah pasti hidup kita sendiri dan orang lain yang ada disekitar kita akan hidup dalam harmoni.

Apa akan berlaku kalau Tidak percaya kepada Tuhan?

Persoalan ini "sesamamu" tinggalkan kepada kita untuk kita sama-sama renungkan. Apa yang bakal berlaku kepada peribadi mahupun negara kita kalau "kepercayaan kepada Tuhan" tidak diletakkan di tempat yang pertama di dalam hidup seseorang itu?
Sebagai contoh...Isu pembuangan bayi, Pembunuhan kejam, Penderaan kanak-kanak, Penderaan amah, Ragut, Rasuah, penindasan yang lemah, pemandu yang cuai di jalan raya, dan banyak lagi. Ini adalah sebilangan kecil perkara yang berlaku di negara kita oleh mereka yang MUNGKIN meletakkan kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang salah dalam hidup mereka...

Percayalah kepada TUHAN, dengan segenap hati mu, dan janganlah bersandar kepada pengertian mu sendiri...proverb 3:5

Selamat hari Malaysia yang ke 47 tahun...

2 comments:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan. Itulah prinsip rukun negara yang diajar kepada kita semuda usia 4 ke 5 tahun. Mungkin pada waktu itu ada kanak-kanak yang masih belum mengerti siapakah Tuhan yang dimaksudkan itu. Saban hari di waktu sekolah kita dikehendaki menghafal dan mengetahui rukun negara yang lima itu. Dan pada setiap tika dan saat itu kita akan menyebut Kepercayaan kepada Tuhan. Ironinya pernahkah kita diajar tentang maksud yang tersirat pada rukun yang pertama itu. Seingat saya kita cuma perlu menghafal tanpa diberi kefahaman yang mendalam. Sekiranya hafalan itu diadunkan sebati dengan maksud dan pengertian yang lebih mendalam rasanya banyak perkara yang kejam dan jahat telah dapat dihindari atau mungkin terhapus. Mungkin mulai sekarang kita sudah boleh mula mendidik anak kecil kita tentang maksud Kepercayaan pada Tuhan ini. Tanam dan semai benih cintakan dan percaya pada Tuhan ini. Rasanya nanti kita kan memperolehi satu Generasi Malaysia yang lebih utuh dan murni.

    ReplyDelete
  2. Pada zaman sekarang, terdapat juga golongan athies iaitu golongan yang tidak mempercayai tuhan,, Apakah pendapat penulis, adakah mereka digelar bukan warganegara kerana tidak mematuhi rukun negara Malaysia?

    ReplyDelete