Kepada mereka yang takut kepada-Mu telah Kauberikan panji-panji, tanda untuk berlindung terhadap panah.(Mazmur 60:4)
Petikan daripada kitab Mazmur 60:4 menyatakan bagaimana panji-panji atau Bendera itu menjadi "pelindung" kepada mereka yang bernaung di bawah panji-panji itu daripada panah pihak musuh. Dalam erti kata lain, kita melihat betapa Bendera sebagai lambang kerajaan yang berdaulat dan kuasa pemerintah tersebut yang dinyatakan kedaulatannya pada bendera tersebut. Dalam konteks ayat ini, TUHAN yang Raja Daud sembah dan yang dia percaya menjadi lambang Kekuatannya untuk terus memerintah. Sehingga dalam petikan ayat ini, dia mengatakan betapa mereka yang bernaung di bawah bendera ini akan terus dilindungi. Bermaksud, dengan terus mengangkat dan mengibar bendera tersebut, mereka akan terus memiliki perlindungan daripada serangan pihak musuh...
Minggu yang lepas, berapa ramaikah daripada kita di Malaysia ini mempunyai perasaan Marah-Geram-dan Terhina apabila bendera Jalur Gemilang kita di bakar serta disimbah najis manusia di sebuah negara jiran kita baru-baru ini. Ataupun kita langsung tidak mempunyai perasaan langsung apabila orang membuat sesuatu yang melampau kepada Jalur Gemilang kita? Bukan maksud sesamamu mengapi-apikan kita untuk melakukan sesuatu yang tidak rasional membalas balik perbuatan mereka, tetapi ingin mengetahui sejauh mana kita ada "perasaan" mempertahankan kedaulatan negara kita-Malaysia tercinta ini. Senang atau gembira kah kamu apabila melihat jalur gemilang diperlakukan sedemikian rupa?
Simbol Kemegahan Negara Ku
Berapa ramaikah dikalangan kita tahu akan beberapa simbol kemegahan negara kita yang harus kita pertahankan. Selain jalur gemilang, Lagu Negaraku-Bunga Raya-Harimau-Tugu kebangsaan-Bahasa Kebangsaan-Bahasa Melayu adalah antara simbol-simbol negara kita yang harus kita pertahankan daripada "dianiaya". Apa akan kita lakukan jika ada orang lain cuba memperbodohkan simbol-simbol ini? Adakah anda mengambil langkah "defensive" ataupun "ada ku kesah?"?
Mengapa Mesti Bendera?
Bendera melambangkan kedaulatan sesebuah kerajaan ataupun negara. Kalau kita imbas kembali 53 tahun yang lepas - 31 Ogos 1957 lalu, apabila bendera Union Jack diturunkan dan digantikan dengan bendera Malaysia-Melaya pada masa itu. Sesamamu dapat bayangkan betapa "megah"nya mereka melihat Bendera Malaysia berkibar dengan Bangganya ketika itu. Perasaan KEBEBASAN-MARUAH BANGSA dan NEGARA begitu bernilai pada masa itu, dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di Stadium Merdeka pada ketika itu diselubungi satu perasaan yang sangat teruja kerana melihat bendera Jalur Gemilang itu berkibar megah di angkasa. Satu lambang kedaulatan, kebebesan dan keselamatan di bawah naungan panji negara itu.
Tetapi, sejauh manakah generasi pada masa ini menilai erti sebuah Bendera yang menjadi tanda atau simbol KEBEBASAN serta KESELAMATAN dan PERLINDUNGAN sebuah negara?
Jalur gemilang Simbol PERLINDUNGAN negara untuk aku...
Malam tadi, sesamamu berkesempatan melihat suasana petang sekitar Kuching. Melihat beberapa premis kedai mahupun bangunan pejabat yang mengibarkan jalur gemilang amat terharu betapa rakyat di negara ini masih bangga dengan jalur gemilang mereka tetapi ada juga yang langsung tidak ambil kisah untuk mengibarkan jalur gemilang dipremis mereka masing-masing. Dan ada satu-satu kawasan itu, terlalu ketara dan mungkin boleh diagak siapa yang mahu atau pun tidak mengibarkan jalur gemilang itu. (Sesamamu harap ianya prejudis semata-mata). Sesamamu membuat kesimpulan bahwa mereka yang tidak mahu mengibarkan Jalur gemilang di premis-premis mereka mungkin tidak mahu menunjuk-nunjuk semangat patriotik mereka. Biar dalam hati sahaja kibarkan bendera.
Tetapi bendera bukannya untuk dikibarkan dalam hati bukan? apa gunanya bendera? Sudah semestinya untuk ditunjukkan dan dikibarkan dengan penuh rasa bangga!!!
Kerana ia melambangkan PERLINDUNGAN di bawah satu panji kedaulatan Raja dan Negara yang MERDEKA.
Selamat menyambut hari kemerdekaan Negara kita yang ke 53 tahun. MERDEKA-MERDEKA-MERDEKA...
terima kasih atas penulisan ini.Sebagai seorang rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dan bangsa kita.
ReplyDeleteapabila saya keluar malam tadi 31 ogos di sekitar bandayara Kuching. Kuching seakan-akan lengang dan tiada tanda-tanda adanya "party" memperingati hari kemerdekaan. sepanjang deretan bangunan di tebingan kuching, hanya tdk begitu ketara adanya bendera jaur gemilang mahupun sarawak dikibarkan. Dan sebelum itu, dalam perjalanan ke tebingan kuching, bangunan sultan iskandar tidak nampak langsung pun bendera? mungkin saya terlepas pandang kerana malam kot? tapi, hairan lah, itu bangunan kerajaan dan tak patut bendera tidak menutupi bangunan tersebut ataupun separuh sahaja?
ReplyDeletedan dalam satu Blog tempatan, seorang penulis meluahkan betapa dia tertipu selama ini menginatkan 31 ogos sebagai hari kemerdekaan malaysia rupanya 16 september sepatutnya sarawak merayakannya. sehingga dia tahun ini tdk mahu kibarkan bendera Malaysia di rumahnya tahun ini dan tdk beli bendera kecil untuk lekat di keretanya.
Apakah ini tanda protes rakyat sarawak yang menantikan 16 september buat pertama kalinya diumumkan cuti umum seluruh malaysia untuk "stock" merayakannya pada hari tersebut?
Kalau betul rakyat sarawak dingin shaja pada 31 ogos ini dan "stock" utk merayakannya pada 16 september nanti.
Saya mahu tunggu dan lihat
Merdeka...
anak jati sarawak dan keturunan anak bukit
kalau say akata 16 September bermula penjajahan?
ReplyDeleteBay, boleh juga kan?
ReplyDeletetapi kelemahan pemimpin dan rakyat yang tidak bersatu membuat kita "dijajah".
16 sept tahun ini menjadi titik permulaan kita merayakan setelah sekian lama 46 tahun tidak begitu di peduli akan sejarah pembentukan Malaysia itu.
anak jati sarawak dan keturunan anak bukit