Belum pun reda kes pembuagan bayi, ada lagi satu istilah pembuangan orang di Malaysia..."Nanny Dumping", atau "pembuagan nenek".
Pelik tetapi benar. Sabtu-19 Februari, sebuah akhbar tempatan mendedahkan beberapa kes yang ada orang tua yang ditinggalkan begitu sahaja di rumah kebajikan orang tua di batu 12, Jalan Kuching-Serian baru-baru ini. Seorang nenek yang ditinggalkan begitu sahaja di rumah orang tua ini dalam keadaan yang kurang sihat. Dia baru sahaja dikeluarkan dari Hospital setelah beberapa hari tidak dituntut mana-mana keluarga yang terdekat. Mustahil, si nenek ini tidak mempunyai keluarga yang terdekat kepadanya.
Menurut pengasuh rumah kebajikan orang tua ini, semakin ramai orang tua telah dihantar ke rumah kebajikan ini. Ada diantara mereka dihantar dengan sukarela oleh keluarga mereka, terutama anak-anak mereka dan ada yang dihantar secara terpaksa. Tetapi yang merunsingkan rumah para pekerja di rumah kebajikan ini ialah, ada mereka yang tidak bertanggung jawab langsung kepada orang tua mereka yang sakit. Mereka sanggup menghantar ibu ataupun bapa mereka yang sakit tenat ke rumah kebajikan ini dengan harapan pekerja-pekerja di rumah orang tua ini akan menjaga mereka. Adakah patut???
Kerana Komitmen
Kebanyakan orang tua yang dihantar ke rumah kebajikan ini dikatakan dihantar oleh anak-anak mereka kerana komitmen kerja. Memang terpaksa kerana, bagaimana anak-anak mereka dapat menjaga orang tua mereka yang perlu perhatian yang khusus kalau mereka bekerja. Apa akan terjadi, kalau orang tua mereka keseorangan di rumah semasa anak mereka keluar bekerja? Adalah satu langkah yang baik kerana yang diambil oleh si anak untuk menghantar orang tuanya ke rumah kebajikan orang tua supaya kehidupan harian si orang tua terjaga dan terurus.
Kerana sakit???
Tetapi, ada pula yang dihantar kerana kesihatan mereka yang tidak baik. Ya, mereka sudah tua, tetapi menghantar orang tua yang sakit ke rumah kebajikan ini sangatlah tidak masuk akal. Kalau mereka sakit, tidak menjadi masalah untuk menjaga mereka sehingga mereka sembuh kan? Tetapi dengan menghantar kedua orang tua yang sakit ke rumah kebajikan orang tua adalah sangat tidak munasabah.
Tidak menjenguk langsung...
Ada yang menghantar orang tua mereka dan langung tidak menjenguk mereka kembali. Adakah patut, sampai begitu? Kalau sesibuk sangat dengan komitmen kerja tu, datang-datang lah menjenguk merekakan? Orang tua ini pun bukan orang lain, Ibu dan Bapa mereka sendiri.
Perasaan mereka bagaimana?
Ya, apa perasaan kamu suatu hari nanti, anak-anak kita membuat perkara yang serupa dengan apa yang kita buat sekarang? Tidak ada perasaan terhutang budi langsung kah manusia sekarang kepada orang tua yang menjaga kita dari kandungan lagi sehingga kita besar dan berjaya dalam hidup kita? Fikir-fikirkan lah, setua mana pun orang tua kita, merekalah yang menjaga-membesarkan kita dengan penuh tanggung jawab dan kasih sayang. Jadi tidak ada ruang langsungkah di hati kita untuk menjaga mereka pada sisa-sisa hidup mereka di dunia ini?
sesamamu menyeru kepada sesama insani, perhatikan lah ibu bapa mu yang masih ada selagi berkesempatan. Kelak kita tidak tahu apa yang akan kita hadapi setelah mereka tiada.
Renungan bersama (Terjemahan New Living Translation)
1 Tim 5:4
[4] But if she has children or grandchildren, their first responsibility is to show godliness at home and repay their parents by taking care of them. This is something that pleases God very much.
Thank you for this post. It remind me of my parent at home. This very silent note is to call those who forget that; there's a silent voice need our attention. We look backward saying 'how can they do this!', right-side, 'what kind of human are them?'left-side, 'Don't you care???' and upward 'God, how can this happen?' But we forget to look in front -A living breathing parent and old folks eager for our love and attention. LOOK IN FRONT.
ReplyDeleteRichard Angelus: mun berjauhan, sms, call, skype with ur parents living something wonderful in their life today. I mean, today-Now!!!
ReplyDeletesaudara pengarang,
ReplyDeletesaya tinggal di kawasan perumahan berdekatan dengan rumah orang tua ini sudah lebih 28 tahun dan kebetulan pula gereja kami terletak di dalamnya, saya telah berada di sana memerhati dan mendengar pelbagai kisah sedih dan pilu penghuni rumah orang tua ini.
Kekadang saya terfikir adakah nanti bila kita sudah tua kita akan menerima nasib yang sama. Adakah rasa kesunyian yang kita alami ini nanti adalah balasan dari perbuatan kita yang mengabaikan anak-anak kita atau masyarakat sekeliling ketika kita masih muda dan berupaya dan kita harus terima nasib setimpal kerana perbuatan kita itu.
Rasanya sekiranya kita memberi contoh yang baik dan kasih sayang yang sempurna pada anak-anak dan ibubapa kita pasti anak-anak kita nanti akan belajar nilai murni ini. Mereka akan tahu menilai dan menyanyangi kita. Tidaklah nanti usia tua kita dihabiskan di dalam rumah orang tua ini.
Tapi terdapat juga orang-orang tua disini hidup gelandangan kerana tiada saudara mara yang ada untuk menjaga mereka. Mungkin lebih baik mereka berada di sana untuk mendapat perhatian terutama berkenaan kesihatan mereka.
Cuma apa yang perlu bagi kita masyarakat yang berkemampuan fizikal dan kewangan datang untuk menjengguk mereka. Saya pasti mereka gembira biar hanya datang singgah untuk bercakap dengan mereka. Kalau boleh bawa sekali anak-anak kecil kita, mereka gembira melihat kedatangan kita.
Saya merasa tersentuh sekali bila melihat wajah ceria mereka bila kita menjengguk atau memberi senyuman dan berbual dengan mereka. Yang pasti mereka kan bertambah gembira kalau ada sikecil datang sekali. Cuba-cubalah anda datang ke sana. Mungkin ini masa mereka. Masa tua kita, kita tidak akan pernah tahu??
sangat sedih bila mengenangkan nasib orang2 tua ni bila anak-anak sendiri sanggup buat begini terhadap ibu bapa sendiri. semasa mereka kecil dulu, orang tua inilah yang sanggup bersengkang mata untuk menjaga mereka semasa sakit. sanggup menjaga walaupun sibuk mencari sesuap nasi. tidak pernah pun mereka lupa tanggungjawab mereka. kadang-kadang kalau ternampak nenek2 dan datuk2 di rumah orang2 tua ataupun di TV, sebak rasa di hati. seperti dapat nampak dari mata mereka betapa sunyinya dan rindunya mereka kepada anak2 dan cucu2 mereka.
ReplyDeletethanks untuk post ni. post ini mengingatkan saya lagi terhadap tanggungjawab saya, harapan ibu bapa saya, senyuman keluarga saya yang mengharapkan yang terbaik dari anak dan cucu mereka ini.
Apa yang menjadi tanggung jawab kita sebagai anak ialah, Kembalikan senyuman yang mungkin sekian lama kita curi daripada mereka dengan kesibukan kita yang terus mengejar kesenangan yang ditawarkan oleh dunia ini. Sehingga kita lupa betapa "mereka" ini telah menjaga dan menjadikankita berjaya seperti sekarang ini.
ReplyDeleteMari kita sama-sama kembalikan senyuman itu. Ayoh teman, kita lawat mereka ramai-ramai.