Sarawak - Sabah dan Tanah Malaya telah melahirkan Malaysia. Bermakna, penyatuan ketiga-tiga negara Merdeka ini telah menjadikan sebuah negara yang bernama Malaysia walaupun pada mulanya Singapura juga terlibat di dalam gagasan pembentukan negara Malaysia ini.
Seperti perayaan kemerdekaan yang sudah, perayaan itu telah menjadi satu pertembungan parti-parti politik, baik dipihak pemerintah-BN mahupun PR untuk mengemukan agenda-agenda ideologi politik mereka, dari tema hinggakan perhimpunan diambang kemerdekaan ini.
Jadi, untuk perayaan hari pembentukan negara Malaysia ini, sesamamu mohon mana-mana pihak dari parti-parti politik supaya tidak terlalu mempolitikkan perayaan yang sungguh bermakna ini.
Lahirnya sebuah Negara Malaysia...
Biar generasi ini merayakan hari pembentukan negara Malaysia ini dengan penuh "Minat" dan harmoni tanpa dicampuri dengan agenda-agenda politik ini. Sebagai contoh, perayaan hari Kemerdekaan yang sudah telah dicemari dengan pelbagai ideologi dari parti politik. Tindakan ini telah mengelirukan rakyat terutamanya generasi muda ini.
Sejarah negara kita mungkin sudah mengelirukan kebanyakan generasi ini, tetapi, jangan sekali lagi kita dengan ideologi-ideologi berkepentingan politik ini menambah kekeliruan generasi ini. Apa yang penting sekarang ialah, kita sama-sama berbangga hasil daripada penggabungan rakyat Sarawak-Sabah dan Tanah Malaya untuk melahirkan sebuah Negara Malaysia yang berdaulat ini.
Malaysia ialah kita!
Siapa Malaysia ini? Kita adalah Malaysia...kita menjadikan negara ini lahir...dan tanpa kita tanpalah sebuah Negara yang bernama Malaysia...satu gabungan yang melahirkan kepelbagaian ini. Dan yang pasti Tuhan menjadikan kita berbeza adalah untuk kita bersatu. Tetapi mereka yang cuba memecah-belahkan kita ini adalah satu perbuatan yang harus kita sama-sama hapuskan.
Apapun ketidak puasan hati kita terhadap sejarah asal-asal Kemerdekaan Negara dan Pembentukan Negara Malaysia ini...sama-sama kita luahkan didalam pilihanraya umum kelak. Kita akan memilih dan memastikan pemimpin yang benar-benar peduli akan sejarah Negara Malaysia yang bermaruah ini...jangan sampai sikap kita ynag ingin memperbetulkan keadaan dengan ideologi politik kita akan terus mengelirukan generasi muda ini...
Selamat Hari Lahir Malaysia!