Kita hanya tahu menikmati dan mengggunakan apa yang ditawarkan kepada kita oleh alam semulajadi ini.
Pada cuti hujung minggu yang lepas, Sesamamu berkesempatan melawat sebuah taman rekreasi di Matang, iaitu "Matang Family Park", dimana pada waktu yang sama ramai juga orang mengambil kesempatan untuk beriadah sambil menikmati kedinginan Sungai Cina (Nama diberi) yang mengalir ditengah-tengah taman hutan rimba ini. RM4 bayaran dikenakan untuk memasuki kawasan hutan simpan ini. Tetapi melangkah asuk sahaja ke kawasan rekreasi ini, satu pemandangan yang amat mengecewakan, sampah sarap, plastik bekas makanan ataupun keropok, botol-botol plastik, tin-tin dimerata-rata tempat, terutama sekali di sekitar tebing-tebing Sungai dan tidak kurangnya yang "tertanam" di dasar sungai.
Oh tidak!!!
( sampah yang dikutip sekitar tebingan sungai "kolam" didepan itu) |
Respon pertama Sesamamu setelah menyaksikan pemandangan ini ialah, "Oh tidak!", Sungai yang masih mengalir deras dan jernih ini dicemari dengan satu pemandangan yang tidak bretemadun oleh segolongan pelawat Taman Rekreasi ini.Sebagai manusia, Sesamamu sangat malu melihat kesan-kesan yang mengaibkan peninggalan manusia yang tidak perihatin langsung tentang alam semulajadi. Hanya mementingkan diri sendiri, memuaskan keinginan diri yang mengatasi panggilan untuk menjaga serta memuliharakan alam semulajadi ini!
Tidak kurangnya, kawasan-kawasan "BBQ" dipenuhi dengan "langau" sejenis lalat yang besar berterbangan mengganggu kita yang mahu menikmati hasil "BBQ" tadi, malah lenguh tangan menghalau langau-langau ini yang juga dalam misinya cuba mencemari makanan yang kita panggang. Ini adalah manifestasi betapa kotornya kawasan "BBQ" yang ditinggalkan oleh mereka yang tahu "pakai dan buang" selepas menggunakan kawasan "BBQ" tersebut. Sungguh tidak ambil kisah!
Sungai terakhir!
Jika Sungai yang ada ditengah-tengah hutan "Matang Family Park " adalah sungai yang terakhir yang masih wujud di Kuching, dan dengan sikap yang tidak kisah terhadap memuliharakan sungai ini, Sesamamu berpendapat, suatu hari nanti, sungai ini akan menjadi longkang longgokan sampah -sarap!. Apa tidaknya, sekarang sudah sampah-sarap ada disekitar tebingan sungai malah di dasar sungai yang tiada jemu memberi khidmatnya kepda mereka yang ingin merasakan kedinginan airnya dan melepaskan rasa lelah dibadan yang kesegarannya ditawarkan oleh alam semulajadi ini.
Ya, sungguh malang, jika ini adalah sungai yang terakhir...terutama bagi generasi yang akan mendatang!
Jom Bertindak!
Bagi siapa-siapa yang datang melawat ataupun beriadah di "Matang Family Park", tolong-tolong ringankan tangan untuk mengutip sampah sarap yang ditinggalkan oleh manusia separa temadun ini. Kalau bukan kamu, siapa lagi? Jangan sampai terlambat, sungai ini akan menjadi LONGKANG besar untuk anak-anak kita mandi manda suatu hari nanti!