sesamamu

Saturday, October 29, 2016

Hijau dunia ku...kononnya!

Penerbangan sejam Dari Kuching ke Mukah, Sesamamu mengambil keputusan untuk tidak melihat ke bawah. Sebab yang pasti ialah, bukan hutan semulajadi yang disajikan, tetapi hutan pokok komersial yang terbentang luas.

Bayangkan, hutan pokok komersial ini telah meliputi sejauh sejam penerbangan Kuching ke Mukah. DALAM erti kata lain, kehijauan ini hanyalah kehijauan ciptaan manusia. Hasil perbuatan tangan manusia, yang menggantikan kehijauan ciptaan yang maha kuasa ini.

Ya benar, ALLAH Bapa membenarkan kita mengusahakan tanah ini tetapi apa yang kita lakukan ialah satu eksploitasi yang melampau ke atas ciptaanNya Dan penyalah gunaan kebenaran yang diberikan oleh sang Pencipta ini.

Tiadanya keseimbangan diantara mengusahakan tanah yang diberikan oleh Sang Pencipta ini, dengan ketatamakan kitanyang melampaui kerperluan sebenar.

Jadi, Hijau duniaku...kononnya!

Ola Bola dan seruannya

Selesai sahaja tayangan tersebut, kedengaran tepukan dari para penonton yan memenuhi pawagam tersebut pada tayangan hari yang ke 10 tayangan Ola Bola di pawagam - pawagam di seluruh negara.
Tepukan yang diberikan sudah pasti kepuasan penonton dengan wayang gambar keluaran negara kita sendiri.

Tetapi apa yang menjadi satu kebanggaan Sesamamu ketika berada di dalam pawagam tersebut ialah, kepelbagaian kaum yang menonton. Selalunya, sinonim, kalau wayang gambar keluaran negara kita, ia hanya akan dimonopolikan oleh satu-satu kaum sahaja, teapi lain dengan suasana filem Ola Bola, keharmonian dan kepelbagaian terpancar.

Seruan Ola Bola...

Sesamamu dapat merasakan, bukan sekadar filem ini telah memaparkan kegemilangan bolasepak kita di tahun 80an, tetapi telah membawa penonton, terutama penonton muda bagaimana kepelbagaian yang ada ketika itu dapat disatukan demi sebuah negara. Tidak kira latar belakang yang berbeza, tetapi dipaparkan dengan menarik didalam filem ini, rakyat Malaysia besatu dengan punya semangatmpatriotik yang tinggi.