sesamamu

Wednesday, April 24, 2019

Ciptaan Nya menggambarkan Kemuliaan Nya

"Seluruh langit mengakui kemuliaan Allah;
dan cakerawala menunjukkan ciptaan-Nya."(Mazmur 19:1)

Setiap kali menjelang malam, dan setiap kali bulan penuh serta bintang berkelipan, dalam hati ku akan berkata, "Sungguh ajaib perbuatan tangan Mu".Takala melihat awan biru yang cerah dan burung-burung terbang bebas di udara, saat itu hati ini terus meresponi, "Sungguh ingah dan sempurna ciptaan Mu Ya Tuhan'.
Dan saya percaya sebabnya pemazmur mengatakan "seluruh langit mengakui kemuliaan Allah", setelah semua yang dilihatnya didepan matanya sungguh indah dan sempurna adanya. Bukan ciptaan manusia, tetapi diciptakan oleh Sang Pencipta sendiri...
Dalam erti kata yang lain, setiap kali si Pemazmur melihat semua ciptaan yang ada disekeliling nya, dia tahu bahwa semuanya untuk memuliakan si Pencipta itu sendiri. Dan dengan megahnya juga menyatakan kepada kita manusia bahawa, betapa si Pencipta itu lebih hebat daripada kita manusia ini (Yang kadang kala kita lupa diri) dan menunjukkan KEMULIAAN NYA.
Tetapi buat masa sekarang, banyak diantara kita yang telah dibutakan dengan kerakusan untuk terus memerah keringat bumi ini, mengeksploitasikan alam semulajadi ciptaan Nya untuk memuaskan keinginan kita yang sentiasa rasa tidak berkecukupan. Tidak puas hati dengan apa yang kita ada dan akhirnya ketamakan menguasai diri.
Secara tidak disedari, kita telah menutupi keindahan ciptaan Nya dengan pencemaran, segala bentuk pencemaran untuk memenuhi permintaan kita yang tidak pernah cukup. Keindahan langit ditukar kepada kepulan asap, kesegaran hutan rimba dengan bangunan konkrit mencakar langit dan kesegaran sungai dengan air yang bertoksid!
Tanpa sedar, kita telah "menyembunyikan" atau "menggantikan" kemuliaan Tuhan itu daripada kehidupan seharian, Dan yang akhirnya, nama manusia itu dipermuliakan, dimegahkan dan diperhebatkan dan bukan Pencipta asalnya...sebagai contoh...lihat kepada semua nama-nama bangunan yang mencakar langit, jalan-jalan raya, dan apapun segala ciptaan tangan manusia, nama kita terpahat dan menjadi sebutan manusia dan bukan lagi nama Sang Pencipta Nya.
Walhal, semua yang Allah ciptakan adalah perbuatan tangan Nya yang dari semula lagi untuk memuliakan Namanya...semakin kita mengalami sendiri keindahan ciptaan Nya, sepatunya semakin kita mendekatkan diri kepada Sang Pencipta ini, kerana kehebatan Nya mengatasi segala yang manusai miliki kerana kita juga hasil daripada perbuatan tangan Nya.
Jadi, hiduplah dengan penuh kesedaran didalam diri dan beserdahana didalam semua perkara.